Dari kecil hinggalah dewasa, air teh tarik kaw pasti menambat selera. Lebih-lebih lagi bila lepak di kedai mamak, boleh duduk berjam-jam lamanya sambil menghirup air ini.
Tapi kenapa teh tarik yang dibuat oleh kita tak sama dengan yang dihidangkan di kedai mamak atau dijual oleh penjaja.
Rupanya ini rahsianya. Ada bahan tersembunyi yang dimasukkan untuk menambah keenakan air tersebut telah dikongsikan oleh Puan Rozana Mamat.
Hanya guna lima bahan sahaja dan caranya pun mudah. Ikuti perkongsiannya di sini.
Hari ini mak jemah bukan nak share masak makanan, tapi masak air teh tarik kaw-kaw. Rasa macam yang orang buat jual tepi jalan tu.
Lupa dah ambil resepi dekat mana, cuma guna lima bahan saja yang dah sedia ada dekat rumah korang. Let’s check it out!
Ads
CARA ‘MASAK’ TEH TARIK KAW-KAW SEDAP
BAHAN-BAHAN:
* Air 500ml.
* Teh empat atau lima uncang (lagi banyak lagi kaw).
* Susu pekat (ikut tekak masign-masing nak manis mana).
* Susu cair setengah tin (nak lagi lemak, bubuh saja lebih).
* 1sk esen vanila.
Ads
CARA PENYEDIAANNYA:
1. Didihkan teh uncang.
2. Selepas itu, bubuh (letak) susu pekat, susu cair dan esen vanila.
3. Biarkan mendidih seketika.
Siap! *kalau nak minum ais, tunggu sejuk dulu then tambah saja ais ketul.
Kalau raya tak sah rasanya jika juadah laksa utara tidak dihidangkan buat tetapi. Jika bukan raya pertama, pada hari kedua atau ketiga pasti laksa jadi santapan utama buat tetamu.
Laksa yang sedap sememangnya cukup digilai dan teringat-ingat walaupun perut masih lagi kenyang. Apa lagi ketika perut lapar.
Bagaimana hendak sedapkan rasa kuah laksa. Anda harus cuba tip ini untuk jadikan kuahnya sedap dan tahan lama. Cuba dahulu dan persiapkanlah diri untuk sajian di hari raya nanti. Pasti tetamu makan bertambah. Selamat mencuba.
Laksa Lebih Tahan Lama
Petua untuk menjadikan laksa putih tahan lama adalah dengan merebusnya bersama asam keping. Cara ini buat laksa tahan lama dan tidak cepat basi. Rendam dahulu laksa sebelum direbus dan kemudian barulah direbus bersama asam keping. Selepas masak, angkat dan basuh hingga bersih. Toskan airnya. Selesai.
Guna Ikan Selayang
Ramai orang utara sukakan ikan kembung kerana rasanya yang ‘ringan’ dan enak namun untuk menjadikan laksa yang sedap dan power gunakan ikan selayang atau ikan sardin. Ikan sardin bukan hanya banyak isinya tetapi paling penting isinya lebih manis, lemak dan enak. Jadi kena cuba.
Rebus Sekejap
Selepas ikan dibasuh bersih, rebuslah ikan dengan asam keping. Pastikan sebaik airnya mendidih, tutuplah apinya kerana jika dibiarkan lama rasa manis ikan akan hilang. Malah isi ikan juga jadi pecah dan makin susah untuk di asingkan daripada isinya. Kisarlah ikan seperti biasa.
Kisar Tulang
Tulang ikan jangan pula dibuang sebaliknya kisarkanlah sekali bersama sedikit air dan tapiskan. Air daripada tulang ini lebih manis rasanya.
Jangan pula dibuang.
Bawang Banyak
Untuk menyediakan kuah yang lebih manis dan enak rasanya, pastikan penggunaan bawang besar yang banyak. Disyorkan 3 hingga lima biji. Jangan pula gunakan bawang besar Holland kerana rasanya berbeza. Kisarkan bersama cili kering dan juga belacan.
Belacan Sedap
Untuk menjadikan kuah laksa yang sedap, belacan juga kenalah sedap. Jangan sesekali menggunakan belacan kering yang dijual di pasaraya. Belacan yang sedap adalah belacan yang basah dan tidak terlalu gelap warnanya. Sebaiknya guna sahaja belacan yang dibuat sendiri oleh pihak-pihak tertentu. Jangan sesekali dibakar belacan tersebut. Hilang rasa sedapnya untuk kuah laksa.
Didihkan Bahan Kisar
Didihkan bahan kisar yang terdiri daripada cili kering, belacan dan bawang besar. Biarkan dididih seketika hingga mendidih. Jika mahu rasa lebih pedas, anda boleh juga menambah sedikit cili padi ke dalam bahan kisaran. Biarkan mendidih seketika kemudian barulah dimasukkan kisaran isi ikan bersama air secukupnya.
Asam Keping
Kuah laksa yang sedap adalah dengan cukup rasa masamnya. Ini penting. Jadi masukkanlah beberapa keping asam keping, dalam anggaran 5 hingga 7 keping bersaiz kecil. Apabila mendidih dan rasanya terlalu masam, keluarkanlah asam keping ini.
Masak Lama
Bila sudah masukkan kesemua bahan, biarkan kuahnya dididihkan agak lama. Jangan pula mendidih dua hingga tiga kali terus ditutup apinya. Biarkan mendidih lama sehingga satu jam. Semakin kuah pekat, semakin sedap rasanya. Biarkan kesemua bahan mesra dan sebati kemudian barulah ditutup apinya. Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nasi Ayam Geprek memang menjadi kegemaran ramai. Hidangan yang enak dengan ayam goreng rangup, nasi serta sambal. Biasanya hidangan ini dibeli di kedai. Namun sejak PKP ramai yang tidak berpeluang menjamah hidangan ini.
Tapi bagi yang nak mencuba masakan ini boleh cuba buat di rumah. Ikuti resipi dikongsi oleh puan Zara Latif boleh cuba untuk hidangan keluarga.
Ingat tak post nasi geprek talam yang saya bagi kat jiran² beberapa hari yang lepas. Terima kasih atas doa dari semua ya, say
Bolehhh, sebenarnya sambal tu saa tak mampu nak balas satu satu. Ada yang mintak resepi sambal.ya buat niaga. Alhamdulillah customer repeat order.
Saya bagi resepi sambal geprek desik saya dan bonus resepi lengkap nasi yang biasa saya buat.
Saya halalkan, mana yg nak buat niaga pun sy tak kisah. Semoga resepi ni bermanfaat untuk semua ya.
Ni resepi ikut selera sy ya. Sebelum ni pernah jugak beberapa kali cuba makan nasi geprek/penyet kat kedai. Banyak versi resepi. Ada yg goreng ayam berempah letak jintan dan biji ketumbar.
Tapi tak kena selera sy bila letak biji ketumbar. Jadi, sy olah resepi paling mudah dan hasilnya rasa yg ringan ikut selera sy.
Resepi nasi ayam geprek/penyet (jumlah bahan agak2 je tau) Seekor ayam di potong kepada empat bahagian. Di cuci bersih Bahan² untuk rebusan ayam -kiub pati ayam -garam kasar -hirisan halia, lebihkan sbb nak hilangkan rasa hanyir ayam -hirisan lengkuas -bawang putih di ketuk shj =rebus ayam sehingga masak sepenuhnya, nanti nak goreng senang tak perlu lama² sbb isi ayam dah masak. =angkat dan toskan ayam =air rebusan ayam tu boleh guna untuk kuah sup dan masak nasi. =untuk nasi hanya gunakan air rebusan ayam, tak perlu tambah bahan lain/nak guna nasi putih pun boleh, atas selera masing² =untuk kuah sup, hanya tambahkan daun sup, bawang merah dan perasakan sekali lagi hingga secukup rasa. Didihkan seperti biasa.
Bahan perapan ayam. -tepung jagung -tepung beras/lebihkan tepung beras ya -1 biji telor -sedikit garam, sbb masa rebus ayam kita dah letak garam. -serbuk kunyit -maggi cukup rasa(optional) -air rebusan ayam =kacau sebati, perapan ni jangan pekat sangat, biar dia cair2 je. =perap ayam sekejap dan boleh di goreng seperti biasa. =perapan tu boleh guna untuk tempe jugak. Celup² tempe dan goreng.
Bahan lain -kobis -terung(goreng kosong je tak perlu letak apa² perasa) -tauhu putih yg fresh tu, potong 4 dan goreng/nak celup tepung boleh, taknak pun boleh. -timun
Sambal geprek paling ringkas
Bahan-bahan – 20 cili api hijau kecik dan 10biji cili merah kecik* – 1 biji bawang besar* – 5 ulas bawang putih* – 1 biji tomato* (kalau nak sambal masam, lebihkan tomato ya) – gula + garam + ajinomoto – belacan sebesar ibu jari je = kisar kasar bahan yang bertanda *
Kalau nak kisar kering boleh, kisar letak air pun boleh. Cuma kalau kisar letak air, lepas kisar tapis buang air ya. Sambal cepat masak kalau tapis buang air.
Langkah-langkah 1. Panaskan minyak masak dan masukkan bahan yang telah di kisar. Kena lebihkan minyak masa menumis. 2. Masukkan gula + garam + ajinomoto + belacan 3. Tumis sehingga pecah minyak dan sambal kering. 4. Dah siap dan boleh di makan bersama ayam goreng atau ikan goreng. Conpem bertambah nasi. =boleh masak banyak² untuk jadikan stok sambal ni. Kalau nak masak banyak, kena tumis lama sikit dan betul2 pecah minyak lah. Sesuai jadikan pes asam pedas, ikan sumbat, nasi/mee/bihun goreng dan masakan yg sesuai dengannya. =boleh simpan dlm peti untuk tahan lebih lama =cara pengambilan kena betul2 bersih untuk sambal tahan lama =isi sambal dlm botol/bekas yg kering. Nak ambik sambal guna sudu yg kering dan bersih. =sambal yg dah di kuarkan, jangan diisi ke dalam bekas sambal tu semula. Nak makan, ambik secukupnya je, maka takdelah terjadinya lebihan sambal.
Ramai yang suka makan karipap panas-panas yang rangup. Memang jadi makanan kegemaran sejak kecil lagi.
Biasanya akan menjadi makanan untuk sarapan pagi atau minum petang. Biasanya kita akan membelinya di kedai.
Namun asyik beli aje, apa kata buat sendiri, gerenti dapat makan panasa-panas bersama keluarga.
Nak buat karipap menjadi sedap dan rangup ni ada caranya. Nak tahu caranya jom ikuti perkongsian puan Qasih Jue Aisya yang berkongsi di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) dengan perkongsian lebih seribu share!
Jom lihat resipi puan ini!
KARIPAP SEDAP RANGUP SAMPAI KE PETANG
Kadang malas nak buat, terasa nk makan karipap beli je senang cita.. Tapi bila mai mood rajin buat sendiri, puas hati dapat banyak biji, selebih kita frozenkan.. Saya suka kulit karipap berjerawat mcmni sedap. Saja nak share sini..
KULIT KARIPAP Sekilo tepung gandum 3 sdb tepung beras 3 sdb planta/ majerin 2 senduk kecil mnyak masak (panaskan) 1 sdk air kapur Sedikit garam halus Dan sedikit AIR SEJUK (ais) – air nie sya agak² sja ikut kelembutan doh –
CARA PENYEDIAANNYA:
Satukan tepung gandum ,tepung beras, garam, planta/majerin dan air kapur dlm 1 bekas.. Panas mnyak masak, kemudian tuang kedlm adunan tepung td, kacau dgn senduk ye, hati² sbb panas.. bila tepung dah jadi mcm serbuk roti, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sampai doh menjadi lembut elok.
Dah siap klim. Susun dalam bekas.
Petua : Sebelum klim karipap, sapu air keliling karipap then klim tekan kuat sikit yer, in shaa Allah nnti goreng x terbukak.. cara sya mcmtulah.. nak karipap bejerawat pastikan mnyak betul² panas baru masukkan dlm tepung adunan, masa bancuhan awal.. Inti buat mcm biasa…rempah daging, ubi kentang, daun sup, daun kari dan isi ayam..