Cara Buat Air Katira Original Orang Johor, Ni Resipinya. Confirm Rasanya Sedap, Beraroma & Menyegarkan!

Share

Jika berkunjung ke bazar Ramadan tentu sahaja kita akan nampak pelbagai jenis pilihan air yang berwarna warni dan perasa, sungguh ia nampak begitu menyelerakan. Umpamanya air katira yang begitu istimewa untuk dinikmati ketika bulan Ramadan ini.

Memandangkan ramuan herba getah anggur semulajadi yang istimewa diadun dengan pelbagai bahan-bahan lain seperti biji selasih, kembang semangkuk dan bahan-bahan lain dapat membantu menyegarkan dan menyejukkan badan.

Pun begitu, ada juga terjadi air katira yang dibeli  tidak mewakili rasa sedapnya air katira yang original, untuk itu lebih baik anda sediakan sendiri ramuan dan bahan-bahannya. Sekali buat boleh minum seisi keluarga.

Nak tahu caranya, di sini Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi resipinya untuk dicuba.


Ini katira. Ia juga dipanggil sebagai getah anggur/gond katira/gum tragacanth. Benda ni lah yang memberi nama kepada minuman itu. Jika peniaga jual air katira tapi tiada benda ni, maka peniaga tak jujur.

Katira ni boleh di beli di pasaraya (kawasan jual rempah ratus), kedai tabib cina atau kedai jual peralatan hindu. Saya beli online (Shopee/Lazada) je.

Minuman ni berasal dari timur tengah (tak pasti negara mana) dan di bawa ke Tanah Melayu oleh para pedagang. Johor naturalisasikan minuman ini menjadi minuman tempatan.

Orang Johor buat perubahan sedikit dari segi bahannya. Orang timur tengah gunakan air mawar untuk mendapatkan aroma segar, tapi di Johor ia diganti dengan pandan.

 

Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan macam ni.

Semua bahan ni akan mengembang. Jika dah kembang, kira dah boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.

Sementara tu, potong badam. Cincang pun boleh. Daun pandan tu saya carik halus, sekadar untuk hiasan.

Daun pandan tadi, kita rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau.

Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.

OK bahan-bahan rendam tadi dah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.

Air Katira Abu Bakar yang merupakan salah satu jenama popular minuman ini, telah menambah bahan moden dalam ramuan mereka iaitu air berkarbonat aiskrim soda. Itu kira versi moden.

 

OK sekarang kita dah boleh satukan semua bahan yang kita dah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos tau. Jangan kau tuang terus dalam susu tu. Cair susu tu karang. Jangan lupa masukkan badam.

 

Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tak perlu tambah gula. Nanti manis sangat. Hiperglikemia karang!

Itu dia! Kita punya air katira Johor dah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.

Sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club