Jika berkunjung ke bazar Ramadan tentu sahaja kita akan nampak pelbagai jenis pilihan air yang berwarna warni dan perasa, sungguh ia nampak begitu menyelerakan. Umpamanya air katira yang begitu istimewa untuk dinikmati ketika bulan Ramadan ini.
Memandangkan ramuan herba getah anggur semulajadi yang istimewa diadun dengan pelbagai bahan-bahan lain seperti biji selasih, kembang semangkuk dan bahan-bahan lain dapat membantu menyegarkan dan menyejukkan badan.
Pun begitu, ada juga terjadi air katira yang dibeli tidak mewakili rasa sedapnya air katira yang original, untuk itu lebih baik anda sediakan sendiri ramuan dan bahan-bahannya. Sekali buat boleh minum seisi keluarga.
Nak tahu caranya, di sini Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi resipinya untuk dicuba.
Ini katira. Ia juga dipanggil sebagai getah anggur/gond katira/gum tragacanth. Benda ni lah yang memberi nama kepada minuman itu. Jika peniaga jual air katira tapi tiada benda ni, maka peniaga tak jujur.
Katira ni boleh di beli di pasaraya (kawasan jual rempah ratus), kedai tabib cina atau kedai jual peralatan hindu. Saya beli online (Shopee/Lazada) je.
Minuman ni berasal dari timur tengah (tak pasti negara mana) dan di bawa ke Tanah Melayu oleh para pedagang. Johor naturalisasikan minuman ini menjadi minuman tempatan.
Orang Johor buat perubahan sedikit dari segi bahannya. Orang timur tengah gunakan air mawar untuk mendapatkan aroma segar, tapi di Johor ia diganti dengan pandan.
Ads
Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan macam ni.
Semua bahan ni akan mengembang. Jika dah kembang, kira dah boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.
Sementara tu, potong badam. Cincang pun boleh. Daun pandan tu saya carik halus, sekadar untuk hiasan.
Ads
Daun pandan tadi, kita rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau.
Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.
OK bahan-bahan rendam tadi dah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.
Air Katira Abu Bakar yang merupakan salah satu jenama popular minuman ini, telah menambah bahan moden dalam ramuan mereka iaitu air berkarbonat aiskrim soda. Itu kira versi moden.
Ads
OK sekarang kita dah boleh satukan semua bahan yang kita dah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos tau. Jangan kau tuang terus dalam susu tu. Cair susu tu karang. Jangan lupa masukkan badam.
Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tak perlu tambah gula. Nanti manis sangat. Hiperglikemia karang!
Itu dia! Kita punya air katira Johor dah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.
Bila ditanya apa istimewanya makan nasi ulam kepada penggemarnya, tentu sahaja jawabnya terletak pada aroma nasi itu sendiri. Apa tidaknya, pelbagai ulam-ulaman digabungkan hingga terhasillah hidangan yang cukup menyelerakan. Malah tidak hairan juga, buat penggemar ulam-ulaman akan makan bertambah jika dihidangkan menu nan satu ini.
Buat yang belum pernah mencuba rasa, apa kata sediakan sendiri menu ini dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Azira Mamat ini. Selamat mencuba.
Ok ni je bahan-bahannya
6 ekor ikan sardin dipanggang tawar – Asingkan tulang macam dalam gambar
Bawang merah 2 ulas
Serai 3 batang
Cili padi ikut kepedasan
Budu 2-3 sudu @ secukup rasa
Garam (secukup rasa)
Ulam
1 ikat pucuk kemangi
1 ikat daun kesum
1 ikat pucuk serai kayu
1 ikat ulam raja
1 ikat daun jambu golok
1 ikat dauk kaduk
1 helai daun kunyit
3 batang kacang panjang atau kacang botor
1 ikat pegaga
1 bunga kantan
Hangpa boleh je bubuh ulam kampung yang lain kalau yang atas ni tak dak.
Cara Penyediaan :
1. Ulam daun balut gini dengan pucuk daun kunyit dan hiris halus.
2. Hiris halus bahan yang lain.
3. Gaul dengan isi ikan hingga sebati.
4.Tuang dalam nasi dan gaul. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
5. Next budu bubuh secukup rasa dan gaul bagi sebati.
Makan dengan ayam goreng pun dah selera benor. Boleh tambah ulam lain seperti petai jeruk atau celur.
Merebus daging mengambil masa yang lama untu empuk andainya menggunakan peroudk biasa. Lain lah jika di rumah ada pressure cooker, cepat dan mudah urusna kerja ibu-ibu kan.
Nah admin kongsikan tip nak mudahkan merebus dan menjimatkan gas di dapur dengan menggunakan teknik 5:30:7 hasil perkongsian puan or Izan Mustapa.
Selamat mencuba!
Jalan-jalan sekodeng rumah orang jumpa pulak satu info ni..cara nak jimat gas…guna tips 5:30:7 dari sis Fah Umi Yasmin…
Rebus 5 minit…Tutup 30 minit…Rebus semula 7 minit. Hakak dah try rebus kentang, keledek, kacang kuda, kacang hijau dan daging…alhamdulillah semua menjadi..
* Tips 5:30:7
– masak air sampai didih
– masuk kacang/daging/keledek/kentang
– biar didih selama 5 minit (kira masa dari mula didih lepas masuk bahan)
– tutup api dan tutup periuk dengan tudung periuk…biar selama 30 minit (jangan gedik-gedik pulak nak intai)
– lepas 30 minit hidupkan api, biar didih semula selama 7 minit (kira masa dari mula didih)
– tutup api
* Tips ni berguna untuk yang tak ada pressure cooker
* Untuk kacang kuda rendam dulu semalaman sebelum rebus…masukkan daun kari, sedikit garam dan gula masa didihkan air…saya tutup periuk sepanjang merebus
* Untuk daging masukkan sedikit minyak dan garam sebelum rebus
* Tips ni boleh guna untuk bahan yang perlukan masa lama untuk merebus – contoh kaki ayam, lontong (saya refer pada post yang pernah cuba)
Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Melayan selera selepas puas menjamah rendang sepanjang berhari raya tentunya terbuka selera dengan juadah ala kampung.
Membayangkan betapa enaknya menikmati hidangan makan tengah hari bersama lauk pauk kegemaran dan dilengkapkan pula dengan ulam jantung pisang dan sambal belacan, memang terbaik!
Bahkan bila hidangan ini dijamah, pasti bukan sepinggan nasi dimakan akan tetapi akan makan bertambah. Begitulah jika ingin digambarkan akan keenakan dan kelazatan menikmati hidangan bersama ulam jantung pisang ini buat penggemarnya.
Pun begitu, tidak semua antara kita ‘pakar’ menyediakan ulam jantung pisang agar terlihat putih bersih warnanya. Apa yang sering terjadi, ulam yang direbus sering menjadi lebam dan sekali gus menjadikan ulam jantung pisang ini kurang menarik.
Nak tahu apa rahsianya untuk menjadikan jantung pisang yang direbus nampak cantik, sebenarnya ada petuanya. Nak tahu lebih lanjut, jom praktik 5 kaedah mudah ini sebagai mana yang diamalkan oleh orang dulu-dulu.
[su_highlight background=”#dacfd5″ color=”#d01313″]Petua Untuk Pastikan Jantung Pisang Tidak Mudah Lebam[/su_highlight]
Minyak masak
Masukkan sedikit minyak masak ke dalam periuk semasa ingin merebus jantung pisang tersebut.
Jangan dibelah dua
Pastikan kulit jantung pisang telah dibuang hingga beberapa lapisan dan kemudian masukkan terus ke dalam air rebusan yang mendidih. Jantung pisang jangan dipotong dan setelah masak barulah di potong dua atau empat.
Limau
Semasa merebus jantung pisang tersebut boleh juga diperahkan limau ke dalamnya.
Garam
Memasukan garam ke dalam air rebusan jantung pisang juga antara cara yang berkesan untuk memastikan jantung pisang tidak menjadi lebam selepas direbus.
Asam Keping
Penggunaan asam keping juga dikatakan dapat menjadikan jantung pisang yang direbus kekal berwarna putih. Caranya cukup mudah hanya masukkan sekeping ke dalam periuk rebusan dan masaklah seperti biasa.
Atasi masalah sembelit- seperti pisang, jantung pisang juga kaya dengan serat bagi membantu melancarkan pencernaan. Kandungan serat dalam jantung pisang juga akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama.
Atasi anemia- Bagi yang mengalami anemia, amalkan makan jantung pisang untuk menambah darah dalam badan . Ini kerana jantung pisang kaya dengan zat besi yang merupakan mineral utama untuk membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah.
Menyihatkan rahim- Selain tinggi kandungan serat, jantung pisang juga kaya dengan mineral, kalsium, dan zat besi bagi mencegah jangkitan pada rahim serta dapat memperkuatkan dinding rahim.
Menurunkan berat badan- ia mampu melancarkan pencernaan dan sekali gus akan menurunkan berat badan. Bagi yang sedang berdiet disarankan untuk mengambil jantung pisang sebagai salah satu menu diet harian.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...