Cara Betul Simpan Lauk Pauk Untuk Frozen. Ahli Kimia Ni Kongsi Tip, Boleh Tahan Sampai 6 Bulan

Share

Untuk ibu-ibu yang sibuk, pasti tak punya banyak masa di dapur kan. Selain memilih menu simple, buat stok frozen juga langkah terbaik. Bila nak guna baru keluarkan, jimat masa dan tenaga.

Begitupun, kenalah berhati-hati juga, terutama dalam memastikan makanan frozen ini kekal selamat untuk dimakan.

Jadi, ibu-ibu boleh ikut panduan dan tip yang telah dikongsikan oleh ahli kimia Dr Fatimah Salim  ini.

“Saya sendiri juga biasa bekukan makanan yang berlebihan termasuklah nasi, sup, lauk pauk dan sayuran. Bukan apa, saya juga suka dan rajin masak.

” Cuma ada masanya keadaan terdesak, kehabisan bahan mentah masakan atau meraikan sisi malas, makanan siap masak beku ini adalah penyelamat.

Sebenarnya makanan siap masak yang disejukbeku boleh bertahan 2 hingga 6 bulan bergantung kepada jenis bahan masakan dan keupayaan mengekalkan suhu peti sejuk. Nutrisi sedia ada juga kekal.

Gambar sekadar hiasan

Selepas tempoh ini, stabiliti komponen masakan akan mula terganggu dan kualitinya akan berkurangan. Keadaan ini kita boleh dipastikan melalui pemerhatian sendiri apabila rupa, warna dan struktur makanan telah berubah daripada yang asal. Namun masih lagi selamat dimakan.

Kita harus faham yang makanan boleh basi atau rosak disebabkan aktiviti bakteria atau pertumbuhan kulat (aka kuman) dan tindakbalas kimia yang berlaku pada komponen makanan. Kuman ini boleh datang daripada udara, tangan dan peralatan yang digunakan dalam pengendalian makanan yang telah dimasak.

Gambar sekadar hiasan

Suhu sejuk dalam peti sejuk beku (air menjadi ais) akan merencatkan aktiviti kuman dan memperlahankan tindakbalas kimia dalam makanan, maka makanan akan tahan lebih lama.

• Untuk mengekalkan kualiti, elakkan menyahbeku berulang kali makanan yang sama. Elok bungkus dan simpan dalam bekas cukup untuk sekali makan seperti tuan siaran ini lakukan.

• Keluarkan makanan lebih awal untuk dinyahbeku sebelum dipanaskan untuk mengekalkan struktur makanan.

Gambar sekadar hiasan

• Sedar diri dengan ruang peti sejuk beku untuk penyimpanan. Dan pastikan kandungan peti sejukbeku lebih teratur untuk mengelakkan cemaran silang antara makanan, terutamanya yang tidak memerlukan pemanasan seperti ais batu.


ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai

ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya

BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club