Untuk ibu-ibu yang sibuk, pasti tak punya banyak masa di dapur kan. Selain memilih menu simple, buat stok frozen juga langkah terbaik. Bila nak guna baru keluarkan, jimat masa dan tenaga.
Begitupun, kenalah berhati-hati juga, terutama dalam memastikan makanan frozen ini kekal selamat untuk dimakan.
Jadi, ibu-ibu boleh ikut panduan dan tip yang telah dikongsikan oleh ahli kimia Dr Fatimah Salim ini.
“Saya sendiri juga biasa bekukan makanan yang berlebihan termasuklah nasi, sup, lauk pauk dan sayuran. Bukan apa, saya juga suka dan rajin masak.
” Cuma ada masanya keadaan terdesak, kehabisan bahan mentah masakan atau meraikan sisi malas, makanan siap masak beku ini adalah penyelamat.
Sebenarnya makanan siap masak yang disejukbeku boleh bertahan 2 hingga 6 bulan bergantung kepada jenis bahan masakan dan keupayaan mengekalkan suhu peti sejuk. Nutrisi sedia ada juga kekal.
Ads
Gambar sekadar hiasan
Selepas tempoh ini, stabiliti komponen masakan akan mula terganggu dan kualitinya akan berkurangan. Keadaan ini kita boleh dipastikan melalui pemerhatian sendiri apabila rupa, warna dan struktur makanan telah berubah daripada yang asal. Namun masih lagi selamat dimakan.
Kita harus faham yang makanan boleh basi atau rosak disebabkan aktiviti bakteria atau pertumbuhan kulat (aka kuman) dan tindakbalas kimia yang berlaku pada komponen makanan. Kuman ini boleh datang daripada udara, tangan dan peralatan yang digunakan dalam pengendalian makanan yang telah dimasak.
Gambar sekadar hiasan
Suhu sejuk dalam peti sejuk beku (air menjadi ais) akan merencatkan aktiviti kuman dan memperlahankan tindakbalas kimia dalam makanan, maka makanan akan tahan lebih lama.
• Untuk mengekalkan kualiti, elakkan menyahbeku berulang kali makanan yang sama. Elok bungkus dan simpan dalam bekas cukup untuk sekali makan seperti tuan siaran ini lakukan.
Ads
• Keluarkan makanan lebih awal untuk dinyahbeku sebelum dipanaskan untuk mengekalkan struktur makanan.
Gambar sekadar hiasan
• Sedar diri dengan ruang peti sejuk beku untuk penyimpanan. Dan pastikan kandungan peti sejukbeku lebih teratur untuk mengelakkan cemaran silang antara makanan, terutamanya yang tidak memerlukan pemanasan seperti ais batu.
Bila kita sudah namakan sesuatu masakan itu sebagai menu signature keluarga tentunya hidangan tersebut cukup istimewa dan digemari oleh seisi keluarga kita. Ini sama halnya dengan perkongsian daripada Noriza Jaja, menurutnya jika menu nan satu ini tidak disediakan di hari-hari istimewa terutamanya pada Hari Raya, boleh satu keluarga merajuk. Pastinya hidangan tersebut membangkitkan selera dan enak dinikmati.
Untuk itu dengan adanya resipi yang dikongsikan olehnya di sini, bolehlah kita pula mencuba rasa keenakan hidangan yang dimaksudkan. Nak tahu cara memasaknya dan bahan-bahan yang digunakan hingga menjadikan menu ini cukup istimewa, ini rahsianya.
Alhamdulillah, siap Daging masak hitam(bawang goreng)ni signature dish keluarga saya terutama hari raya. Wajib ada kalo tak semua orang merajuk. Sedap makan dengan nasi panas-panas atau lemang mahu pun ketupat palas. Sekali rasa mesti nak lagi.
P/s:yg penting kena rajin buat bawang goreng ye sis.
RESEPI DAGING MASAK HITAM(BAWANG GORENG)
✓1 kg daging(diperap dengan kicap pekat,kicap manis dan sedikit gula) agak-agak jer.
✓1 kg bawang goreng(lebih sedap bawang digoreng sendiri) guna bawang kecil lebih sedap ye
✓1 senduk cili kering blend(kalo suka pedas bole lebihkan)
✓kicap pekat,kicap manis,kicap masin
✓air asam jawa
✓garam,gula secukupnya
✓air
✓minyak untuk menumis
CARA2:
~perap daging dgn kicap dan gula selama 1/2 jam..saya agak2 jer. Gula dalam 2 sudu besar, kicap pekat, kicap manis jangan banyak sangat sebab masa menumis nanti kita nak tambah kicap lain.
~panaskan minyak 1 senduk @ setengah cawan minyak masak dan masukkan daging yang diperap tadi..
~masak sampai keluar air daging dalam 10 hingga 15 minit..lepas tu masukkan cili kering blend dan reneh lagi hgga cili benar-benar masak…
~masukkn kicap manis,kicap masin dn kicap pekat.agak2 jer pastu masukkan air asam jawa. Jangan banyak sangat nanti terlebih masam plak.
~renehkan daging hingga empuk..kalo kering tambah air dan tambah air jika daging belum empuk. Last sekali masukkan bawang goreng dan masak hingga bawang sebati.
~rasa la cukup pedas,manis dan masinnye ikut selera anda..jika terkurang tambah garam atau gula.selamat mencuba
Meskipun hanya menu ayam goreng, ia sering menjadi pilihan dan kegemaran buat seisi keluarga terutamanya buat anak-anak kecil. Sementelah menu ayam goreng ini cukup mudah disediakan dan aromanya mampu membuka selera jika dihidangkan ketika masih panas.
Ni la hasil gorengan. Ya ampunn..krukk..krakk…habuk dia tu perghh..!! Ayam pun sangatlah lembut even kat luar dah crunhy..
Tapi bagi menghasilkan ayam goreng yang enak, ranggup di luar tapi lembut di dalam ada caranya. Langkah menghasilkannya dikongsi oleh Najwa Romli dari laman Facebook beliau. Jom cuba.
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam.
1 labu bawang putih
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 tangkai daun kari
Garam dan serbuk kunyit secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Hiris semua bahan tersebut kecuali daun kari.
2. Kemudian tumbuk semua bahan tadi menggunakan lesung batu. Boleh juga menggunakan pengisar dengan mencampurkan sesudu minyak masak dan dua sudu besar air.
Lagi best tumbuk semua bahan tadi. Kalau bizi jugak blender dgn sesudu minyak masak n 2 sudu besar air.
3.Gaulkan ayam bersama daun kari, garam, serbuk kunyit dan bahan tumbuk tadi. Perap dalam 30 minit.
4. Sambil menunggu perapan ayam susunkan daun pisang dalam periuk kukus. Kemudian, didihkan air dalam periuk kukus.
5.Susun ayam di dalam loyang kukus dan kukuskan selama 20 minit.
6. Setelah dikukus, biarkan sejuk, lalu digoreng dalam masa 5 minit.
Jika ingin disimpan di dalam simpan chiller masukkan ke dalam bekas kedap udara. Ia mampu bertahan sehingga 3 atau 4 hari.
Ni la hasil gorengan. Ya ampunn..krukk..krakk…habuk dia tu perghh..!! Ayam pun sangatlah lembut even kat luar dah crunhy.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Asyik duduk dalam rumah tentu akan merasa bosan. Nak pergi bercuti belum berani lagi ekoran kes jangkitan Covid-19 masih tinggi.
Bagi yang merancang mencari ruang santai di halaman rumah apa kata ikuti cara keluarga ini. Ringkas tapi menarik.
Perkongsian Ilyana Isa menjadikan beranda rumahnya dengan tema mini kafe untuk dijadikan tempat santai dengan family.
Jom ikuti cara beliau DIY beranda santai untuk keluarga.
DIY beranda santai keluarga
Baru-baru ni incek boss saya Isa Yassir Arafat ada buat satu ‘mini cafe’ atau beranda di porch kami. Berangan nak ada beranda di tingkat atas, tapi tak cukup budget nak buat, maka saya buat kat porch pun jadilah.
Simple je tukang pakai kayu & plywood. Alas rumput carpet. Size 8×10 kaki. Kerusi tinggi & sofa beli kat shopee. Jadilah buat tempat lepak minum petang. Malam-malam layan anak main UNO kat situ
Proses DIY Melakukan Beranda Santai Di Rumah
1. Inilah dia rupa porch asal kami ini. Sedih jer rupa dia. Tapi perubahan bakal menjelma. Hehehe.
2. Ini merupakan proses memasang tapak dan tiang untuk beranda kami. 2 hari jer dah siap buat semua ni.
3. Untuk beranda ni kami cat warna putih. Cik meow pula sibuk disitu.
4. Kami menambahkan sedikit dekorasi untuk beranda kami ini. Antaranya ialah rumput karpet, hiasan pokok dan kerusi kayu. Tema berwarna putih, hitam, hijau dan corak kayu.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.