Amalan meracun tumbuh-tumbuhan yang ditaman memanglah bertujuan untuk memastikan pokok bebas serangan serangga perosak dan yang penting dapat hidup dengan subur.

Namun mengenangkan bahaya racun kimia jika tidak diurus dengan baik, ada baiknya kita beralih pada racun yang boleh disediakan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada di rumah.

Pastinya, racun ini tidak mendatangkan kesan bahaya pada keluarga namun berkesan untuk mengatasi masalah-masalah serangan serangga perosak pada tanaman. Hal ini telah dikongsikan oleh dua orang yang dikenali sebagai Nur Amirul dan Azman di laman sosial. Kedua-duanya pula menggunakan bahan berbeza dan semoga ini dapat memberi idea dan variasi menjaga pokok-pokok yang ditanam di laman rumah.  Jom semak perkongsian mereka.


“Di sini saya akan kongsikan secara ringkas buat racun organik bawang putih lak untuk racun serangga.. Boleh guna utk pokok cili dan lain2 pokok”-Nur Amirul Nur Azmi via KGTTS

Cara Berbeza Buat Racun Organik. Selain Guna Bawang Putih, Rupanya Daun Durian Belanda Pun Boleh Hindarkan Serangga Perosak!

Bahan-bahan:
200 gram bawang putih
3 sudu besar ketumbar
500ml minyak

Ads

Cara membuatnya :
1. Blender semua bahan tersebut dengan minyak
2. Masak menggunakkan kaedah double boiling selama 3 – 4 jam dengan api perlahan
3. Selepas itu tapis dan boleh digunakan.

Ini pula perkongsian ilmu daripada Azman Mohamed Ali via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri yang berkongsi cara untuk penyediaan baja menggunakan daun durian belanda yang dikatakan sesuai untuk menghindarkan maslaah Hama Trips daun cili yang kerinting. Nak tahu lanjut jom semak.

Cara Berbeza Buat Racun Organik. Selain Guna Bawang Putih, Rupanya Daun Durian Belanda Pun Boleh Hindarkan Serangga Perosak!

“Ok…siap…kena tunggu 2 hari baru boleh guna….Racun Organic dari daun Durian Belanda…untuk menghindarkan Hama Trips daun cili yang keriting….tak sabar rasanya nak cuba guna….”-Azman

Ads

Cara Berbeza Buat Racun Organik. Selain Guna Bawang Putih, Rupanya Daun Durian Belanda Pun Boleh Hindarkan Serangga Perosak!

Bahan-bahan :

50 helai daun belanda

2.5 liter air

Ads

8 ml serbuk pencuci kain

Cara penyediaan:

  1. Ambil daun durian belanda yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda-dikoyak-koyakkan dan ditumbuk.
  2. Masukkan daun yang telah ditumbuk tadi ke dalam bekas berisi air 2.5 liter.
  3. Kacau rata dan masukan bersma 8ml serbuk sabun basuh.
  4. Kemudian masukan air dalam botol dan tutup.
  5. Biarkan selama 2 hari dan selepas 2 hari tapis ambil airnya sahaja.

Ekstra info :

“Untuk penggunan 1 liter boleh di campurkan dengan 5 liter air biasa , masukan dalam botol spay dan spary pada keseluruhan daun pokok cili, lakukan setiap dua hari. Hasilnya daun cili mula segar. Semburkan seminggu sekali.”

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI