Lempeng atau nama modennya crepe memang menjadi kesukaan ramai. Nak nak lagi dengan kelembutan dan rasanya yang sedap apabila dicicah dengan kari mahupun sambal.
Caranya yang mudah dan cepat pula tu menjadikan ia salah satu menu sesuai dihidangkan untuk sarapan mahupun minum petang.
Bagi ibu-ibu yang nak sediakan sendiri lempeng untuk hidangan seisi keluarga, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Marina Ismail . Cukup mudah dan yang penting lembut. Patutlah ayahnya cukup menggemari menu satu ini.
“Sedapnya lempeng ni Na. Lembuttt je. Betul sedap!”
“Ayah suka ke, lain kali Na buat lagi ya”
Haa kalau ayah kata suka tu memang betul dia suka dan sedap la pada dia. Sebab ayah agak memilih bab makan nih.
Kalau tanya nak makan apa, jawapannya nak yang lembut, tak pedas dan kenyang. Apakah bentuk menunya? Hahhh tu tugas kita la yang nak mikirnya 😅
Maka menu ni dah masuk resepi feveret kak M sebab senang nak buat, sedap dan semua orang kat rumah suka. Matching kan plak dengan sambal sardine perghhh memang sedap.
Untuk breakfast sesuai, untuk dinner pun sesuai sangat.
Resepinya taraaaa…tengok kat bawah ya. Kak M namakan lempeng cair sebab bancuhannya cair je hehehe.
LEMPENG CAIR
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 atau 2 telur (kak M letak 2 biji, tapi rasanya 1 biji pun dah cukup)
Sikit garam
2 sudu minyak
Sikit minyak lagi untuk sapu kuali
Cara membuat:
1. Blendkan semua bahan tu hingga berkrim
2. Kalau guna guna kuali biasa sapu sikit minyak dan dadarkan bancuhan sesenduk demi sesenduk .
3 . Tapi kalau guna pan, just sapu minyak sekali sahaja masa dadar pertama.
4. Buat sampai habis dan boleh hidangkan dengan sambal sardine atau kari.
Tips:
Nak dapatkan Lempeng aka crepe yang lembut, lepas dah blend adunan biarkan selama 1/2 jam sebelum masak supaya tepung dapat kembang bersama dengan cairan dan lempeng akan jadi lembut.
Selain dari cicah dengan sambal sardin atau kari, boleh juga buat lempeng aka crepe ni sebagai dessert. Isi inti cream dan berry kat dalam sebelum lipat. Pun sedapp!
https://www.facebook.com/marina.ismailCQ/videos/10157797673173729/