Geram jugak ibu apabila melihat anak sudah pandai tunjuk peel. Suka marah apabila tak puas hati!
Yang peliknya gerak tubuh atau bahasa yang digunakan hampir sama lagaknya apabila si ibu marah.
Menurut perkongsian coach parenting,Mohd Fhais Salim cara anak marah seakan sama dengan ibu memang berlaku!
Nak tahu lanjut jom ikuti perkongsian ini.
Cara Anak Marah, ‘Sebiji’ Ikut Cara Kita Marah!
Terkesima lihat cara anak marah!
Sebijik! Raut wajah dia, gerak tubuh dia dan kata-kata yang keluar dari mulut dia.
“Hah! Buat lagi buat lagi”
Terkesima saya lihat cara si kakak marah si adik, sebiji sama macam saya marah dia dulu.
Betul la, kita ni tak boleh beriya sangat masa nak marah anak-anak.
Ads
Jangan ‘over’, risau anak akan terikut-ikut dengan gaya dan cara kita ketika marah.
Kalau kita kuat memukul anak, tak mustahil anak pun akan kuat memukul orang lain.
Sebaiknya control sikit cara kita nak lepaskan kemarahan.
Bak kata pakar komunikasi, nada suara dan bahasa tubuh kita 93% peratus lebih mudah di tiru oleh anak-anak berbanding dari kata-kata.
Jadi tak pelik la, apa yang kita cakap jarang anak nak ikut tapi apa yang kita buat senang senang je dia ikut.
Rupanya sebelum kita nak betulkan anak, cara berkomunikasi kita tu perlu di perbetulkan dulu.
Ads
Cara terbaik bila nak marah ialah dengan PELUKAN.
MasyaAllah, kuasa pelukan ni kalau nak tahu bukan sahaja boleh redakan emosi malah ada kuasa ‘menyembuh’ ( Healing Power )
1 – Sebelum nak marah terus peluk anak, gosok belakang dada dia, usap umbun umbun kepala dia, tak sampai 5 minit rasa marah kita tu akan beransur hilang dengan sendiri. Cubalah.
2 – Bukan rasa marah kita je reda, malah rasa takut anak pun akan berkurang. Daripada rasa takut kena marah, terus jadi bertambah sayang pada kita.
3 – Setiap sentuhan kita pada anak walaupun 5 minit dah cukup untuk tingkatkan hormon ‘gembira’ dalam tubuh. Dari nak bergaduh terus dua-dua jadi gembira.
4 – Pelukan juga boleh bina ‘rapport’ kita dengan anak. Rapport ni maksudnya hubungan, dari hati berhubung ke hati anak. Ada rapport ni, baru setiap teguran kita mudah anak nak serap.
Ads
5 – Self Esteem anak juga akan meningkat dengan kuasa pelukan dari kita tau. Ye la, bila selalu kena peluk dengan ibu ayah ‘keyakinan diri’ anak pun jadi meningkat sama.
6 – Ada masalah stress atau anxiety? Hah, peluk la anak-anak kita setiap hari, comfirm 2 masalah tu akan berkurangan.
7 – Pelukan juga adalah simbol paling besar untuk ‘Love & Support’. Kadang-kadang anak tak tahu yang kita sayang pada mereka, pelukan ni sahaja boleh bagitahu mereka.
Peluk memeluk ni pun cara mudah kita nak buat Self Care, Self Love dan Self Healing.
Jika marah buat hati anak makin jauh, pelukan pula buat hati anak makin mahu dekat dengan kita.
Makin dekat hati makin tambah sayang, makin tambah sayang maka makin kurang la nak rasa memarahnya..
Didik anak dengan penuh kasih sayang baru la hati dia dan hati kita bersatu saling membahagiakan.
Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais Salim
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu ayah mana tidak gembira apabila anak-anak yang ditatang bagai minyak yang penuh berjaya dalam hidup. Lantaran itu, ibu ayah akan mendoakan anak tanpa henti demi memastikan anak-anak perjalanan hidup anak dipermudahkan.
Untuk mendoakan anak terdapat pelbagai cara ia termasuk membaca ayat tertentu, tiup di ubun-ubun anak, doa ketika makan dan doa untuk kesejahteraan. Pendek kata, ibu bapa tidak culas untuk berdoa buat anak.
Malah, doa juga menjadi asbab anak mudah mendengar kata dan berjaya dalam hidup. Bak kata orang lama-lama, ‘menjadi’ apabila cemerlang dalam pelajaran.
Tak salah mencuba dengan doa-doa ini, segalanya dengan izi-Nya. Jika sebaliknya ia sudah tertulis dan siapa kita untuk menidakkan takdir. Namun sekurang-kurangnya kita telah ikhtiar.
Moga panduan ini menjadi manfaat untuk ibu bapa dalam tempoh membesarkan anak-anak.
Ikuti perkongsian seorang Ustazah Aminah Mat Yusoff menerusi facebook miliknya.
Selalu baca doa ini dan tiup ubun-ubun anak, moga menjadi anak soleh dan solehah. 1. Almarhum ayah selalu buat pada saya dan adik beradik. Mulanya saya tak tahu kenapa orang tua selalu baca doa dan tiup ubun-ubun. Tapi bila ayah selalu buat macam tu kita rasa sangat disayangi, dilindungi dan erat hubungan. 2. Baca Surah al-Fatihah dan hembus ubun-ubun anak sebelum tidur. Niat sedekahkan kepada ruh, agar jiwa dan emosi anak sentiasa terisi dengan kebaikan, membesar bagai juara. 3. Doa untuk anak-anak sepertimana doa Rasulullah S.A.W. kepada Abdullah Ibnu Abbas: Bacakan doa ini kepada anak-anak di ubun kepala saat mereka sedang tidur atau doakan saat mereka bersama kita. “Allahumma faqqih hu fid deen, wa alimhuttakweel.” “Ya Allah, berilah kefahaman tentang agama (Islam) kepadanya dan kurniakanlah ilmu tentang takwil (tafsiran dan pemahaman alQuran).” اللهم فقهه فى الدين وعلمه التأويل Maksudnya: “Ya Allah, ajarkanlah Ibn Abbas ini dalam urusan agama dan ajarkanlah dia Takwil (menafsir Al-Quran).” [Ahmad bin Hanbal, al-Hakim, al-Thabarani (Mu’jam al-Kabir, al-Ausath & Saghier), Ibn Hibban dan lain-lain.] Atau menurut Ustaz Zahazan, boleh juga baca “Allahumma faqqih hu fid deen, wa alimuhul hikmah (ilmu pengetahuan)” 3. Doa ketika anak sedang makan Gosok lembut kepala anak, tekapkan telapak tangan kanan di ubun-ubun kepalanya dan baca doa; ” Ya Allah berkatilah setiap butir nasi yang masuk ke perut anakku ini, jadikanlah dia sebagai rezeki yang diberkati dan diredhai oleh MU. 4. Sejukkan hati dengan melihat mata anak-anak, senyuman mereka dan doakan; ” Ya Allah.. Peliharalah anakku sebagaimana Engkau menjaga hamba-Mu yang Soleh dan Solehah. Anak kita, akan hidup di dunia yang lagi mencabar. Santuni dan kasihi mereka hari ini agar ia membesar sebagai pemilik jiwa yang tenang.
Zaman serba mencabar dengan pelbagai pengaruh media sosial dan gajet, pastinya sukar untuk mendidik anak suka membaca Al-Quran. NamunjJika jiwa mereka didik untuk mencintai Al-Quran sejak kecil ia menjadi mudah.
Bagaimanapun, masih belum terlambat untuk kita mendidik anak-anak suka membaca Al-Quran setiap hari. Pasti ada caranya. Apa yang pasti kita perlu istiqomah dalam semasa mendidik anak-anak.
Ikuti perkongsian ibu ini yang pernah tular apabila anaknya mahir membaca Al-Quran. Moga kita muhasabah diri untuk menjadi ibu bapa yang hebat mendidik anak-anak.
Dengan itu, ikuti perkongsian ilmu oleh puan Siti Aminah Sulaiman bagaimana mendidik anak suka membafca Al-Quran.
Sebenar tak susah nak dapat anak yang ‘ketagih’ baca Al Quran. sepanjang pengalaman saya menjagar anak-anak hafaz Al Quran. Saya lihat ada beberapa faktor yang menjadikan anak itu MUDAH untuk dididik cinta Al Quran
Saya kongsikan apa yang perlu kita buat suapaya mudah nak ajar anak SUKA baca dan hafaz al Quran:
1) BIAH AL QURAN
Saya perasan anak-anak saya ni, bila time saya rajin baca Quran. Mereka pun rajin ambil sendiri al Quran nak baca. Tak perlu saya suruh2 atau paksa lagi.
Tapi kalau time saya sendiri tak sentuh al Quran, memang liat nak suruh anak baca Al Quran. Ini yang saya belajar dari pengalaman 8 tahun mengajar anak hafaz al Quran dirumah
Betapa pentingnya mewujudkan suasana al Quran itu dirumah. ini yang dipanggil BIAH AL QURAN. Anak-anak perlu melihat ibu atau ayah mereka sentiasa istiqamah membaca al Quran
Tanpa sedar anak akan terdorong untuk menjadi ‘RAJIN’ membaca al Quran. Adakah kita sudah membaca al Quran hari ini?
2) HIDUP TANPA TV
Part ni paling susah. Jujurnya saya memang ‘hantu’ TV dari kecik lagi. Cakap je apa-apa cerita mesti saya akan melekat depan tv, drama sambung-sambung lagi saya suka
Tapi saya perasan bila saya cuba ajar anak saya al Quran, TV menjadi satu masalah BESAR
Saya susah nak fokus ajar anak dan masa saya menjadi sangat singkat bila ada TV sebab ada je cerita yang saya nak tonton
Akhirnya saya buat keputusan untuk potong siaran di rumah dan itu berlaku 5 tahun yang lepas.
Alhamdulillah rupanya ianya pengorbanan yang berbaloi. Saya punyai lebih banyak masa untuk mengajar anak dan saya juga punya masa untuk diri sendiri belajar al Quran.
3) SENTIASA ISI GELAS ILMU
Untuk berjaya dalam mendidik anak,perlu sentiasa mengisi gelas ilmu. Bagaimana kita nak tumpahkan ilmu pada anak jika gelas kita sendiri kosong
Saya sedar diri saya yang serba serbi kekurangan ilmu al Quran, lalu saya terus ambil pakej kombo 10 kelas untuk belajar Ibrah al Quran dengan uztaz Syaari Ab Rahman. Mulai tahun ini dan seterusnya akan menyaksikan saya menjadi pelajar al Quran bersama dengan anak-anak saya
Lebih banyak kita belajar, lebih banyak rupanya kita tak tahu. Jangan malu mengakui kelemahan diri, terus belajar untuk tambah ilmu.
Gambar hiasan
4) DOA
patut saya letak ini kat atas sekali. Ini paling penting! Saya mula dengan berdoa dulu pada Allah supaya Allah tunjukkan jalan bagaimana nak jadikan anak saya cinta AlQuran, dan Allah Maha Baik memang tak pernah hampakan hambaNya
Lambat atau cepat Dia akan beri, pada waktu yang paling sesuai. Berdoalah wahai ibu ayah
Jangan berharap pada manusia, tapi letak harapan spenuhnya pada Allah. Pelbagai keajaiban akan berlaku dengan izinNya.
VIDEO ANAK MEMBACA AYAT AL-QURAN
Ini antara amalan saya dalam mendidik Muiz dan Nur Solehah. Moga ada manfaat bagi yang membaca
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kepada yang gemar mengatakan bawang boleh menghilangkan batuk hanya sekadar letak dalam bilik, sebenarnya tiada fakta yang shahih mengatakan ia benar. Mengikut sumber Public Health Malaysia di laman facebook yang menyediakan fakta mengenai bawang ini patut kita ambil peduli. Moga manfaat.
Persatuan Bawang Kebangsaan Nafikan Bawang Menyembuhkan Penyakit! Perkongsian santai PHM di petang ahad ini berkenaan tips bawang dihadapan kipas
✅ Menurut Persatuan Bawang Kebangsaan (US), tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan fungsi hirisan bawang untuk merawat dan mencegah penyakit.
*Betulll!! Persatuan Bawang memang wujud!
✅ Untuk makluman, tips yang telah dikongsikan lebih dari 2500 netizen ini berasal dari kepercayaan masyarakat sejak tahun 1500 lagi.
✅ Pada ketika itu, hirisan bawang diletakkan di dalam bilik untuk mencegah wabak Plague, iatu sejenis wabak penyakit yang menyebabkan kematian hampir 200 juta manusia ketika itu!
✅ Penggunaan hirisan bawang ini berasal dari teori Miasma, iaitu teori kesihatan purba yang percaya ‘udara kotor’ merupakan punca kepada penyebaran penyakit berjangkit. Masyarakat ketika itu percaya, udara malam merupakan udara yang merbahaya dan perlu dielakkan.
✅ Teori Miasma telah terbukti TIDAK TEPAT selepas penerokaan sains dan teknologi semakin berkembang. Punca sebenar yang menyebabkan jangkitan penyakit telah ditemui iaitu berpunca dari kuman.
✅ Selain dari hirisan bawang yang diletakkan di dalam bilik untuk membersihkan udara didalam bilik, amalan popular yang melibatkan penggunaan bawang adalah dengan meletakkan hirisan bawang di dalam sarung kaki dan dipakai semalaman.
Tips ini juga telah dibuktikan dengan kajian saintifik TIDAK berkesan.
KHASIAT BAWANG
Walaubagaimanapun, bawang merupakan sejenis sayur sayuran yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan.
✅ Bawang kaya dengan Flavonoids yang mempunyai fungsi anti kanser dan anti radang.
✅ Bawang juga merupakan sumber vitamin C yang baik dan baik untuk fungsi imun badan.
✅ Ia juga baik untuk kesihatan rambut dan kulit. Vitamin c merupakan bahan penting dalam penghasilan kolagen
✅ Apa yang menarik, dalam satu pengumpulan hasil kajian pada tahun 2010, pengambilan bawang (yang kaya dengan organosulfur) boleh melindungi dari penyakit jantung.
Khasita bawang ini hanya di perolehi sekiranya anda MAKAN bawang, BUKAN meletakkan bawang di kipas ?? . Tips alami untuk merawat batuk dan selsema.
Gejala batuk dan selsema biasanya berpunca dari virus. Untuk jangkitan virus, anda TIDAK perlukan antibiotik.
Berikut kami kongsikan beberapa tips untuk merawat gejala batuk dan selsema secara alami dan telah terbukti berkesan.
– Minum teh dengan limau dan madu. – Ambil sesudu madu asli – Minuman panas yang dicampur hirisan halia dan madu .
Adakah penggunaan hirisan bawang sebagai rawatan batuk dan selsema merbahaya?
Selain mengakibatkan bau kurang nyaman dan memedihkan mata, tips menggunakan hirisan bawang untuk merawat gejala batuk dan selsema adalah TIDAK merbahaya.
Fakta dan info kami kongsikan, pilihan sentiasa di tangan anda
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.