”Cara Abang Jaga Adik Sama Macam Keknis & Hairul.” Sibling Goals, Gelagat Yusuf & Alisa Raih Perhatian, Cute!

Share

Baru-baru ini, pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha telahpun mengadakan majlis sambutan hari lahir untuk anak-anak mereka, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Majlis berlangsung meriah dan ini juga merupakan kali pertama pasangan ini mengadakan sambutan hari lahir dengan menjemput kawan-kawan sekolah Yusuf.

Menjengah ke akaun Instagram Yusuf Iskandar, pasangan ini telah berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan so kecil berdua ketika bersama kawan-kawan di majlis tersebut. Alisa nampak comel dengan gaun putih seakan-akan princess.

Yusuf pula nampak segak dengan jaket dan tie merahnya. Rata-rata peminat suka melihat cara Yusuf menjaga Alisa.

Mungkin Alisa sedikit janggal kerana ianya birthday party pertama mereka berdua, tetapi Yusuf pandai menenangkan adiknya itu.

Bukan tu je, ramai memuji dua beradik ini nampak seperti seolah-olah mini Hairul dan mini Hanis.

Comel sahaja Alisa memaut tangan Yusuf sambil berjalan. Melting tengok Yusuf peluk Alisa tu.

nun.wau.ro Tak berenggang Alisa dgn Yusuf #siblinggoals ❤️
syafzulkiflins Absolute mini Hanis & mini Hairul, cho cuteee 😍
_yunis Gambar no 4 tu totally keknis and Hairul 😍
syazazalikha Semoga terus membesar menjadi anak yang menyenangkan dan membanggakan mommy & daddy ❤️
zack_wolf952 You two are so sweet and adorable 🔥😍❤️
nysasushiSo sweet nya lah tengok dua ketul anak kecil ni 😍😍❤️ ; adorable sangatttt 🤍🤍🤍
myrahjo Love the second last picture of them both. Alisa looks so princessy clinging on like that to Yusuf’s arms. Happy birthday again to both little munchkins. My prayers have been with you both since day 1 ❤️

Sumber:haniszalikha and theyusufiskandar


ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden

ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu

BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club