Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak. Dikurniakan zuriat yang bijak pandai pasti satu bonus dan impian setiap ibu bapa. Demikian juga dengan kisah sepasang suami isteri yang dikatakan memiliki anak yang luar biasa bijaknya.
Dikurniakan kepintaran yang luar biasa sejak usianya tujuh bulan, kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Haryz Nadzimi dilaporkan berjaya diterima memasuki persatuan IQ tinggi global, Mensa.
Kisah adik Haryz tular baru-baru ini apabila di dalam laporan Metro Uk menceritakan keistimewaan si kecil ini yang mula dikesan oleh ibu bapanya apabila dia mampu menyebut beberapa patah perkataan pertamanya pada usia tujuh bulan.
Ads
Bukan itu sahaja, si kecil ini juga dikatakan mampu membaca sendiri buku-buku cerita sebelum tidur ketika usianya dua tahun. Hal tersebut, menjadikan dia sebagai individu paling muda memasuki persatuan IQ tinggi global, Mensa.
Dia dikatakan mencapai skor IQ yang luar biasa sebanyak 142 pada ujian Stanford Binet setelah diuji oleh ahli psikologi, Lyn Kendall.
Ads
Anak kepada pasangan Anira dan Mohd ini dipercayai menetap di Durham, United Kingdom (UK) dan kedua ibu bapanya mempunyai latar belakang kejuruteraan. Menurut pasangan tersebut, mereka tidak menyangka Haryz menunjukkan tanda-tanda kepintaran yang luar biasa pada usia semuda itu.
“Kami tiada banyak pengalaman, jadi kami ingatkan itulah cara kanak-kanak. Namun sehingga kami diberitahu oleh pihak tadika bahawa dia lebih cepat berbanding kanak-kanak lain, maka kami menyedari Haryz adalah istimewa.
Ads
Di samping itu, ibu bapa Haryz turut mencipta saluran YouTube bernama Little Haryz agar kanak-kanak lain dapat menonton dan menjadikan ia sebagai pemangkin semangat.
Berkongsi mengenai sikap anak mereka, pasangan itu turut memberitahu bahawa Haryz sering bertanya soalan dan bercakap mengenai angkasa lepas dan nombor selain gemar membaca buku-buku. Lebih mengagumkan adalah bahasa Inggeris bukan bahasa pertamanya. Mereka berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu di rumah.
Sumber: Metro Uk & Ohbulan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tentunya di musim kita semua perlu duduk di rumah sepanjang PKPB ini pelbagai cara dan aktiviti kita telah lakukan untuk mengelakkan rasa bosan terperap di rumah.
Salah satu terapi yang berkesan adalah dengan berkebun sayur di tepi rumah. Sekurang-kurangnya dengan aktiviti baharu ini, terisi juga masa yang ada. Bahkan bila tiba masanya, tanaman yang ditanam mengeluarkan hasil dan bolehlah dinikmati seisi keluarga.
Biasanya dari sepokok dua yang ditanam mesti akan bertambah, maklumlah makin seronok melihat pokok-pokok ditanam hidup subur.
Pun begitu, sebenarnya ada trik yang boleh dilakukan untuk menjimatkan penggunaan ruang tanah bila menanam pokok-pokok yang menjalar. Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh Syafiq Wazan.
Bolehlah dipraktikkan dan sekali gus bermacam-macam pokok boleh ditanam dengan ruang yang terhad. Selamat mencuba.
Antara contoh rekabentuk bagi tanaman menjalar yang jimat ruang, bersih dan mampu memberikan hasil buah yang lebih baik.
Teknik ini amat memudahkan proses menuai dan dapat mengurangkan penyakit kerana semburan kawalan perosak yang lebih sekata, jimat masa serta pengunaan bahan racun organik yang minima.
Alternatif lain, boleh juga gunakan besi atau kayu katil (Kayu pallet) yang di tegakkan serong selain cara traditional menggunakan buluh dan tali. Atau pun beli jaring yang ada jual di kedai pertanian.
Yang penting ianya kukuh supaya dapat menyokong beban berat hasil buah dan mempunyai 4″ grid untuk penuaian yang mudah.
Pilihan Reka bentuk bersandar memberi anda ruang untuk menyemai sayur-sayuran lain di bawah sebagai tanaman tambahan seperti sayur sawi sebelum pokok utama anda matang.
Saiz yang sesuai adalah tinggi 5-8kaki dan lebar 4-6 kaki bagi kawasan yang agak luas. Bagi pokok renek yang menjalar boleh kecilkan saiz bingkai yang akan digunakan nanti.
Penjimatan ruang ini untuk menyokong memaksimumkan ruang taman atau kebun mini di halaman rumah anda yang agak sempit dan comel macam tuan dia.
Ibu bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia setahun empat bulan, yang maut dilanggar bas sekolah di Salak Tinggi, berharap agar polis tidak mengenakan tindakan undang-undang terhadap pemandu terbabit.
“Saya dan suami reda dengan pemergian anak kami, malah tidak berdendam dengan pemandu bas tersebut,” kata Zainab Mohideen Abdul Kadar, 37, ibu kepada kanak-kanak itu.
Mangsa, Zahida Mohammmad Kassim adalah anak bongsu daripada tujuh adik-beradik.
Menurut Zainab, dia sudah lama mendapatkan khidmat pemandu itu untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah.
Katanya, ketika hari kejadian dia dan suami sedang bekerja manakala anak-anak mereka dijaga oleh ibu mentuanya.
Dia dalam pada Itu mengakui belum berjumpa pemandu berkenaan. Namun lelaki berusia 50 tahun itu ada menelefon dan memohon maaf.
“Saya pun tak boleh nak salahkan abang bas itu sebab dia pun dah trauma sangat, lagi pun dia susah dan bas dia kena sita,” katanya.
Pembantu kantin itu dalam nada hiba berkata walaupun kehilangan anaknya itu meninggalkan kesan mendalam, dia rela hati memaafkan pemandu bas berkenaan.
Sementara itu, kakak kepada mangsa, Nurul Aishah, 13, berkata ketika kejadian, dia baru turun dari bas itu selepas memberikan duit belanja sekolah kepada adiknya yang berusia lapan tahun.
Katanya selepas turun dari bas dia ternampak Zahida di bawah kenderaan itu yang sedang bergerak.
“Saya cepat-cepat ambil dia sebelum tayar belakang bas melanggarnya lagi. Saya menjerit dan selepas itu terus bawa Zahida masuk ke dalam rumah.
“Kemudian ada jiran yang datang dan bawa saya serta nenek bersama Zahida menaiki kereta ke klinik kesihatan berdekatan,” katanya.
Nurul Aishah berkata selepas menyedari Zahida dilanggar, pemandu bas itu segera turun dan meminta maaf kepada neneknya, namun neneknya menyuruh pemandu itu menghantar budak-budak ke sekolah dahulu.
Pak cik datang semula selepas selesai hantar budak-budak. Pak cik cakap dia minta maaf, dia tak nampak (Zahida) dan tidak sengaja melanggarnya,” katanya.
Menurut Nurul Aishah adiknya itu seorang kanak-kanak yang ceria dan suka mengekori kakak-kakaknya, serta sangat manja dengan ayah dan nenek.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata pemandu bas itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis malam tadi selepas selesai memberi keterangan.
“Kita akan siapkan siasatan dan bawa kertas siasatan ke pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sumber: BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak adalah anugerah yang terindah dalam kehidupan berumah tangga. Ada pasangan miliki anak ramai, ada yang sebaliknya.
Kuantiti anak bukan pengukur sama ada keluarga itu bahagia atau tidak. Ada pasangan rezekinya anak ramai dan ada yang anak sikit tapi rezekinya dalam hal lain. Tuhan sebaik-baik perancang dan pasti ada hikmah disebalik kejadian tersebut.
Sebab itu, ibu bapa yang punya anak ramai jangan terlalui berbangga kerana di sebalik anugerah tersebut, anda menggalas tanggung jawab yang cukup berat.
Berikut beberapa faktor yang dikongsikan. Moga kita mendapat manfaat daruipadanya.
KENAPA ANAK TIDAK RAMAI?
Macam aku sendiri alhamdulillah sudah dikurniakan dua orang cahaya mata comel, Maryam Deen dan Aisyah Deen. Setakat ini belum lagi memiliki perancangan untuk tambah anak. Meramaikan anak ialah sesuatu yang dianjurkan sahaja.
Kalau tidak ramai, tiada masalah, dan tidak dicela pun dalam syarak. Tetapi memanusiakan, menginsankan, dan mengkhalifahkan setiap orang anak adalah sesuatu yang wajib. Jika tidak tertunai, ia dicela oleh syarak.
Zaman sekarang sudah tidak sama dengan dulu, aku akan cuba huraikan kenapa tidak perlu ramaikan anak jika tidak boleh bagi yang terbaik kepada setiap daripada mereka.
1. Kualiti lebih utama dari kuantiti
Kita hidup di zaman yang penuh cabaran dan dugaan. Anak-anak perlu dijaga dan dibentuk dengan sebaik mungkin sejak mereka masih kecil. Dikhuatiri dengan bilangan anak yang ramai membuatkan kita gagal memastikan pembentukan (tarbiah) yang baik khususnya dalam hal pendidikan sempurna bagi setiap dari mereka. Kita tidak mahu anak-anak kita sekadar menjadi buih-buih di lautan.
2. Anak yang lebih berjaya
Biarlah anak tidak ramai, tetapi kita akan pastikan satu hari nanti mereka akan ada ribuan orang yang bekerja di bawah mereka. Dengan perhatian dan pembentukan individu lebih sempurna pasti akan membawa impak kepada pembentukan anak yang lebih hebat.
3. Kos yang makin mahal
Tidak dinafikan kos untuk membesarkan seorang anak pun sudah sangat mahal. Apatah lagi buat yang tinggal di kawasan bandar yang mana kos pendidikan, jagaan, perkakasan yang jauh berganda dari harga biasa. Hal ini memang perlu dipandang serius. Kerana kegagalan dalam merancang ekonomi keluarga akan membawa kepada kesan negatif yang lebih teruk kepada pembentukan anak-anak.
4. Masa yang berkualiti
Aku yakin masa ialah antara aspek terpenting dalam pembentukan anak-anak. Masa dan perhatian yang kita berikan kepada mereka ialah sinonim dengan kasih sayang yang dicurahkan. Bahkan tidaklah keterlaluan jika aku katakan, tanpa masa, maka makin kuranglah kasih sayang dan perhatian yang boleh dicurahkan. Jika kedua-dua ibu bapa sibuk bekerja, keadaan pastinya makin tidak baik, dan bayangkan jika anak pula ramai. Pasti tidak terkejar, dan anak yang kehausan kasih sayang cenderung menagihnya dari tempat lain.
5. Isteri bukan kedai makan
Kalau dulu kita boleh suka-suka order anak sampai 11 orang untuk cukupkan satu team bola. Namun apabila memikirkan risiko yang isteri hadapi seperti emboli udara, rahim pecah, pendarahan dan banyak lagi perlu dirisaukan. Pasti membuatkan kita tidak sanggup untuk membebankan isteri tersayang. Bahkan setiap kali mengandung, sebenarnya dua nyawa berhadapan risiko, iaitu nyawa isteri dan juga anak yang dikandung. Belum lagi cerita tentang depresi yang sering terjadi kepada ibu-ibu selepas bersalin.
6. Zaman sudah tidak sama
Kalau dulu, kita kerja mungkin dekat dengan rumah. Saudara mara juga ramai yang tinggal berdekatan untuk membantu sekiranya diperlukan. Zaman sekarang, ramai yang hidup berdikari dengan keluarga yang baru dibina jauh dari ahli keluarga terdekat. Semuanya bergantung pada mereka, jika balik kerja lambat, tiada yang boleh tolong ambilkan anak. Jika ada kecemasan, tiada yang boleh tolong tengokkan anak. Bilangan anak yang ramai ditambah dengan kekangan masa pasti akan memberi kesan negatif kepada pembentukan anak-anak.
7. Suami yang tak rajin bantu isteri
Masih ramai golongan ini (suami) yang masih mempunyai tanggapan bahawa kerja-kerja rumah dan kerja-kerja menguruskan anak ialah kerja isteri sepenuhnya. Membantu isteri jauh sekali, dan ini akan memberi bebanan kepada mental dan fizikal isteri jika memiliki anak yang ramai. Anak ramai bermaksud tanggungjawab yang makin besar dan perlu dipikul bersama suami dan isteri. Jika sikap masih bermalasan dan suka untuk tengelam dalam dunia (game) masih wujud, maka memiliki anak ramai bukanlah pilihan bijak.
Apa-apa pun ini hanya sudut pandang aku yang tinggal di ibu kota dan mempunyai pasangan yang memilih untuk tutut bekerja. Konteksnya mungkin berbeza mengikut keadaan yang berbeza. Apa-apa pun, kita tahu apa yang terbaik untuk keluarga kita masing-masing.
p/s : Biarlah anak tidak ramai yang penting kita mampu beri yang terbaik kepada setiap dari mereka. Kita hidup di zaman orang berlumba-lumba jadikan anak masing-masing terbaik. Sanggupkah kita biarkan anak kita ketinggalan?
Follow dan See First Najmi Nawawi untuk tidak ketinggalan tips kekeluargaan baru yang sering dikongsikan. Semoga bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di