Cantiknya Ruang Buat Minuman! Lebih Kemas Dan Tersusun, Nak Buat Air Pun Mudah Dan Cepat!

Share

Mencantikkan rumah bukan sahaja merangkumi ruang  tamu dan dapur serta bilik tidur tetapi merangkumi pelbagai sudut di rumah. Setiang ruang dijika dihias dengan kemas pasti menarik dipadang mata.

Begitu juga ruang membuat minuman atau stesen coffee! Tentunya penggemar kopi memerlukan ruang ini. Mudah nak capai, bila hendak membancuh air. Semua diletakkan dalam satu tempat dengan sistematik.

Tak ada idea tapi bercadang nak buat, ayuh ikuti cara puan Hani Mynis cara susun atur ruang membuat minuman.

Ikuti perkongsian ini.

Membuat air tidak semestinya memerlukan set up yang mahal-mahal atau canggih. Kadang-kadang hanya dengan penggunaan bakul atau dulang sahaja mampu merumahkan perkakas membuat air sekali gus menjadikan ruang lebih kemas!

Dalam post ini Hani beri cadangan untuk beberapa cara menjadikan stesen membuat air lebih kemas. Mana yang boleh di guna pakai di rumah silakan guna ya

1. Sediakan satu stesen di bahagian dapur (samada basah atau kering, kebiasaanya jika yg ada dapur kering akan mengadakan stesen ini di bhgn dapur kering).

2. Pastikan stesen yang dipilih berdekatan dengan power plug untuk penapis air, jug elektrik atau mesin kopi.

3. Tempatkan semua keperluan membuat air di stesen ini. Contohnya
-Mesin penapis air
-Mesin membuat kopi
– Jug elektrik / kettle
-Bahan membuat air seperti kopi, gula, teh dll
– Boleh juga tempatkan susu dan botol susu anak di stesen ini.
– Cawan, mug, gelas dan lain-lain perkakas untuk membuat air.

Tips
-Gunakan penyusun atur jika perlu untuk ruang yang lebih kemas.
– Pilih bekas penstoran untuk bahan seperti kopi, gula, teh yang sepadan. Sepadan tak semestinya seragam ya ini ikut preference individu
– Label, sngt memberi perbezaan yang ketara. Selain dr memudahkan juga dapat memberi kesan visual yg menarik.

Beberapa penyusun atur yg boleh diletakkan disini ialah
-Penyusun atur cawan, mug dan gelas
-Penyusun atur untuk pod kapsul mesin kopi
-Penyusun atur untuk uncang teh

Hani kongsikan beberapa penyusun atur / bekas penstoran yang boleh didapati di Shopee sebagai rujukan.

Coffee Pod Drawer

Tea bag organiser / Wooden bag jewerly Organizer Chest Storage box 9

Sugar/coffee/tea canister/ Metal box coffe sugar tea food storage

Mug/glass/cup holder or organiser/ Dining Room Water Draining Coffee

Inspirasi!

Melihat kepada bahagian komen, rata-rata inspirasi dengan idea ruangan membuat air. Ada yang telah berjaya mewujudkan ruang penyediaan minuman.

Eyda Yunus : Terjebak dgn Hani Mynis … Hari ni sampai terus kemas

Ashikin Hashim : Terima kasih atas perkongsian. Coffee station saya inspired dari Dr Hani. Alhamdulillah. Saya dedikasikan coffee station untuk suami yang memang suka coffee.

 

Semoga bermanfaat

Sumber: Susun Atur By Hani Mynis