Sejak dahulu lagi, Datin Zizie Izette kerap berkongsikan gambar Dan video anak-anaknya. Bahkan dua juga tidak kekok menguruskan perihal anak-anak sekalipun mempunyai ramai pembantu.
Terbaru, penampilan Datin Zizie Izette mencuri perhatian ramai. Apa tidaknya, aktres cantik manis ini tampak makin slim.
Menerusi laman Instagramnya, Datin Zizie, memuatnaik beberapa keping gambar ketika pulang ke Melaka menziarahi ibunya.
Sepertimana biasa, pasti tampil sedondon anak-anak dan si ibu memakai baju berwarna biru kesemuanya.
Menurut Zizie, sudah lama dia tidak pulang ke Melaka dan bertanya kepada peminat tempat makan yang sedap di bumi Hang Tuah ini.
Ada yang memberikan cadangan tempat makan dan destinasi pelancongan yang boleh dilawati.
” Makin cantik lah Datin sekarang. Kampung Padang tak jauh nak ke Bandar Melaka. Melaka byk tempat menarik. banyak tempat nak makan-makan.. “
” Wow kurusnya, makin lawa. Nasi lemak kampung morten the best Datin. Rojak menggong di Alor Gajah pun sedap.. “
Namun, rata-rata memuji penampilannya yang nampak lebih slim dan muda. Bahkan ada yang meminta Zizie berkongsi tip.
Ads
” Lainnya muka Datin, cantik sangat. Macam budak universiti je Datin , tak macam mak anak 5 ni.. “
” Datin nampak muda betul, lawa. Salute datin dengan anak-anak, mesra sangat sangat. Happy holiday at Malacca.. “
” Cantiknya datin, slimnya Datin apa rahsianya. Semakin cantik jelita Datin. Lovely family suka sangat tengok layan anak-anak semua baik.. “
” Kenapa makin cantik dan makin kurus sangat ni. Tak cam tau tengok mula-mula, berbeza betul mukanya.. “
Pengurusan kewangan yang betul akan membuatkan kita berbelanja secara berhemah agar mempunyai tabungan atau simpanan.
Ia menjadi keperluan apabila saat kita menghadapi masalah kewangan atau kebocoran tabungan.
Lantaran itu, ilmu kewangan sering mengingatkan kita berbelanja mengikut keperluan bukan kehendak.
Betulah peribahasa ukur baju di badan sendiri masih kekal releven pada hari ini.
Begitulah yang dikongsi oleh wanita ini mengenai cara ayahnya mengurus kewangan keluarga.
Ikuti perkongsian ini.
Abah di bawah sedang menunggu pembentangan Belanjawan. Abah ingatkan pukul 3, rupa- rupanya pukul 4. So terpaksalah menunggu sikit masa lagi. Cerita bab belanjawan ni tetiba saya teringat.
Secara jujurnya cara pengurusan kewangan family kami sekarang, sedikit sebanyak dipengaruhi oleh cara abah walaupun bukanlah sepenuhnya.
Ya, saya tak pernah lihat abah keluh kesah bab duit. Abah tak kaya, tapi ada.
Apa yang abah buat?
‘UKUR BAJU DIBANDAR SENDIRI’
1) Ukur baju di badan sendiri. Contoh, gaji rm2k, jalani cara hidup orang bergaji rm2k, bukan ikut gaya hidup orang bergaji rm5k. Mampu beli kereta Axia, janganlah beli Jazz pulak. Kita mampu minum secawan air kopi di kedai mamak, tapi disebabkan life style kita minum kopi di cafe yang secawan kopi berharga berbelas- belas ringgit. Di sini ramai orang kita silap.
2) Disiplin. Setiap bulan Abah hanya akan withdraw duit 2 kali sahaja. Sekali waktu hari gaji, sekali lagi dua minggu selepas itu. Dengan duit itu pandai- pandailah berjimat cermat. Kalau gaji masuk awal di musim perayaan pun Abah tetap buat perkara yang sama.
3) Tak berhutang. Dua benda yang Abah hutang adalah kereta dan rumah. Itupun kedua- duanya Abah dah settle awal. Tak silap saya waktu umur Abah 30-an semua tu dah settle. Dan Abah takde pun nak beli rumah baru ataupun kereta baru. Apa yang ada dah memadai kata Abah. Dia taknak menambah hutang. Mazda 323 tu lah yang Abah pakai sampailah Abah dah tak boleh bawak kereta. Bayangkan kereta guru biasa lagi cantik, lagi mahal, lagi baru dari guru besar. Hehehe. Kalau tv rosak tunggulah sebulan dua Abah kumpul duit. Namun nak berhutang, tidak kata abah. Kalau boleh, elakkan.
4) Didik isteri supaya tidak mewah berbelanja. Bersyukur apa yang ada. Abah seperti suami yang lain juga. Barang keperluan Abah sediakan cukup. Waktu Abah bekerja, Abah berikan duit lauk untuk Mak beli setiap hari. Ada masa Abah belikan baju dan sebagainya. Mak pun faham. Mak bukan jenis yang suka meminta itu ini. Menjadi isteri seorang guru besar bukanlah tiket untuk Mak hidup mewah dan bermegah. Lagipun berapalah sangat gaji pada waktu itu. Mak sama saja, tetap seorang wanita kampung yang hidup sederhana sama seperti orang lain. Kerjasama ini membuatkan belanjawan keluarga terkawal. Mak main peranan penting juga. Al fatihah Mak.
5) Dulu masa di kampung setiap bulan Abah sponsor bayaran elektrik surau. Saya kagum sebab Abah ketepikan duit gaji untuk tujuan ini. Ada majlis di surau Abah suka beri sumbangan. Selain itu Abah akan ketepikan untuk Tok (ayah abah) dan mak dan ayah mertua. Setiap bulan Abah bagi duit pada Tok, dengan mertua Abah suka belikan barang dapur. Saya percaya asbab ini juga Allah bagi rasa cukup pada Abah.
6) Abah suka bantu family. Waktu majlis perkahwinan adik- adiknya, Abah mesti hulurkan wang pada arwah Tok. Mak pernah cerita waktu tu kakak abah baru kematian suami. Ketika itu hari hujan,
” Nah, jom kita ke rumah kak. Hari hujan ni. Dia mesti tak boleh nak menoreh ke apa. Nak beli beras, barang dapur bawak ke dia..”
Itulah Abah..
Sekarang dah hampir 30 tahun Abah pencen. Abah pencen awal dari umur sepatutnya. Abah kata aku nak pencen awal sebab dah tak banyak tanggungan. Tinggal saya seorang saja yang bersekolah menengah pada waktu itu. Hutang pun takde, so apa tunggu lagi kan. Nak nikmati hari tua pula.
Sejak pencen memang saya lihat Abah tenang sebab tak runsing menanggung beban hutang. Duit pencen memang ‘bersih’ untuk kegunaan sendiri.
Saya pun teringin. Ya, teringin nak menghabiskan hari tua dengan tenang tanpa bebanan kewangan.
Apa yang saya belajar dari cara Abah, nak bebas kewangan tak semesti kena jadi kaya.
Kalau kita pandai manage kewangan, pandai menahan nafsu berbelanja, pandai ukur baju di badan sendiri, inshaAllah kita ‘selamat’.
Dan..
Yang paling penting,
” Sentiasa bersyukur atas apa saja rezeki yang Allah beri..”
Sumber: Nurlia Mohd Nor
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mencari alternatif untuk mengawal berat badan atau menurunkan berat badan diakui bukanlah mudah. Perlu usaha bukan sahaja mengawal kuantiti makanan yang diambil, malah bersenam juga tidak boleh ditinggalkan.
Umumnya bila kita kurangkan kuantiti makanan, mesti perut akan mudah berasa lapar.
Tapi tahukah anda, bila anda amalkan minum air rendaman ini selepas makan, anda akan berasa lebih lama kenyang.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Dr Rizal, bolehlah dijadikan rujukan.
Nak tahu tak cara makan sikit tapi kenyang lama? Tak rasa lapar. Tak ada rasa nak berkudap kudap?
Nak kan?
Caranya mudah saja. Lepas makan minum air rendaman chia seed. Mudah saja nak buat.
Ambil satu sudu chia seeds. Masukkan ke dalam satu mug berisi air. Lebih kurang 160ml gitu. Biarkan 30 min. Lagi lama lagi bagus.
Lepas makan, minuma air rendaman chia seeds ni. Chia seeds ni akan buatkan kita rasa lebih kenyang.
Kenapa? Bila dah rendam, chia seeds akan perangkap air ke dalamnya. Dari biji kecil dia akan membesar sikit.
Bila kita ambil air rendaman berisi chia seeds, air akan dilepaskan perlahan lahan. Sikit sikit. Jadi kita sentiasa rasa kenyang dan tak dahaga.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Kemiskinan keluarga dan melihat pengorbanan ayahnya, menyara keluarga sebagai penebar roti canai manakala ibunya hanya suri rumah menjadi pendorong kejayaannya hari ini.
Anak penebar roti canai ini juga mencatat kejayaan tersendiri apabila dinobatkan penerima Anugerah Pelajaran Diraja sempena Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan (UMK), hari ini.
Lebih manis, Siti Madihah Situah, 24, turut menerima anugerah terbaik alumni dan fakulti apabila mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.8 dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam).
“Sebaik diterima masuk di UMK sesi September 2016/2017, saya tekad belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ayah yang banyak berkorban bekerja sebagai penebar roti canai untuk membesarkan saya dan adik beradik lain.
“Ketika belajar saya turut membuat beberapa pekerjaan sambilan antaranya berniaga nasi bungkus dan air mineral di balkoni asrama memandangkan tidak mahu menyusahkan ibu bapa sepanjang pengajian.
“Alhamdulillah segala usaha selama ini berbaloi apabila dapat buktikan mampu capai kejayaan biarpun serba kekurangan,” katanya ketika ditemui dalam majlis konvokesyen itu di UMK Kampus Bachok.
Majlis disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan yang juga Canselor UMK, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
Hadir sama, Naib Canselor UMK, Prof Dr Noor Azizi Ismail dan mantan Ahli Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman yang turut menerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Keusahawanan) UMK.
Dalam majlis itu, Madihah menerima sijil dan pingat Pelajaran Diraja serta hadiah wang tunai RM5,000 dalam konvokesyen itu.
Seramai 2,062 penuntut UMK menerima sijil masing-masing membabitkan 17 graduan Ijazah Doktor Falsafah, 38 graduan Ijazah Sarjana, 27 graduan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan 1,980 graduan menerima sijil Ijazah Sarjana Muda.
Menurutnya, dia bagaimanapun berasa sedikit ralat apabila kejayaannya tidak dapat dikongsi dengan ayahnya yang tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.
“Ibu dan adik juga menumpang kereta bapa saudara dari Tanjung Karang, Selangor untuk meraikan hari konvokesyen.
“Kejayaan hari ini adalah hadiah kepada ibu bapa yang banyak berkorban untuk saya,” katanya.
Sumber: Berita Harian Online
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.