
Hari ini bermulah sesi persekolah bagi tahun 2022. Sudah tentu ramai ibu ayah sibuk menguruskan kelengkapan anak-anak ke sekolah.
Begitu juga dengan selebriti, Faezah Elai yang turut merasai momen itu yang menguruskan anak-anaknya.
Muat naik gambar terbaru di Instagram mililknya, pelakon ini berkongsi gambar dua anak perempuannya, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.
Peminat puji kecantikan anak
Melihat gambar yang dimuat naik, para peminat memuji kecantikan wajah anaknya, biarpun berpakaian sekolah.
Untuk rekod, Faezah Elai dan suami, Heykal telah melangsungkan perkahwinan pada September 2011.
Faezah Elai turut menjaga tiga orang anak Heykal iaitu Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.
Lapan tahun bersama, mereka dianugerahkan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.
Sumber:Faezah Elai
Netizen Geram Tengok Sayur Hijau Dan Gemuk-Gemuk, Wanita Ini Kongsi Tips Tanaman Jadi Subur, Termasuk Guna 3 Bahan Buat Baja Organik.

Bercucuk tanam ini memang aktiviti yang memberi banyak manfaat. Selain menjadi terapi ia juga menjimatan kos perbelanjaan keluarga.
Apabila bercucuk tanam di sekitar kawasan rumah, kita tidak perlu kerap pergi ke pasar untuk membeli sayur-sayuran.
Menerusi perkongsian seorang wanita di facebooknya mendapat pujian daripada netizen apabila hasil tanamannya begitu subur.
Nak tahu caranya jom lihat caranya.
Alhamdulillah..Sejuk mate memandang
Pokok² subur menghijau,
Saya edit skit yer. sebab ramai yg bertanya. Saya kongsikan di sini..
1. Pakai baja ape?
Sejujurnya saya x pakai apa2 baja kimia..
hanya gunakan tanah hitam sawit ori tanpa campuran..tanah hitam ni tekstur dia lembab, berminyak dan padat..jadi saya tambahkan pasir utk bg tanah tu x padat dan peroi..akar pon boleh bekerja dgn baik..tanah hitam ni dah berbaja..skali sekala sy siram pokok2 dgn air basuhan beras / air nasi basi / air basuhan ikan @ ayam
2. Pakai racun serangga ape daun2 helok x kene gigit serangga?
Racun serangga saya DIY sendiri jer . Alhamdulillah berkesan pada tananam saya
Saya kongsikan ramuan patinya di sini yer..
Guna 3 bahan sahaja..
1 botol mineral besar air nasi basi
(ramas²kan nasi basi tu dgn air..lagi pekat lagi bagus) + 1 labu bawang putih (x perlu kupas) + 1 paket kecil ajinomoto
blenderkan semua..tapis..simpan dlm botol mineral..kalo nak tahan lebih lame simpan dlm peti sejuk yer..
nak guna..masukkan sedikit pati dlm botol sprey + air paip..goncangkan..sprey la selalu kat pokok2..
Insyaallah..selain boleh menghalau serangga juga boleh suburkan & gemokkan pokok
waktu yg sesuai utk sprey racun serangga organik ni lepas siram waktu pagi..jgn sprey dulu baru siram tau..& jgn lupe siram 2x sehari..selalu trim buang daun2 yg x sihat & sakit.
Alhamdulillah. tanaman sy 100% organik tanpa baja & racun kimia..
Semoga bermanfaat.
Sumber: Yna White
ak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Ibu Ayah Hati-Hati Bercakap Depan Anak, Belum Faham Tapi Pandai Tiru.

Nampak mudah untuk mendidik anak tetapi jika salah mendidik akan memberi kesan sehingga mereka dewasa.
Jadi ibu bapa perlu mendidik dan menjadi role model kepada anak-anak. Ini kerana setiap perbuatan dan percakapan ibu bapa akan mudah ditiru anak.
Jangan ingat anak kecil tak faham mereka tak tiru, anak yang sudah besar sudah tentu lebih daripada itu.
Jadi hati-hati ibu ayah setiap sikap kita diperhatikan anak-anak. Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais Salim ,yang menjelaskan bahawa anak-anak mudah melakukan peniruan dalam tempoh pertumbesarannya.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Anak anak belajar komunikasi dengan melihat cara ibu ayahnya bercakap. Bulat bulat dia tiru.
– cara kita bercakap
– mimik muka kita
– kata-kata kita
– nada suara tinggi atau rendah
– dan juga aye-contact kita ketika bercakap
Walaupun mereka tak faham sepenuhnya bahasa yang keluar dari mulut kita.
Tapi lenggok bahasa tubuh kita 100 peratus jelas dan kekal dalam memori jangka panjang mereka.
Mula mula mereka perhati.
Kemudian mereka rekod dalam ingatan.
Mungkin sehari, mungkin seminggu, mungkin sebulan atau mungkin setahun.
Hasil rekod tadi akan di guna satu persatu.
Biasanya yang jadi mangsa “experimentasi” terawal ialah adik beradik sendiri.
Jika baik yang mereka lihat, maka baik la cara komunikasi mereka nanti. Begitu jua la sebaliknya.
Perlu lakukan ini
Sebab itu la kita kena amalkan cara komunikasi yang sihat dengan pasangan di rumah.
– jarang menjerit
– guna bahasa lembut
– tak mengarah-ngarah
– banyak mendengar
– tak maki hamun
– sedap di dengari
Bukan sahaja komunikasi sihat ni penting untuk ajar anak cara komunikasi sihat.
Malah komunikasi ni juga penting untuk jaga silaturrahim kita dengan pasangan.
Biar tergigit lidah jangan tergigit hati orang yang tersayang. Haru biru jadinya nanti.
Jaga mulut, jaga hati, silaturrahim keluarga kita pasti harmoni.
Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais Salim
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“30 Rawatan Radioterapi & 8 Kimoterapi.” Kongsi Ibu Ini, Tak Mudah Punya Anak Diuji Sakit Kanser. Kena Berlapang Dada Dengan Ujian Allah Beri!

Setiap manusia diuji oleh Allah SWT mengikut kemampuan masing-masing. Bukan mudah punya anak yang diuji dengan sakit kanser. Namun perlu berlapang dada dengan setiap ujian yang Allah berikan.
Ini perkongsian ibu bernama Hazamaratul Damrah, ibu kepada adik Danish Rizqin bin Rosli yang menghidap ketumbuhan (tumor) pada bahagian belakang kepala.
“Penghujung Februari 2016, (Jumaat) Rizqin muntah di tadika, cikgu menghubungi akak dan akak terus bergegas ke sekolah untuk mengambil Rizqin dan membawanya pulang. Sampai di rumah Rizqin rehat dan tidak muntah lagi.
“Pada petang yang sama, ketika Rizqin tidur, bahagian kepala terutamanya dahi berpeluh dan secara tiba-tiba Rizqin menjerit kesakitan. Tapi rasa sakit itu hilang dalam beberapa saat sahaja.
“Pada hari isnin kami membawa Rizqin berjumpa dengan pakar kanak-kanak di KPJ Tawakal. Ketika itu, Rizqin sihat Cuma ada batuk-batuk kecil, tetapi dia mula hilang imbangan badan ketika berdiri dan berjalan. Jadi doktor menasihatkan agar Rizqin dipantau selama seminggu, sekiranya tiada perubahan doktor menasihatkan Rizqin di bawa semula ke hospital untuk pemantuan susulan.
“Pada hujung minggu, Rizqin minta belikan kasut baru dan teringin nak makan ais krim Magnum. Jadi kami membawa Rizqin ke Mid Valley. Semasa di Mid Valley ketika Rizqin berlari mendapatkan papanya, dia terjatuh dan memberitahu secara tiba-tiba kakinya berasa lemah. Pada hari isnin pagi, kami menghubungi doktor dan membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Menurut ibunya, tiada perubahan ketara, cuma yang ketara adalah dia hilang imbangan ketika berjalan.
Setelah menjalani ujian CT Scan, Rizqin disahkan mempunyai ketumbuhan (tumor) pada bahagian belakang kepala dan perlu dilakukan pembedahan untuk memasang VP Shunt.
Kes kami kemudiannya telah dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatab selanjutnya termasuklah pembedahan untuk membuang tumornya.
“Selepas pembedahan, Rizqin perlu menjalani rawatan radioterapi sebanyak 30 kali bagi membunuh sel kanser yang berbaki 5% kerana dalam pembedahan sebelum ini, hanya 95% sahaja sel tersebut yang berjaya dikeluarkan. Kemudian diikuti dengan 8 pusingan rawatan kimoterapi.
Sebelum memulakan rawatan, Rizqin juga perlu menjalani pembedahan membuang semua gigi susunya kerana ada antara gigi tersebut yang rosak dan tidak mahu berlaku jangkitan ketika menjalani rawatan kimoterapi nanti.
“Sepanjang rawatan dijalankan, terdapat beberapa perkara yang tidak diingini berlaku, antaranya VP Shuntnya rosak dan terpaksa ditukar baru. Ekoran itu Rizqin juga perlu dipantau di PICU selama 10 hari. Boleh dikatakan sepanjang tempoh rawatan berjalan hospital sudah menjadi rumah kedua kami. Alhamdulillah Rizqin berjaya melalui tempoh yang sukar sepanjang lebih kurang setahun setengah rawatan sebagaimana yang telah dijadualkan.
Menurut Hazamaratul Damrah lagi, sepanjang tempoh rawatan bermula dari Mac 2016 sehingga akhir tahun 2017, Rizqin memang tidak meneruskan sesi persekolahan disebabkan oleh faktor-faktor kesihatan bagi anak-anak onkologi.
“Rizqin memulakan persekolahan pada awal tahun 2018. Dalam tempoh rawatan akak ambil inisiatif mengajar Rizqin di rumah sekiranya keadaan kesihatan dan emosinya mengizinkan. Akak hanya mengajar subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik kerana tidak mahu membebankannya.
“Sekiranya ada menjalani rawatan di hospital, Rizqin akan diajar oleh guru-guru Sekolah Dalam Hospital (SDH). Sesi pembelajaran ini juga bergantung pada tahap kesihatan Rizqin. Selain itu, akak juga menggalakkan Rizqin membaca buku cerita dan bahan bacaan yang bersesuaian dengan minatnya seperti majalah Top Gear.
Bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek, kini tahap kesihatan Rizqin semakin baik. Bagaimanapun Rizqin masih perlu menjalani ujian MRI setiap enam bulan untuk memantau keadaan kesihatannya.
Selain itu, Rizqin juga perlu menghadiri beberapa temu janji di klinik-klinik yang berkaitan seperti klinik mata, telinga, gigi dan sebagainya secara berkala. Ada yang tiga bulan, enam bulan dan setahun sekali.
“Sebagai seorang ibu, sudah pasti tiada yang lebih membahagiakan untuk melihat Rizqin sembuh sepenuhnya dan bebas daripada kanser. Akak ingin melihat Rizqin kembali sihat dan sembuh sepenuhnya supaya dia boleh menjalani kehidupan normal seperti anak-anak lain di luar sana.
“Semoga suatu hari Rizqin boleh berdikari, mempunyai keyakinan diri untuk bergerak sendiri tanpa perlu dipantau sepenuhnya oleh akak. Buat masa ini Rizqin masih belum cukup kuat dari segi fizikal dan mental untuk berada di alam persekolahan mahupun pergaulan dengan rakan seusianya.
Selain dapat membesar dalam keadaan kesihatan yang baik, ibunya juga berharap agar Rizqin mampu untuk melakukan aktiviti yang digemari setelah kesihatan dan kecerdasannya bertambah baik.
“Akak sangat bersyukur kerana Rizqin seorang anak yang mempunyai semangat juang yang begitu kental dan sikap yang begitu positif dalam berjuang melawan sakitnya. Biarpun bertubuh kecil, namun semangatnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya yang mengenali Rizqin secara dekat, tahu bagaimana jiwa anak kecil ini.
“Bagi mereka yang diuji dengan masalah kesihatan seperti mempunyai anak yang mengidap kanser, akak nasihatkan agar dapatkan rawatan yang betul di hospital. Patuhi segala nasihat serta saranan yang doktor berikan berkaitan dengan rawatan yang dijadualkan untuk anak kita.
“Sentiasa berusaha untuk kekal positif dan memberi sokongan kepada anak yang sakit. Layan anak seperti biasa, fahami anak-anak, tunjukkan sokongan dan kasih sayang yang berterusan pada mereka.
“Jangan mudah berputus asa, banyakkah berdoa, Insyaallah, Allah akan permudahkan segala urusan rawatan. Persiapkan diri dengan info yang berkaitan dengan penyakit anak kita. Dapatkan penerangan yang sewajarnya daripada doktor serta jururawat yang merawat anak kita. Sesungguhnya bukan mudah punyai anak yang diuji dengan sakit kanser. Namun perlu berlapang dada dengan setiap ujian yang Allah berikan.
Sumber: Cik Li & Hazamaratul Damrah