Bosan dengan gaya yang sama pada kediaman anda, apa kata berikan sedikit suntikan kelainan. Dapur misalnya tempat menyediakan hidangan untuk keluarga, pasti anda ingin suasana yang menarik sekali gus menyuntik semangat untuk memasak bukan?
Apa kata berikan sedikit sentuhan untuk tukar tingkap yang biasa menjadi luar biasa. Lebih menyeronokkan jika anda meminta anak-anak membantu. Lakukan bersama di hujung minggu, pasti membuatkan anda dan anak-anak berseronok bekerjsama.
Jom semak dan faham langkah yang telah dikongsi oleh Suhana Mat Rasu ini.
Bahan-bahan :
1.Mirror sticker (wallpaper untuk cermin) beli dari Mr Diy..1 roll saiz 90cmX2m.
Harga RM23.50..cukup segelung ni utk tingkap 2 panel
2.Air yang di campur sabun
3.Gunting dan pen marker
Cara-caranya:
1.Keluarkan cermin dari framenya. Cuci bersih.
2.Letak cermin atas gulungan mirror sticker. Ambil marker pen dan lukis ikut bentuk cermin. Kemudian potong miror sticker ikut panjang dan lebar yg telah ditandakan.
3.Basahkan cermin dengan air yang bercampur sabun.
4.Buka kepingan plastik dari mirror sticker yang telah dipotong. Plastik lapik ni sangat nipis, perlu teliti.
5.Tampal pada cermin. Ratakan gunakan kain untuk tolak mirror sticker dari tengah ke tepi di samping hilangkan gelembung udara jika ada. Pasang mirror sticker ni pada SALAH SATU bahagian cermin sahaja
6.Cermin yang telah siap dipasang mirror sticker letakkan kembali di tempat asal (frame tingkap)
Sumber : Suhana Mat Rasu