Cantikkan Seluruh Tubuh Dengan 4 Petua Mudah Ini, Sila Cuba!

Share

Rangkaian produk di pasaran ternyata membantu kita untuk tampil cantik daripada kepala hingga ke hujung kaki. Cantik dengan produk memang sudah terbukti. Namun semua ini memerlukan kos yang bukan sedikit.

Ada masanya kering juga poket dek kerana terlalu terikutkan jenama dan produk yang mahal-mahal belaka harganya. Menggunakan produk tidak salah, namun sekali sekala apa kata anda cuba pula petua tradisional menggunakan bahan alami. Duit poket pun boleh juga dikurangkan dengan cara ini.

Empat petua dari kepala hingga hujung kaki ini wajar anda cuba kalau nak cantik!

Timun tegangkan kulit muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Sebelum itu pastikan timun disagat atau dihancurkan halus supaya sapuan dapat dilakukan dengan rata. Campurkan keduanya bersama air. Sapukan ke muka dengan rata dan biarkan kering. Kulit muka bukan hanya menegang tetapi juga mampu mencerah dan menyegarkan kulit.

Bunga raya atasi rambut gugur


Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramas dengan air dan sapukan ke rambut. Biarkan ianya selama 10 minit, kemudian barulah dibilas. Amalkan petua ini dan lihat hasilnya.

Air rebusan asam jawa
Langsingkan tubuh secara semulajadi? Bagaimana? Amalkan minum air rebusan asam jawa setiap hari. Untuk menambah selera, sejukkannya di dalam peti sejuk dan minumlah setiap kali lepas makan. Ia boleh membakar lemak sekaligus
mengurangkan berat badan. Badan juga bertambah segar.

Kilatkan rambut dengan biji betik
Ambil biji betik yang sudah masak sebanyak dua genggam, bersihkan kulit biji yang berair itu, dan jemur hingga kering. Susudah kering, gorengkannya tanpa minyak sehingga hangus. Tumbuk dan giling biji betik tersebut hingga lumat. Bancuhkan bersama air dan sapukan ke rambut seperti syampu. Bersihkan rambut dahulu sebelum menyapunya. Hasilnya, rambut akan kelihatan hitam berkilat dan bersinar.

Selamat mencuba!