Memasuki bulan Rejap pasti ramai ibu-ibu yang sudah mula mempersiapkan rumah sebagai persiapan menyambut Ramadhan dan seterusnya Syawal yang mulia.
Mulalah merancang nak tukar langsir, cadar dan hiasan-hiasan rumah. Tapi tak kurang juga yang merancang untuk menukar keseluruhan mood rumah dengan memasang wallpaper atau kertas dinding bagi menampakkan kelainan.
Memang cantik juga kalau sesekali ubah mood raya. Barulah rasa lebih semangat nak sambut raya. Tak gitu? Memasang kertas dinding ini sebenarnya tidaklah sesukar mana, hanya perlukan sedikit ketelitian dan semangat yang tinggi.
Kertas dinding yang dijual di pasaran sekarang ini amatlah senang nak dipasang. Tanggalkan sahaja pelekat di belakangnya dan tampalkan pada dinding. Tapi kalau kertas dinding jenis bergam, memerlukan ketelitian. Macam mana nak pasangnya? Ikut langkah yang dikongsikan oleh wanita ini di blognya, dkdayat.blogspot.my.
Ok…inilah kaedah memasang wallpaper sendiri. Apa yang diperlukan ialah wallpaper secukupnya. Tangga jangan lupa ya.
Bahan-bahan:
Kertas wallpaper
Pisau
Pita ukur
Pembaris
Scope/span
Gam
1. Korang ukur la tinggi dinding kemudian potong wallpaper mengikut ukuran tadi (tapi lebihkan sedikit untuk security step..hehee)
2. Lepas tu, sapu gam pada keseluruhan bahagian belakang wallpaper. Lipat bahagian atas sampai ke tengah, dan bahagian bawah ke tengah.
3. Kemudian tampallah kat dinding. Adjustkan mana yang senget. Gunakan scope atau span untuk buang gelembung dan merapikan bahagian sudut atas dan bawah serta bahagian sudut-sudut lain jika ada. Kertas yang lebih tu potong laaa….
4. Pasal gam tadi, pakar kata cari yang jenis serbuk lepas tu bancuh sendiri. Tapi aku cari tak jumpa aku pakai jenis cecair dah siap. Sekali punya la berat nak sapu…pehhh!!
5. Kemudian ulangi step tadi sampai la siap semuanya.
Dinding ni tak la besar sangat, tapi dari jam 8 sampai jam 2 petang aku buat baru siap. Perghh memang mencabar. Memang kena la upah pasang sekitar RM150/gulung yang orang cakap.
Satu gulung aku dapat 3 potong
Sudah siap..
Bahagian sebelah…siap gak.
Jenuh menyamakan bunga tu wehhh. Itu belum lagi garisan, gelembung…memang tinggi skill….hihihiiii.
Selamat mencuba.
Kredit: dkdayat.blogspot.my