Penggunaan tomato selain dijadikan ulam untuk dimakan, sering juga dijadikan pilihan terbaik dalam penjagaan kulit wajah lebih licin dan cantik.
Pun begitu, mungkin ada yang belum tahu tomato juga punya banyak manfaat lain. Bukan sahaja pada wajah malah pelbagai kebaikkannya.
Ini dikongsikan oleh Salwani di akaun fbnya. Jom semak apa yang diamalkan olehnya dengan menggunakan sebiji tomato.
Ni la petua ringkas paling kak wanie suka. Korang taw tak, tomato ni ada 1001 khasiat untuk tubuh kita. Kak wanie percaya mesti ramai yang dah tahu kan. Tapi mungkin ada segelintir yang belum pasti macamana cara untuk manafaatkan sebiji buah tomato selain dari kita memakan macam tu je
Ok. Kali ni kak wanie nak share beberapa cara yang kak wanie dah buat untuk tunjukkan pada korang betapa mudahnya untuk kita dapatkan khasiat dari sebiji buah tomato
Turunkan berat badan
Mengikut satu kajian, tomato boleh merangsang penghasilan asid amino yang boleh mempercepatkan kebolehan badan untuk pembakaran lemak
Caranya, bersihkan sebiji buah tomato. Kemudian blend atau kisar dengan sedikit air. Minum setiap hari 15 minit sebelum sarapan pagi. Jangan lupa minum air putih yang mencukupi dan amalkan pemakanan yang sihat
Menghilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata
Lepas minum jus tomato tadi.. ambik sikit lebihannya dan sapu sekeliling mata. Biarkan sekitar 30 minit dan bilas. Amalkan selalu InsyaAllah hasilnya mata kita bebas dari lingkaran gelap
Merawat Jerawat dan Jeragat
Caranya, bersihkan sebiji tomato. Lenyek atau hancurkan sehingga lumat. Kemudian sapu pada tempat jerawat atau jeragat secara rata. Biarkan selama 30 minit atau sejam. Kemudian bilas dengan air bersih
Kalau korang malas nak lenyek.. guna hirisan tomato yang nipis pun boleh. Kandungan vitamin C dan E dalam tomato mampu merawat jerawat sehingga sembuh dan memudarkan serta mencerahkan jeragat. Lakukan secara konsisten
Merawat Kelumumur, Rambut Kering dan Bercabang serta Menghilangkan Masalah Bau Rambut
Caranya, sapu tomato yang dilenyek tadi pada kulit kepala. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bilas dengan air yang bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Korang kalau amalkan ni rambut pun sihat dan bersinar tau
Menyejuk Kulit Yang Rosak atau Keradangan
Caranya, Kisar sebiji tomato yang bersih dan campurkan dengan 2 sudu yogurt. Sapu bahan campuran tersebut pada kulit wajah dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih
Gabungan keduanya mampu menyejukkan kulit yang sakit atau radang akibat mentari. Yougurt dapat meransang protein pada kulit manakala tomato dapat menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit
sumber : Salwani Saul Hamid