Halba ini memang sangat berguna dalam masakan. Selain berkhasiat untuk kesihatan, ia juga boleh membantu untuk tujuan kesihatan.
Apabila digabungkan dengan kurma merah dapat membantu mencantikan kulit. Untuk yang berjimat tak nak keluarkan kos banyak boleh cuba petua mudah ini.
Selain itu banyak lagi khasiat Halba dan kurma merah untuk wanita. Petua ini dikongsikan oleh adiba razali. Jom cuba!
PETUA CANTIKKAN KULIT DENGAN AIR HALBA DAN KURMA MERAH
Bahan-bahan: Halba – 2 sudu besar Kurma merah (kurma cina) – 7 biji
Gula perang (tak letak pun takpe) – secukup rasa
Air untuk merebus – 2 liter
Cara-cara membuatnya: 1. Bersihkan halba dan kurma merah. 2. Rebus halba dan kurma merah dalam 2 liter air sehingga biji halba kembang. Lagi kembang lagi bagus. 3. Tutup api dan biarkan sekejap. Dah boleh minum.
Ads
* Masa rebus tu kalau korang nak masukkan terus gula perang pun boleh.
Masa nak minum baru buh gula perang tuh.
Banyak sangat khasiat air rebusan halba dan kurma merah ni. Diba sendiri dah amalkan sebulan dan nampak kulit makin licin giteww ?
Ads
7 KHASIAT AIR HALBA DAN KURMA MERAH UNTUK WANITA:
1. Mencuci darah kotor seterusnya mencantikkan kulit dari dalam. 2. Mengatasi masalah senggugut atau ketegangan ketika haid. 3. Menguatkan fungsi rahim. Merangsang dan menyuburkan rahim, sangat bagus untuk yang nak ikhtiar hamil. 4. Mengetatkan dan meremajakan rahim. 5. Mengaktifkan kelenjar susu dan memperbanyakkan susu badan. 6. Meningkatkan saiz payudara secara semulajadi. 7. Meningkatkan keanjalan kulit (awet muda) secara semulajadi.
Banyak kan manfaat yang korang boleh dapat? ?
Ads
Nak buat pun sangat lah senang. So tunggu apa lagi, selamat mencuba.
Keakraban Wany Hasrita bersama ibunya memang sudah diketahui sejak dahulu lagi. Bahkan dua beranak ini sangat rapat dan ke mana sahaja si gadis melangkah pasti ada ibunya yang setia menemani.
Sementelah keduanya memiliki wajah yang seiras, apatah lagi ibunya nampak masih muda ibarat kedua-duanya seperti adik dan kakak. Namun, jarang Wany berkongsi kisah atau gambar bersama ayahnya.
Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah baru-baru ini memuat naik sekeping gambar bersama ayahnya. Menerusi kapsyennya, Wany menitipkan ucapan selamat hari lahir buat ayahnya.
Happy belated birthday ayah. Semoga diberikan kesihatan yg baik & bahagia dunia akhirat. Sayang ayah. ❤️
Bagi yang belum tahu, ibu bapa Wany sudah berpisah lama. Menurut Wany, dia hanya mengetahui ibu dan bapanya sudah bercerai apabila terjumpa dokumen perceraian yang disorokkan selama hampir setahun.
Biarpun ketika itu Wany berusia 12 tahun namun dia boleh memahami keadaan itu dan menerimanya dengan baik.
“Saya dapat tahu ibu dan ayah bercerai selepas terjumpa dokument perceraian mereka yang disorok. Rupa-rupanya mereka dah bercerai hampir setahun tanpa pengetahuan saya.
“Selepas baca dokumen tu, saya pergi bilik ibu dan bertanya pada dia. Tapi dia yang menangis dan saya tenang sahaja.
“Saya tak tahu fasal perceraian itu sebab saya tinggal bersama nenek saudara ibu selama setahun sebab ibu dan ayah kerja dan tak ada siapa boleh jaga saya.
“Walaupun waktu itu saya hanya berusia 12 tahun tapi dah boleh faham apa yang mereka lalui dan saya terima dengan baik,” katanya sebelum ini dalam temu bual bersama Mstar Online.
Seorang lelaki meluahkan rasa terharu apabila lelaki warga emas yang bukan beragama Islam menjadikan hafalan surah Yassin sebagai amalan.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan seorang lelaki sedang menaiki sebuah kenderaan e-hailing yang dipandu oleh lelaki warga emas berbangsa Cina.
Paling menarik perhatian adalah pemandu tersebut boleh menghafal ayat Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan untuk mendapatkan kesihatan yang baik.
“Kisah petang tadi saya ambil Grab dari Batu Belah ke Aeon ke Bukit Tinggi. Pemandu berbangsa Cina ini berumur 71 tahun dan masih sihat.
“Apabila saya bertanya tentang rahsianya, dia menjawab dia berdoa hari-hari dan membaca 17 ayat pertama dari surah Yassin.” tulisnya.
Dalam pada itu, penumpang tersebut turut berasa sebak apabila mendengar warga emas berkenaan dapat menghafal dua kalimah syahadah.
“Ini semua hasil pergaualannya bersama rakan-rakan berbangsa Melayu sewaktu bekerja dahulu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kehebatan hafalan lelaki tersebut selain mengagumi dirinya yang masih gigih mencari rezeki pada usia senja. Malah mereka juga tidak lupa untukmendoakan kesejahteraan warga emas berkenaan.
Sumber: TikTok
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kucing ibarat anak sendiri bagi sesebuah keluarga yang cukup cintakan haiwan kesayangan Nabi ini. Apabila pulang beraya ke kampung halaman, masalah penjagaan haiwan yang diibaratkan seperti anak ini menjadi fokus utama.
Jika ada yang memilih untuk meninggalkan kucing-kucing ini di asrama kucing atau pusat peliharaan kucing, ia mungkin dianggap sebagai langkah bijak namun banyak aspek masih lagi perlu diambil kira.
Kes salah sebuah pusat jagaan kucing di Damansara Damai yang membiarkan kesemua kucing-kucing bertuan ini haus tanpa air dan makanan adalah satu perkara yang sangat zalim. Kes yang berlaku enam tahun lalu ini masih terkesan di hati setiap daripada kita.
Sejak itu ramai daripada kita yang memilih untuk meninggalkan kucing kesayangan mereka di rumah sahaja. Selain terjaga dengan baik, risiko jangkitan kulat dan penyakit-penyakit lain juga lebih terjaga.
Namun berbagai aspek perlu diambil kira sebelum meninggalkan kucing bersendirian di rumah. Sepuluh perkara ini patut anda buat sebelum melangkah pulang ke kampung halaman.
Mandikan Terlebih Dahulu
Sebelum balik pastikan kucing-kucing anda dimandikan terlebih dahulu. Menghantar ke kedai dengan pakej lengkap pembersihan mungkin lebih menjimatkan masa. Balik sahaja ke rumah, kucing anda berbau harum dan segar. Memastikan mereka bersih dan segar adalah penting supaya kucing lebih rasa selesa untuk ditinggalkan lama.
Beritahu Setiap Hari
Dua tiga hari sebelum pulang beritahulah kucing-kucing anda akan ketiadaan anda kelak. Bercakaplah dengan mereka seperti biasa dan pujuklah mereka untuk tinggal bersendirian. Mungkin ia dianggap kelakar namun kucing memahami setiap apa yang anda tuturkan. Percaya atau tidak, tanpa anda memberitahu mereka sekalipun, kucing kelihatan murung dan seperti memahami akan pemergian anda.
Makanan Guna ‘Auto Food Dispenser’
Sebelum meninggalkan kucing-kucing ini pastikan anda sudahpun mempunyai bekas makanan jenis ‘auto dispenser’, yang boleh membekalkan makanan sentiasa kepada kucing. Bila makanan berkurang, makanan akan jatuh dengan sendirinya ke dalam tempat makan. Jadi tiadalah masalah kehabisan makanan. Bekas ini penting. Kena ada. Sediakanlah makanan sepenuh-penuhnya. Biar lebih asal jangan terkurang. Begitu juga dengan air. Beli jenis yang sama, khusus untuk air.
Pasir Lebih
Selain makanan, pasir juga amat penting. Ada kucing yang kurang selesa melepaskan hajatnya apabila ada najis di dalamnya. Mereka sama seperti kita yang banyak ragam dan peelnya. Jadi sediakanlah bekas pasir lebih khusus untuk tujuan ini. Menyediakan dua hingga tiga bekas pasir yang besar adalah wajar.
Pengudaraan Tepat
Jika anda meletakkan kucing di dalam bilik tertutup, pastikan tingkap di buka sedikit. Jangan di buka terlalu luas kerana bimbang kucing keluar melaluinya. Pastikan tingkap anda ada besi pengadangnya.
Pasang Lampu
Biarkan lampu sentiasa terpasang sepanjang masa. Ini bagi mengelakkan mereka berada di dalam keadaan gelap ketika malam hari. Walaupun kucing mampu untuk ‘survive’ di dalam cahaya gelap, namun membuka lampu dirasakan lebih selamat bagi mereka.
Berikan Teman
Orang kata hidup biar berteman. Begitu jugalah si bulus kesayangan kita ini. Jika kucing anda seekor sahaja, ada baiknya anda bawa dia pulang bersama atau letakkan dia di asrama kucing. Namun jika berteman, itu tidak mengapa.
Letakkan Pakaian
Ini penting. Kucing kita terutama jenis parsi dan campuran cepat murung tanpa tuannya. Tinggalkan baju anda yang sudah dipakai bagi meninggalkan sedikit bau buatnya. Ini dapat mengelakkan rasa murung.
Ada Penghadang
Jika anda membiarkan kucing berada pada satu-satu kawasan yang luas seperti dapur, pastikan diletakkan pengadang seperti pengadang pagar. Ini bagi membolehkan kucing tidak bergerak ke kawasan lain seperti ruang tamu dan bilik. Namun jika anda meletakkan kucing-kucing ini di dalam sebuah bilik, pastikan bilik di tutup dengan rapat. Ada sesetengah kes, kucing masih berjaya membukanya dengan menolak kuat.
Mainan Tambahan
Mainan kena ada. Selain mengelakkan rasa bosan dan murung, mainan boleh membantu kucing-kucing anda bermain dengannya. Cara ini buat dia terlupa yang dia rindukan anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...