Lebih jimat dan berbaloi rutin penjagaan kecantikan jika kita menggunakan bahan-bahan herba yang sedia ada di rumah. Khasiat herba sememangnya telah diketahui sejak dahulu lagi dan sewajarnya harus terus diamalkan dan diwarisi sebagai satu khazanah yang bernilai dalam penjagaan kecantikan wanita.
Umpamanya khasiat rempah halba ini jika dijadikan minuman dan diamalkan dapat memberi khasiat istimewa pada wanita. Menurut Hamizah Zakaria, dia menjaga kesihatan dan bentuk badannya agar kembali langsing dengan cara mudah ini. Ini perkongsiannya.
“Hmmm.. Ramai kata Ratu dah khurosss sikit dari beranak anak tiga aritu. Orang kata, anak tiga slim biasa jer, tapi kalau dari sekarang tak jaga tak mampu jugakks. Ye dakkkk.
Rasa dia sesedap minum air tembikai susu di kocak kocak dengan susu. Rasa sekali mesti nak lagi. Nak kurus nak kurus khennn. Tapi tak boleh tak makan nasi, tak makan pizza. So boleh amalkan ni jerr. Halba bahan utamanya. kawan kawannya tambahan jer. Kalau rerajin letak daun pandan sepotong dua tiga.”-Hamizah Zakaria
Bahan-bahan:
1- Halba satu sudu kecil
2- Air segelas
3- Madu satu sudu besar(boleh ganti gula kabung) guna sudu plastik tau.
4- Limau kasturi(option lemon, limau nipis) tak masuk kan pun tak pe.
Cara-cara:
Antara khasiat teh halba adalah :
1- Mencantikkan struktur kulit dari dalam serta memelihara keanjalan kulit makna kata lain awet muda secara semulajadi.
2- Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan seterusnya membantu mengurangkan masalah berat badan atau kegemukan.
3- Menambah tenaga seksual samada lelaki atau wanita. Auumm. Dalam perubatan china membuktikan kenyataan ini.
4- Menguatkan fungsi jantung. Inshaallah tak rasa mengah-mengah lagi dah.
5- Merawat masalah sembelit & buasir.
6- Melancarkan perjalanan darah.
7- Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid).
8- Melegakan masalah sakit kepala/migrain
9- Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyuburkan rahim. Bagus sebagai ikhtiar untuk mereka yang ingin hamil.
10- Mengetatkan & menremajakan rahim. Dalam kata lain dalaman menjadi anak dara balik. Awwwww
11- Menghilangkan lendir & sakit tekak.
12- Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah.
13- Membantu kecerdasan kanak-kanak yang meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan.
14- Memperbanyakkan air susu ibu. Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi. Yang ni seriously berkesan. Tak perlu lagi ambil suplemen pelik-pelik. Kesan selepas 48 jam dah boleh rasa tau.
Khasiat berganda-ganda tak padan dengan saiz halba yang secomel baby baru lahir gitew. Harga mur mur jer.
Wanita mengandung tak boleh minum. Tunggu lepas bersalin dulu. Bagus diminum dalam pantang, cuma jangan letak limau. Just halba dan madu.
Khasiatnya pun banyak. Lelaki, wanita, kanak-kanak semua boleh minum
Tips tambahan : Halba perlu direbus sehingga pecah biji untuk dapat kesan optimum. Lagi kuning warna air, lagi bagus. Tambah lemon atau limau untuk seimbang bau halba. Bila minum nanti, x de la bau2 kekejangan anak tekak.
Limau berfungsi sebagai detox. Untuk hilangkan rasa pahit, tambah madu atau gula perang. Madu kaya dgn vitamin tau.
Selamat mencuba. Nak cantik kena konsisten taw.
Sumber : Hamizah Zakaria via Petua Ibu