Cantik Tersusun, Tanaman Dalam Pasu Subur & Segar Merimbun Hanya Guna Tanah Hitam Dan Baja Kopi. Boleh Cuba!

Share

Buat mereka yang suka berkebun tentu sering mencari petua bagi mendapatkan tanaman yang subur, merimbun, pokok tak bantut dan segar tanpa ada serangan serangga perosak.

Sebenarnya salah satunya dengan memastikan menggunakan baja dan tanah yang sesuai. Serta pastikan sentiasa pantau kebun tiap-tiap hari supaya tiada rumput tapi elak guna racun rumput, cangkul rumput aje.

Ikuti perkongsian puan Fadzilah Md Hassan di dalam group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.

Bagi yang minat berkebun, boleh ikuti cara yang dikongsikan ini.

Nak kongsi tanaman yang saya tanam di tepi rumah. Kebanyakkan saya guna pasu.

Saya jawab di sini :
1) Biji benih: saya beli di kedai ECO/ kedai RM2.00/nursery/kedai jual peralatan kebun. Pokok ketumbar saya guna biji ketumbar yang guna untuk masak.
2) Baja: saya guna macam2 baja. Ada yang beli dekat ECO/kedai jual peralatan kebun/kedai baja, kedai DIY.
Kebanyakkan saya guna baja kopi peram dengan air simpan dalam botol plastik 5 liter. Peram sebagai pati lebihkurang 3-4 hari, goncang hingga semua larut dalam air. Bila nak guna bancuh dalam baldi, ambil sedikit pati yang peram tadi & campur dalam air. (Baja kopi adalah baja biji beli di kedai baja, baunya seakan-akan kopi.)
3) Tanah hitam sepaket rm2.00, pokok sayur kalau nak cantik jangan campur dengan tanah lain. Guna tanah hitam/tanah kompos/tanah 6in1 sahaja.
4) Saya pun macam orang lain jugak. Tak semua yang saya tanam hidup subur. Tak hidup cuba lagi sampai berjaya.
5) Nak kebun yang cantik kena pantau kebun tiap-tiap hari. Saya dan suami kalah jugak bila musim hujan rumput cepat tumbuh. Kena cangkul rumput, saya tak guna racun rumput.
Pokok sawi pahit@ensebi
Pokok Kailan
Gemuk-gemuknya sayur kangkung. Saya kurang letak baja sebab guna tanah hitam sepenuh nya. Pokok yang tanam kat batas baru letak baja 1-2 minggu sekali,
Biji benih kangkong tabur je, saya tak alih dah. Nak makan kerat je batang kangkong, nanti akan naik tunas baru. Siram air baja kopi ke tanah. Guna baja kopi. Kawasan kebun kemas sebab tiap-tiap hari mesti pantau kebun. Ada rumput cangkul.

 

Pokok ketumbar: Tabur biji benih, siram & biar dia tumbuh sendi

Petua warga net: Petua cara tanam pokok ketumbar turut dikongsi warganet; Maznah Sam : Pokok ketumbar bila tumbuh subur gitu kena tambah tanah biar akarnya kuat dan tak cepat mati…in sha Allah pokok ketumbar akn membesar tumbuh tegak.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club