Memang cantik pinggan mangkuk bercorak. Ada yang menjadikan ia sebagai dekorasi rumah dan sebagai penggunaan harian.
Tetapi hati-hati ye, pinggan seramik warna warni ini boleh mengundang bahaya bila salah guna. Malah koleksi ini menjadi trending ketika ini. Bagaimana menerusi Public Health Malaysia telah memberi peringatan mengenai risiko penggunaan koleksi unik ini tidak selamat untuk pengguna harian kerana bahan pembuatannya mengandungi plumbum yang boleh membahayakan kesihatan terutama kanak-kanak dan wanita hamil.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Pinggan mangkuk dengan corak berwarna warni dan terang memang cukup menarik. Namun berhati hati, kerana ia mungkin tidak selamat untuk kegunaan harian.
Bahan yang mengandungi plumbum telah lama digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk seramik yang bercorak dan berwarna warni.
Antara ciri ciri pinggan mangkuk yang mungkin mengandungi plumbum adalah
Pinggan yang dibuat secara tradisional dengan tanah liat
Pinggan yang selamat adalah:
Pinggan berwarna putih tanpa corak
Corak pinggan di bawah atau luar pinggan
Sebaik baiknya, elakkan mengguna pinggan seperti ini, tetapi jika anda masih ingin menggunakannya
– Elakkan meletakkan makanan panas
– Jangan panaskan atau masuk ke dalam ketuhar, microwave
– Jangan simpan makanan terlalu lama
Sumber:Public Health Malaysia