Tanyalah kepada mana-mana wanita pastinya semuanya mahu tampil cantik. Nyata, fitrah wanita sukakan kecantikkan dan keindahan. Bahkan rata-rata wanita yang meniti usia 40-an tetap menjaga penampilan diri tanpakan mengabaikan aspek kecantikkan.
Semua wanita dan juga lelaki pastinya inginkan kulit yang lebih anjal, licin, dan mulus tanpa sebarang masalah kecantikan antaranya jerawat, pori-pori, pigmentasi, dan penuaan. Lantaran itu, ada segelintir sanggup memperuntukkkan sebahagian perbelanjaan bulanan untuk rawatan diri. Tak salah untuk kita manjakan diri. Yang pasti, aura cantik itu tidak kenal usia!
Terkini, Kumpulan Syarikat 1 Doc (One Doc) telah melancarkan mesin rias Pico-Pulse, terkini dan tercanggih yang pernah dibangunkan di Korea untuk pasaran di Malaysia iaitu “ONE DOC – PICO 250” hasil kerjasama antara One Doc dengan Won Tech Co., Ltd. (WonTech) merupakan sebuah syarikat tersenarai awam dari Korea. Pada masa yang sama, One Doc juga melancarkan program latihan yang dikendalikan oleh pakar rias dari Korea bagi manfaat penata rias tempatan.
One Doc merupakan pusat Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia dan akan dikendalikan oleh One Doc Academy.
Sistem Latihan Dual Kebangsaan (SLDN) merupakan teknik latihan berasaskan pendekatan industri dan dijalankan melalui usaha kerjasama antara syarikat perniagaan dengan institusi latihan. Latihan yang disediakan melalui SLDN ini melibatkan dua persekitaran pembelajaran yang berbeza, dengan 70% tumpuan diberikan kepada latihan praktikal di tempat kerja sebenar manakala lagi 30% melibatkan pengajian teori.
Majlis pelancaran ini dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan V. Sivakumar, Menteri Sumber Manusia, diserikan dengan ketibaan YAM Tengku Dato’ Seri Baderul Zaman Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Pengerusi Kumpulan One Doc.
“ONE DOC – PICO 250” – Terhangat di Pasaran
“ONE DOC – PICO 250” merupakan mesin rias terkini dan tercanggih yang dibangunkan di Korea dengan fungsi baharu yang tiada dalam mesin PICO Pulse sebelumnya. Mesin ini dilengkapi dengan 5 ciri baharu iaitu Penetapan Kadar Nadi, Kesan Fotoakustik Berkesan, Persis, Tanpa Kesakitan, dan Pecahan Optik Teraruh Nadi (PIOB).
Dari segi Penetapan Kadar Nadi, “ONE DOC – PICO 250” merupakan yang terpantas di dunia kerana penetapan kadar nadi mesin ini jauh lebih pendek berbanding dengan yang sebelumnya. Oleh sebab kadar nadinya lebih pendek, mesin ini menawarkan kesan fotoakustik yang berkesan dan mengekang pembentukan pigmen dengan kepersisan yang jitu.
Sekalipun kadar nadi yang ditetapkan adalah yang terpantas, namun proses ini tidak menyakitkan kerana kadar nadi yang singkat kurang menghasilkan haba sehingga mengakibatkan kerosakan terhadap tisu di sekitar. Hal ini mengurangkan risiko komplikasi terhadap pengguna, ini merupakan berita baik untuk pelanggan yang sentiasa ingin kekal cantik mahupun pengguna buat kali pertama.
Ciri Pecahan Optik Teraruh Nadi (PIOB) pula diperkenalkan untuk mengekang pembentukan pigmen dengan lebih mantap, serta menggalakkan penghasilan kolagen sama ada untuk pengguna wanita dan lelaki supaya dapat memperoleh kulit yang lebih anjal, licin, dan mulus.
Sesungguhnya, manfaat “ONE DOC – PICO 250” tidak terhitung. Mesin ini menggunakan sedikit tenaga untuk mendapatkan hasil yang lebih mantap, mengurangkan pembentukan pigmen dengan kesan peremajaan yang memberangsangkan dalam tempoh yang singkat namun dengan hasil yang jitu, dan kurang masa henti untuk mendapatkan kulit yang lebih menawan. Mesin ini sesuai digunakan sama ada untuk lelaki dan wanita tanpa mengira jenis kulit, termasuk individu yang memiliki kulit sensitif atau menghadapi masalah kulit.
Destinasi Pemantapan Kemahiran – One Doc Academy
One Doc Academy menawarkan latihan untuk penata rias belajar cara menggunakan “ONE DOC – PICO 250” untuk meneliti analisis kulit dan belajar cara rundingan yang betul daripada pakar rias profesional dari Korea dan perunding tempatan terlatih. Latihan ini bakal dijalankan secara fizikal, meliputi sesi teori dan praktikal serta latihan lapangan dalam tempoh tiga bulan.
Selain daripada belajar tentang cara penggunaan mesin rias Pico-Pulse “ONE DOC – PICO 250”, peserta juga bakal diajar dengan subjek lain seperti elektroterapi wajah, perkhidmatan rias wajah secara manual, serta penggunaan mesin lain untuk menata rias melalui teknik dan teknologi terkini.
Melalui program latihan ini, penata rias dapat mengasah kemahiran dan meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing sekaligus menjadikan mereka lebih cekap menangani cabaran dalam pasaran kecantikan, setanding dengan 80,000 profesional dalam industri.
Setelah tamat program latihan, penata rias akan menerima pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM). Melalui pensijilan ini, penata rias bakal memperoleh peluang pekerjaan yang lebih cerah dalam industri kecantikan.
“One Doc teruja untuk melancarkan mesin kecantikan Pico-Pulse “ONE DOC – PICO 250” dan program latihan untuk pakar kecantikan di Malaysia,” ujar Dr Michael Ong, Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat One Doc.
“Kami menetapkan misi untuk mengasah kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan oleh penata rias supaya lebih menyerlah dalam industri kecantikan di samping melengkapkan mereka dengan kemahiran teknologi dan teknik terkini. Mesin Pico-Pulse “ONE DOC – PICO 250” merupakan inovasi terkini dalam industri kecantikan dan sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja yang berhasrat untuk melonjakkan kemahiran ke peringkat seterusnya,” kata Dr Michael Ong.
Kementerian Sumber Manusia sedang mempertimbangkan penambahan teknologi One Doc – PICO 250 dalam silibus NOSS semasa, meliputi Bidang Kecantikan, Bahagian S96, Bidang: Terapi Kecantikan kerana One Doc – PICO 250 merupakan teknologi tercanggih masa kini.
“Kementerian percaya penetapan piawaian dan akreditasi bagi sektor baru muncul dalam era transformasi teknologi kini penting. Piawaian ini dapat menjamin penyediaan latihan yang berkualiti tinggi, bahkan latihan tersebut perlu cukup menyeluruh dan praktikal untuk menampung sesi menata rias yang diiktiraf.
“Pendekatan modular ini bakal menyediakan asas latihan vokasional yang mantap demi membolehkan Malaysia bangkit sebagai peneraju dan hab kecantikan yang terulung di rantau ini,” ujar Yang Berhormat Tuan V. Sivakumar.
Menurut YB juga, program latihan ini merupakan batu loncatan untuk mengubah Malaysia menjadi destinasi pelancongan kecantikan yang terbaik di dunia setanding dengan Korea. “Kita memiliki kelebihan dari segi tawaran kos yang lebih rendah untuk menjadi salah satu tarikan utama lebih ramai pelancong ke negara sekaligus mempertingkat ekonomi Malaysia,” beliau menambah.
Jabatan Pembangunan Kemahiran melalui Kementerian Sumber Manusia ditubuhkan untuk menerajui pembangunan sumber manusia yang berkemahiran di peringkat global. Misi JPK adalah untuk mewujudkan pekerja berpengetahuan tinggi dengan kelebihan daya saing.
Untuk mencapai matlamat ini, salah satu objektif JPK adalah menyelia dan mengawal selia pelaksanaan latihan kemahiran dalam menghasilkan pekerja berkemahiran yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Oleh itu, kerajaan kini aktif bekerjasama dengan organisasi termasuk sektor swasta seperti One Doc demi merealisasikan matlamat ini.
“Saya benar-benar mengiktiraf usaha murni One Doc untuk membawa masuk pengetahuan dan mesin bertaraf dunia dari Korea demi manfaat komuniti industri kecantikan di Malaysia,” tambah YB.
Program latihan ini hanya terdapat di One Doc Academy di Puchong, Selangor. Program ini terbuka kepada sesiapa yang berminat dalam industri kecantikan dan bersemangat untuk mengasah kemahiran dan pengetahuan masing-masing. Pakar dari Korea akan membuat kunjungan ke One Doc Academy setiap tahun untuk mengendalikan latihan.
Pelancaran mesin rias “ONE DOC – PICO 250” dan program latihan Pico-Pulse yang disediakan untuk penata rias merupakan suatu langkah besar dalam memajukan industri kecantikan di Malaysia. Mesin rias dan program latihan tersebut dijangka dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan, mempertingkat kualiti industri kecantikan, serta menjadikan Malaysia hub pelancongan kecantikan pilihan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web One Doc Group di www.onedoc.com.my.