Apabila Allah sudah beri hidayah pada kita, hargailah ia sebaik mungkin. Demikian ungkapan yang dimuat naik oleh pelakon Adam Corrie Lee di laman instagramnya semalam.
Di dalam perkongsian tersebut, Adam Corrie juga memberikan cara atau tips bagaimana untuk kekal istiqamah berbuat baik selepas menerima hidayah.
“Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau jadikan hati Kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada Kami & kurniakanlah kepada Kami rahmat dari sisi Engkau; kerana Sesungguhnya Engkau-lah Maha pemberi (kurnia)”
“Memang sukar untuk terus istiqamah buat baik. Itulah perlunya mujahadah ( berjuang dengan bersungguh-sungguh dengan syariat)
Ads
“Kalau kita masih lemah ketika baru terima hidayah atau apabila di landa ujian, cari kawan yang boleh bantu kita sama-sama berada di landasan yang betul. pergi majlis ilmu. Jauhkan seketika dahulu kawan-kawan yang boleh pengaruh kita ke buat perkara yang tidak elok.
“Kalau kita dah kuat.. boleh dekati dan ajak mereka buat kebaikan. Percayalah.. Allah sayang kita.. tapi kita bersangka-sangka dengan Allah. kuatkan ikatan kita dengan Allah dulu.
“sedih.. tak mengapa.. itu lumrah untuk kita yang bergelar hambaNya yang lemah. sedih.. mengadu dengan Allah.. Allah nak dengar rintihan kita yang tulus dari hati.
Perkongsian tersebut mendapat respond dari netizen yang bersetuju dengan pendapat Adam Corrie.
Ads
nuramiranasuha Ye betul.. kena cari kawan yg soleh solehah.. minta nasihat… g kuliah.. cari semangat tu… dgr kuliah agama… jgn dgr bisikan iblis…
zahraglam keyakinan itu plg penting. then bercampurgaul dgn org baik2 insyaAllah pasti xkan goyah dgn godaan syaitan
roshios_nora Kdg2 org yg baru mendapat hidayah (kembali fitrah) lebih baik dari kami yg lahir2 dah islam. Tkasih borther @adamcorrieleeyg sentiasa ‘tazkirah’ kami???
chentasheyla iman kita ne senipis kulit bwg, berubah lh perlahan ,, tp pasti jgn kita terburu utk melakukan segala hal , kerana ia akn dtg sifat malas utk beribadat
nikijenlo Allahuakbar. Terima kasih atas peringatan. Saling berpesan2 dan semoga kita semua tergolong dlm kalangan hamba Allah yg istiqomah ke jalanNya. Aminnnn.
ainanadhirah16 Setuju,sesungguhnya istiqomah itu susah.. namun apa bila inya berjaya,Satu kegembiraan yang tidak terduga.
Malah ada yang menyatakan ia adalah satu nasihat yang cukup lembut dan sangat menyentuh hati.
anie_isma Ya Allah..cantik sungguh susunan bahasa..terbuka hati saya membacanya
noorfaizah_zohardin Malunya rasa..seorg yg baru islam lebih hebat dr yg lahir dgn islam…
marwahidahmohdasari Sangat setuju.. Itu dipanggil ujian.. Diberi ujian sbb allah sygkan kita… Nk tengok sejauh mana mampu untuk hadapi atau mengalah?
eida_man1726 Aaminn..tersentuh hati..terima kasih atas peringatan nie.. semoga kite semua terus kuat beristiqamah..
Selepas melahirkan anak, semua wanita mahu lekas kembali langsing dan memiliki perut yang rata. Pun begitu bukannya mudah untuk dapatkan perut rata seperti zaman anak dara.
Bukan hanya mengambil masa namun aturan pemakanan dan cara berpantang juga harus tepat. Namun ini yang boleh wanita berpantang lakukan ketika sedang menjalani proses berpantang.
Jangan sesekali abaikan pantang dan ikut rutin wajibnya. Petua tradisional ini harus anda cuba untuk membantu anda kembali langsing.
Santan Kelapa
Tanak santan kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut dan biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
Jadam
Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.Bagi yang tidak tahu, jadam merupakan satu bahan yang diproses dari daun lidah buaya. Biasanya dalam setiap ubat periuk dimasukkan jadam tetapi kerana rasanya yang pahit dan tak disukai, jadam tidak lagi digunakan.
Nasi Tanpa Air
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan dan sebaik-baiknya minum ½ jam hingga 3 jam kemudiannya.
Campuran Herba
Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu ditumbuk halus. Kemudian masukkan air sebanyak ½ gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut.
Buah Delima
Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru-baru ini pelakon Zarina Zainuddin berkongsi detik cemas yang dialaminya apabila tayar kereta yang dipandu tiba-tiba pecah dan terbelah dua. Pengalaman ngeri ini diceritakan sendiri olehnya di entri terkini laman sosial Instagramnya.
Ketika kejadian berlaku, Zarina bersama ibu dan seorang anak kembarnya, Muhammad Razil Azrai atau lebih dikenali sebagai Azil. Bertambah bahaya, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan kenderaan yang dibawanya berada di sebelah lori.
“Masa pergi okay masa balik hari hujan lebat, saya tak bawak laju sebab bawak anak dengan mak. Masa tayar tu meletup tepi belah kiri ada lori, kereta saya dah hilang haluan.
“Saya pegang handle kuat-kuat dah hanya mampu jerit Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar. Ya Allah Ya Allah Ya Allah. Tayar tu dah terbelah dah tapi masih lekat pada rim.
“Saya terbau benda terbakar risau saya. Nasib baik masa kejadian tak ada kereta atau lori belakang kereta saya. Saya handle stering kereta ke bahu jalan rapat-rapat. Ya Allah permudahkan lah,” jelasnya di ruangan kapsyen.
Tambah Zarina lagi, walaupun cemas namun dia sebagai ibu harus mengambil tanggungjawab untuk menenangkan Azil yang ketakutan.
“Azil agak takut dia duduk diam-diam pegang tangan saya. Kita orang nak terkencing pun kena tahan. Terima kasih atas doa doa semua, syukur alhamdulillah. Mak saya dapat saya bawak balik KL walaupun dengan keadaan begini,” tulisnya.
Dalam pada itu, Zarina juga menjelaskan kepulangannya ke Perak adalah untuk mengambil ibunya pulang ke Kuala Lumpur adalah tidak dirancang. Disebabkan itu juga, Zarina turut dimarahi suaminya kerana suka melakukan sesuatu perjara tanpa perancangan selain tidak memaklukan kejadian itu lebih awal.
“Saya sampai rumah dengan selamat. Sampai di rumah ingat nak mengadu dengan suami akhirnya kena marah. Suami cakap saya suka buat satu benda tu tanpa rancangan. Terus gerak je sampai Sungai Buluh baru teringat nak bagitahu suami. Abah, ibu gerak ke Ipoh ambik mak rindu sangat kat mak. Ina bawa Azil sekali.
“Dia kata boleh ke handle tu sorang-sorang. Insya-Allah boleh. Kereta okay ke, saya kata okay sahaja. Padahal saya tak check pun. Saya tahu check minyak je.
“Dia pun tak cakap apa-apa, saya dah gerak. Dia tahu isteri dia ni main redah je pergi mana-mana. Bagi saya, saya curi-curi masa yang ada, kebetulan saya free,” tambahnya.
Berikut merupakan tips atau langkah penting yang perlu anda lakukan sekiranya tayar kereta pecah ketika memandu:
Kawal diri, jangan tekan pedal minyak
Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah kawal diri anda. Cuba bertenang dan jangan sesekali tekan pedal pendikit atau brek. Ingat, meskipun tayar kereta akan mula membelok dan bergegar, namun anda perlu tahu bahawa kereta itu sebenarnya masih kekal seimbang. Jadi, kekalkan sahaja kaki pada posisi pedal sedia ada.
Untuk makluman anda, apabila brek ditekan secara mengejut, tayar akan mula terkunci dan pemandu akan mula hilang kawalan stereng, dan seterusnya menyebabkan kereta akan berubah haluan atau terhuyung-hayang mengikut hukum fizik berbanding arah yang kita mahukan.
Apabila tayar terkunci, ia akan meningkatkan peluang kereta untuk roll over memandangkan berlaku ketidakseimbangan mengejut kerana tayar pecah secara tiba-tiba.
Jangan brek secara mengejut
Jika sudah cemas, otak kita kadang kala sememangnya secara automatik akan terus menghentam pedal brek. Namun, jika boleh jangan lakukannya. Jika brek ditekan secara mengejut, ia boleh menyebabkan kereta hilang imbangan lalu berpusing dan terbalik, selain merosakkan sistem brek seperti menyebabkan brek terkunci.
Jika kereta anda mempunyai ciri keselamatan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), maka ia mungkin akan membantu anda. Namun untuk kenderaan yang tidak ada, anda perlu menahan diri daripada menekan brek secara mengejut ya.
Jika anda perlu juga brek, cuba brek secara mengepam, iaitu tekan dan lepas berkali-kali sehingga kereta mencapai kelajuan yang mampu dikawal.
Kawal stereng dengan perlahan
Roda stereng adalah komponen yang sama mengawal roda tayar. Secara amnya, tayar kereta akan mengikut haluan yang dibawa oleh stereng. Namun dalam situasi tayar pecah, ia akan berubah. Mungkin jika anda mahu belok ke kiri, kereta anda akan belok ke kanan dan sebaliknya.
Ingat, meskipun tayar pecah, kereta anda sebenarnya masih dalam kawalan walaupun keseimbangan kereta sudah tidak sama lagi. Ini membuatkan stereng bergegar dan membelok ke arah tayar pecah. Contoh, jika tayar depan kiri pecah, stereng kereta anda secara automatik akan cenderung belok ke kiri kerana berat tertumpu ke bahagian pecah tersebut.
Jadi, cuba pegang stereng dengan kuat dan pastikan kereta terus bergerak lurus ke hadapan.
Rendahkan gear
Anda memandu kereta auto? Jadi, terus turunkan gear daripada D4 ke D3 dan D2. Jika kereta yang dipandu anda pada ketika itu pula adalah kereta manual, segera tukar gear tanpa menekan klac.
Ini bagi memastikan anda dapat menghentikan kelajuan kereta secara selamat dalam situasi seperti ini.
Kekal pada lorong sama
Cuba kawal kereta dalam laluan atau lorong anda sedang memandu pada waktu itu. Apabila anda sudah berjaya memandu dalam keadaan yang lurus, biarkan kereta anda berhenti secara sendiri dan perlahan-lahan ke tepi (pada ketika ini, kereta biasanya sudah berada dalam kawalan).
Walau bagaimanapun, pastikan tempat anda memberhentikan kereta itu adalah selamat dan tidak berisiko untuk menyebabkan kemalangan lain.
Nyalakan lampu kecemasan
Apabila sudah berhenti dengan selamat, pastikan anda menyalakan lampu kecemasan sebagai tanda amaran kepada pengguna jalan raya lain. Ini bagi memastikan pengguna lain lebih berhati-hati dan memperlahankan kenderaan mereka apabila menghampiri kereta anda.
Kemudian, anda boleh mula menukar tayar kereta anda dengan tayar spare yang ada di dalam kereta. Jika anda tidak arif, anda juga boleh mendapatkan bantuan tepi jalan atau khidmat tunda yang disediakan oleh syarikat insurans anda.
Tidak dinafikan ada sebahagian antara kita, memang ‘pantang’ ternampak ada sayuran di dicampur dalam masakan, mesti akan diasingkan. Alangkah ruginya tindakan tersebut, lebih-lebih lagi kalau sayur yang dibuang itu adalah taugeh!
Ini kerana tahukah anda, taugeh sebenarnya mengandungi banyak kebaikkan, antaranya adalah :-
Baik Untuk Wanita-Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Lebih Subur –Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.
Awet Muda – Ya, antara salah satu faktor untuk awet muda adalah dengan makan taugeh kerana ia kaya dengan antioksida. Sesiapa yang ingin nampak muda bolehlah amalkan makan taugeh selepas ini.
Oleh itu, kami kongsikan kepada anda cara-cara untuk tanam taugeh sendiri di rumah dengan cara yang cukup ringkas.
STEP TANAM TAUGEH
Kacang hijau yang telah direndam semalaman. Cuci dan toskan.
2. Sediakan tuala dan bekas yg berlubang. Apa-apa saja bekas yang berlubang.
3. Tabur kacang atas tuala.
4. Tutup kacang dengan lebihan tuala tadi.
5. Siram kacang merata. Siram 4 jam sekali. Siram hari-hari dan setiap kali siram buangkan air di takungan bawah.
6. Last sekali tutup dan simpan di tempat gelap yang tak ada cahaya.
7. 3-4 hari kemudian baru buka bungkusan. Peringatan! Jangan buka bungkusan sebelum 3-4hari! Bukan apa takut terbantut pertumbuhanya.
Tentu ramai yang gemar makan buah naga merah atau putih. Namu tahukah anda bahawa ini sebenarnya ada perbezaanya khasiat.Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian...