Zaman sekarang, ramai wanita sanggup melakukan apa saja untuk kelihatan cantik dari hujung rambat hingga hujung kaki.
Untuk menjadi cantik, ramai yang sanggup membelanjakan wang yang banyak misalnya mencuba pelbagai produk yang kononnya akan membantu mereka untuk kelihatan sentiasa menawan.
Namun ada juga menggunakan cara alami dengan mencuba bahan-bahan yang sedia ada di rak dapur.
Sebagaimana petua cantik awet muda ini hanya mengunakan susu dan bawang putih saja.
Cara penyediannya memang mudah. Ikuti perkongsian beliau.
Sebab ramai yang tanya petua awet muda kan. Orang la kata kakak ni awet muda. Kakak redha je . Ni ha.
Cara nak buat minum susu bawang putih.
Cara penyediaan:
1.Segelas susu, panaskan dengan 3-4 ulas bawang putih yang diketuk sampai bawang tu lembut.
2.Guna api perlahan je.
3. Tambah madu atau gula perang sikit. Minum suam-suam. Bawang tu boleh kunyah kalau suka. Silalah cuba, rasa dia sedap je.
Jenis susu:
Susu – guna susu segar, susu penuh krim atau susu rendah lemak. Janganlah guna susu tepung atau susu pekat manis.
Amalkan setiap hari, pagi atau malam. Kalau rajin pagi dan malam pun boleh. Biasanya terbabas jugaklah sehari dua. Tak apa je.
Bukan setakat awet muda, badan pun rasa ringan.
Takmolah claim lebih-lebih, nanti jadi overclaim pulak. Cuba dulu, baru tauKeluarga: Mudah aje nak buat, janji rajin dan kosisten. Selamat mencuba!
Sumber: AJ Idris
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club