Cantik Sebelum Raya, Wajib Dahulukan 7 Rutin Ini Ya!

Share

Nak cantik dalam masa yang pantas memang bukannya senang. Selain harus menjaga disiplin diri, hati kena kuat. Lebih-lebih bagi seorang wanita bergelar ibu. Tapi dalam masa masa 2  minggu menjelang raya, masih  sempat  lagi kalau  nak amalkan cara ni untuk cantik.

Walaupun sukar untuk berdiet, menjaga pemakanan yang sihat adalah yang perlu wanita lakukan untuk mengekalkan kesihatan dan sekaligus tampil cantik. Soalnya bagaimana?

Amal Detoks
Seharian makan bermacam-macam jenis makanan, ada baiknya anda lakukan detoks pada keesokkan paginya. Lemon dan buah-buahan sitrus lain antara yang patut anda amalkan.

Hiris kesemua buah di malam hari dan simpan di dalam peti sejuk. Minum keesokan harinya dan ulang setiap pagi. Mudah bukan?

Air Serai Kunyit
Air campuran herba memang baik untuk kita amalkan setiap hari. Bagi wanita, amalan air rebusan kunyit dan serai yang direnehkan bersama sedikit madu atau gula perang adalah minuman terbaik untuk dalaman wanita. Kena amalkan!


Campuran Air Timun
Kalau tak mampu berdiet sekurang-kurangnya wanita kena elakkan makan snek ringan. Apabila rasa lapar dan ingin makan snek ringan, cubalah minum air yang dicampur dengan timun.

Kisar sendiri dan simpan dalam peti sejuk. Cara ini bukan hanya hilangkan rasa lapar tetapi baik untuk kesihatan.


Tolak Tepi Makanan Proses
Selain snek, elakkan sama sekali mengambil makanan berproses dengan kerap. Mungkin sesekali makan burger dari kedai makanan segera memadai.

Janganlah setiap minggu. Kalau di rumah pula jangan dibeli stok makanan proses seperti sosej, daging burger, nugget dan sebagainya. Elakkan!


Kapur vs Limau Nipis
Sesekali kalau anda rajin, sapukanlah adunan limau nipis dan kapur sirih yang diadunkan hingga sebati. Sapukan pada perut dan amalkan petua ini. Kalau rajin usaha insyaallah perut akan rata dan cantik seperti yang kita mahu. Jadi kenalah rajin.

Teh Halba
Petua amalan menggunakan air teh halba ini cukup baik untuk kesihatan. Jadi cubalah amalkan air rebusan ini bersama sedikit limau nipis. Tambahkan sedikit madu jika suka. Sihat luar dalam. Confirm cantik!

Selain amalan petua moden dan tradisional ini, menjaga penampilan adalah perkara yang wajib dilakukan oleh semua wanita. Biar baju tidak sentiasa berganti baru asalkan penampilan nampak kemas setiap masa. Bijak mengenakan suai padan pakaian serta kenakanlah sedikit solekan nipis ke wajah.

Tampil cantik bukan hanya untuk kita rasa lebih yakin tetapi juga untuk kerukunan rumah tangga. Cantik luar dan dalam pastinya buat suami suka!