Ajal maut, jodoh rezeki semua rahsia Allah. Begitu juga ajal pasangan kita. Minggu ini kita dikejutkan dengan pemergiaan seorang pendakwah yang dikenali ramai iaitu Ustazah Shadiya Abbas. Ramai yang mengenali arwah amat kagumi cara beliau menyampaikan dakwah dengan caranya tersendiri.

Pemergiannya telah memberi impak kepada dunia dakwah. Namun sudah individu yang paling bersedih atas kehilangan ini adalah suami dan anak-anaknya. Menerusi perkongsian oleh suami arwah, di laman Facebook, Ustaz MK Azman meluahkan isi hati pemergian insan tersayang. Beliau juga berkongsi bagaimana seorang penggali kubur melahirkan rasa kagum liang lahad isterinya.

Ikuti perkongsian sebak ini.

“Cantik Sangat Tanahnya.” Allahu Mulianya Pemergian Ustazah Shadiya Abbas.

PERJALANAN TERAKHIR
Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengkebumian jenazah buah hati dan bidadari saya Shadiya Abbas petang tadi jam 4.00petang di Tanah Perkuburan Puncak Alam. Segalanya dipermudahkan Allah..
 Urusan mandikan jenazah mu sayang dilakukan oleh ibumu, adik beradik perempuanmu, anak² lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang.

Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi 2 hari sebelum sayang meninggalkan abg, sayang mandikan abg.

Sayang.. Abg imamkan solat untukmu. Sebelum ni sayang berada di belakang sebagai makmum, tapi kali ini sayang di depan abg. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenazah.
 Sayang..

Ads

“Cantik Sangat Tanahnya.” Allahu Mulianya Pemergian Ustazah Shadiya Abbas.

Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubur yang indah dan liang lahad yang cantik. Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkan mu dalam liang lahad, dalam hati abg menyebut, cantik sungguh liang lahad ini.

Kubur paling cantik

Abg bersembang dengan penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubur kalau pakai kasut bot pun terasa sejuk, seolah² lantainya dari mar mar.. Kata mereka, bakal kubur siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga sayang berada dalam rahmat Allah.

Ads

 

 

“Cantik Sangat Tanahnya.” Allahu Mulianya Pemergian Ustazah Shadiya Abbas.

Ads

Damailah disana

Sayang..damailah engkau di sana, abg redha dengan pemergiaanmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat. Insyaallah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.

“Cantik Sangat Tanahnya.” Allahu Mulianya Pemergian Ustazah Shadiya Abbas.
Terima kasih kepada semua yang membantu urusan jenazah, bantu sediakan makanan, memberi sumbangan, berkongsi perasaan dan mendoakan arwah bidadari saya, jika ada dosanya, mohon ampunkan. Jika ada hutang arwah pada kalian, maklumkan pada saya.
Jom kita sama² baca doa ini
اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها

“Cantik Sangat Tanahnya.” Allahu Mulianya Pemergian Ustazah Shadiya Abbas.   

Sumber: MK Azman

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI