Cukup kreatif apa yang dihasilkan oleh Nurul Nabilah ini. Sebuah jam yang boleh dijadikan sebagai pelengkap dekorasi ruang kediaman.
Pun begitu apa yang mengujakan, siapa sangka jam yang nampak begitu eksklusif seperti ini adalah hasil DIY menggunakan bahan-bahan yang ekonomi. Sekali pandang mesti ramai yang tidak percaya, namun itulah kenyataannya.
Jadi apa kata bagi anda yang ingin menghias kediaman, bolehlah mencuba untuk hasilkan jam dinding ini.
Jom kita lihat langkah demi langkah untuk lebih faham.
Bahan-bahan :
jam – tesco
mosaic mirror – eco (4pack )
sudu plastik – eco
batang aiskrim – eco
glue gun – eco
spray chrome – mr diy
Step 1 : Sediakan jam dinding.
step 2: Lekatkan mosaic mirror
Step 3 : Spray sudu plastik dan batang aiskrim.
Step 4 : Gamkan batang aiskrim
Step 5 : Lekatkan mosaic mirror di atas batang aiskrim tadi.
Step 6 : Lekatkan garfu dan gamkan juga dengan mosaic mirror.
Siap
sumber : Nurul Nabilah
Hiking Ilmiah, Penampilan Ustazah Asma Harun Kekal Berjubah Nampak Comel. Curi Tumpuan Warganet!
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Begitulah jika hendak ditafsirkan dengan usaha Ustazah Asma’ Harun yang melakukan aktiviti hiking hingga berjaya sampai ke puncak meskipun mengenakan jubah.
Tiada apa yang membataskan pergerakan penceramah bebas ini dan dilihat begitu selesa dengan berpakaian jubah di samping turut mengenakan seluar longgar dan berkasut sukan untuk memudahkan langkahnya ketika mendaki Bukit Kiara baru-baru ini.
Hal ini turut mencuri tumpuan wargamaya, dan rata-rata akui ustazah Asma’ nampak begitu comel!
Difahamkan aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk meningkatkan penjagaan kesihatan diri dengan lebih baik dan berterusan.
Berkongsi lanjut berkenaan pengalaman hiking bersama Ustazah Asma’ Harun, Dzuriasikim Dzulkefli berkongsi moment dan bolehlah dijadikan inspirasi buat semua wanita yang teringin untuk memulakan aktiviti riadah dengan lebih istimewa.
HIKING BERSAMA USTAZAH Asma Harun
Saya kongsikan di sini sebahagian dari gambar-gambar indah untuk dijadikan kenangan manis yang sempat dirakamkan di sepanjang aktiviti hiking bersama Ustazah dan Team serta beberapa sahabat saya semalam.
Sebenarnya, ada terlalu banyak gambar dan video yang diambil. Bermula dari susur naik sehinggalah ke waktu pulang, perbualan kami penuh dengan pengisian buat kami sendiri dan rakan-rakan. Saling bertukar ilmu. Saling berbicara. Ketawa bersama. Di samping beriadah.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Dengan izin Allah, liputan (coverage) di sepanjang perjalanan adalah sangat baik. Jadi team media Ustazah Asma dapat buat siaran live. Dan pendakian ini telah “diikuti” bersama oleh beberapa ribu orang yang menonton. Ada penonton yang telah menonton dari awal sehingga perjalanan kami selesai. MasyaAllah. Kata mereka…. Seolah turut mendaki bersama.
Berada di dalam hutan kecil di tengah kota begini, adalah cukup mendamaikan. Kita akan berjumpa dengan banyak pokok-pokok besar yang terjaga dengan baik di hutan. Tanpa perlu disiram setiap hari, namun ia semua tetap subur. Tanpa perlu dibaja, namun tetap segar. Begitulah kuasa Allah.
(Sedangkan pokok-pokok yang kita tanam dirumah walau dibaja dan disiram pun ada yang tidak bertahan).
Masuk ke hutan begini bukan hanya untuk menguji stamina juga kecergasan diri, tetapi untuk menikmati suasana alam semulajadi yang indah. Kemudian menikmati matahari terbit di sebalik pohon-pohon sehingga menghasilkan cahaya yang begitu cantik untuk ditatapi. Kita dapat menghirup udara yang lebih segar. Jauh dari pencemaran bunyi. Yang ada hanyalah bunyi air mengalir, deruan angin dan sesekali hidupan hutan seperti kera melintas menjadi penghibur kami.
Pagi semalam kami telah bersetuju untuk memilih Bukit Kiara sebagai destinasi pertama pendakian kami. Ianya tidak terlalu sukar untuk didaki. Namun laluan sekitar 8km itu sudah cukup untuk mengeluarkan keringat kami.
Pada permulaan rakaman video yang saya kongsikan, saya telah merahsiakan lokasi kami bagi tujuan keselamatan. Apabila sudah tiba di separuh jalan, barulah kami umumkan. (Saya lakukan begini setiap kali mendaki termasuk ketika bersama sahabat lain).
Untuk waktu terdekat ini, Ustazah Asma’ Harun ada membuka bagi wanita, khususnya suri rumah untuk turut sama mengikuti program hiking bersama kami. Anda boleh pergi ke Page ustazah atau ke Facebook personal ustazah untuk membuat pendaftaran nanti.
Kami sangat menggalakkan para wanita untuk meningkatkan penjagaan kesihatan diri dengan lebih baik dan berterusan. Dan program hiking begini juga sangat baik bagi “healing” dan menenangkan diri dari kesibukan urusan harian.
Terima kasih Ustazah dan Team untuk pengalaman yang manis ini. Semoga kita dapat beraktiviti bersama lagi nanti.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat hikers saya, Faz, Kapten Elman, TJ, Kak Rita dan Datin Eliza yang menemankan kami. Juga bagi foto-foto yang cantik ini.
Sumber : Dzuriasikim Dzulkefli
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Nervous Tunggu Result, Hanya Mampu Berdoa.” Siti Elizad Selesai Jalani Proses Pemindahan Embrio, Warganet Titip Doa!
Tiada yang lebih membahagiakan dan menggembirakan kbagi seorang wanita bergelar isteri bila mana impian untuk bergelar ibu tercapai. Biar pelbagai dugaan dan ujian terpaksa dilalui namun, semuanya diharungi. Satu pengorbanan yang cukup besar demi mendapatkan cahaya mata.
Demikian juga dengan pelakon dan hos Siti Elizad baru selesai menjalani proses ‘embryo transfer’ bagi meneruskan sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalaninya.
Hos Progarm Mingguan Wanita ini menerusi laman sosial Instagramnya berkongsi beberapa keping foto selepas melakukan proses itu untuk tatapan umum.
Pemindahan embrio merupakan satu proses dimana embrio yang sudah berkembang dimasukkan ke dalam uterus.
“Alhamdullillah syukur , baru selesai “ Embryo Transfer “ hari ni . 👶 Semuanya berjalan lancar . Doakan yg terbaik buat kami ya 🤲🏻🤲🏻🤲🏻
Nervous tgu result akan dtg nnt . Hanya mampu berdoa . Moga2 adalah rezeki kami berdua , Selebihnya , kami hanya berserah pada Mu Ya Allah .
Terima kasih Dr @dr.azlin @sophea_fertility & semua nurse yg byk membantu menenangkan saya tadi . Tak tau nak gambarkan pengalaman tadi.’ tulis Elizad lagi.
Pada 16 Februari 2020, Elizad mengumumkan dia ingin berehat seketika demi menjalani rawatan IVF.
Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.
Rata-rata warganet mendoakan semoga dipermudahkan segalanya dan dikurniakan cahaya mata buat Elizad dan suami.
Tak Sangka Bahan Dari Dapur Ni Sahaja Dah Boleh Buat Rumah Kekal Berbau Segar. Jimat Betul!
Rumah bukan sahaja tempat untuk kita berlindung, berehat dan meluangkan masa bersama keluarga. Persekitaran rumah juga boleh beri impak mood seseorang tau! Bukan sahaj persekitaran yang kemas, tapi bau yang menyenangkan.
Tak selesa jadinya bila tempat tinggal kita ada bau yang tak berapa nak enak di bau kan? Haaaa jangan risau! Tak payah nak keluarkan duit mahal-mahal untuk beri kesegaran pada rumah. Cukup hanya guna bahan di dapur sahaja mampu untuk menyelesaikan masalah bau tu! Jom cuba!
1.Kulit limau dan kulit kayu manis
Pertama sekali sediakan kulit limau dan kulit kayu manis. Kemudian didihkan air bersama kulit limau itu. Setelah didih, masukkan sedikit serbuk kulit kayu manis. Biarkan ianya masak sehingga naik bau yang beraroma. Setelah itu, biarkan ia sejuk dan masukkan ke dalam botol spray. Siap! Sekarang anda boleh gunakan ia untuk mengharumkan ruang dapur dan rumah anda.
2.Limau kasturi
Siapa sahaja yang tidak suka bau limau kasturi yang menyegarkan? Anda hanya perlu hiris limau kasturi dan letakkannya ke dalam bekas berisi air. Jika ingin ia kelihatan cantik, boleh letakkan ia ke dalam bekas kaca dan jadikan dekorasi ruang tamu anda. Mudahkan? Ruang rumah cantik di samping menghasilkan bau yang menyegarkan!
3.Arang
Walaupun bentuk dan warna arang ini tidak cantik tetapi ia mampu menghilangkan bau busuk dalam rumah anda. Hanya ambil beberapa ketul arang dan letakkannya di sudut ruang rumah. Ia akan menyedut segala bau busuk di ruang itu. Kalau nak nampak cantik, anda juga boleh meletakkan arang itu di dalam sebuah bekas kecil dan letak di atas sudut meja sebagai hiasan.
4.Soda bikarbonat
Cara penyediaan soda bikarbonat ini sama seperti arang tadi. Hanya perlu letakkan soda bikarbonat dalam bekas kecil dan letakkannya di sudut rumah. Ia turut mampu menyerap bau yang tidak menyelerakan.
5.Daun pandan
Jika anda seorang yang sukakan bau ala-ala haruman bunga, anda boleh gunakan daun pandan. Caranya simpulkan daun pandan dan letakkannya di dalam bekas. Jika anda ingin bau daun pandan ini lebih semerbak, anda boleh hiriskannya dan letak di dalam bekas yang terbuka. Pasti harum ruang rumah anda.
Inilah antara bahan-bahan yang boleh disediakan untuk memberi haruman dalam ruang rumah anda. Mudah sahaja untuk menyediakannya. Selamat mencuba!
Sumber : Suhaila Ali via Sinarplus
Nak jadi sebahagian dari komuniti kami? Jom sertai di keluargagaderclub