Ruang belajar yang selesa dan memberikan keseronokkan untuk anak-anak wajar diberi perhatian ketika ini. Memandangkan sekarang anak-anak tengah melalui pembelajaran secara online atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Bukan mudah sebenarnya untuk anak-anak melalui norma baharu ini, justeru sebagai ibu bapa kena mengambil inisiatif untuk membuatkan anak-anak selesa dan fokus.
Saudara Md Zaki ini berkongsi caranya yang tersendiri dalam ‘membeli jiwa anak-anak. Dia mengambil inisiatif dengan DIY meja belajar untuk kegunaan tiga orang anaknya sewaktu PdPR. Memang simple tapi berbaloi dengan hasilnya dan paling penting jimat kos memandangkan tak payah upah orang.
Alhamdulillah siap 3 set meja belajar kanak-kanak
Assalamualaikum admin, sekadar perkongsian saya berkenaan membuat meja belajar anak2 secara DIY…sebagai bapa, kita hendaklah memastikan keselesaan anak2 belajar di musim PDPR ini…Ruangkan sedikit masa untuk DIY…..InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan kita semua..
Cara membuat:
step 1 : membuat lakaran
Ads
step 2: membuat lukisan menggunakan perisianstep 3: lukisan ceraianstep 4 : membina Jig supaya kerja welding lebih senang dan cepatstep 5 : pemasangan percubaan
catatan: memotong besi pakai mesin ni ye….kalau guna grinder, tidak digalakkan..bahaya
Jika anda teringin nak cuba boleh praktikkan tip yang dikongsikan ini . Yang penting, caranya cukup mudah kerana hanya guna botol terpakai sebagai bekas tanaman. Jimat ruang pula tu.
Bagi yang nak belajar tanam sayur sawi sendiri, jom cuba cara yang dikongsikan ini. Cara yang mudah, malah hasilnya dapat sawi yang segar, cantik, bersih dan selamat.
Jom cuba tanam sawi dengan kaedah yang dikongsikan ini.Moga bermanfaat!
Assalamualaikum..sedikit perkongsian dr sy utk sahabat yg baru mula bercucuk tnm.gmbr lama hasil tanaman sy menggunakan botol minyak masak sbg bekas tanaman.mgkn ada yg pernah melihat gmbr² ni dlm group yg lain.
Tip tanam guna botol:
Sawi kingkong..
Medium👉100% cocopeat
Baja👉AB
Cara tanam👉Semai pindah&semai terus dalam bekas tanam.
Kerjaya sebagai seorang pramugari adalah antara kerjaya moden yang diimpikan oleh ramai gadis. Siapa yang tidak mahu kerjaya glamor yang memerlukan anda mengembara ke seluruh dunia dengan pesawat moden, gaji lumayan serta berpeluang bertemu ramai orang?
Pun begitu, mungkin ramai yang tidak tahu banyak syarat-syarat ketat yang telah ditetapkan untuk menjadi pramugara ataupun pramugari. Tidak semua orang berpeluang menyandang jawatan ini sewenang-wenangnya.
Berikut adalah 15 syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan untuk pramugara dan pramugari yang dipetik daripada portal Era Baru. Bagi anda yang impikan kerjaya pramugari, jom kita lihat antara syarat-syaratnya.
1) Memiliki sepasang kaki yang cantik
Di China, latihan untuk menjadi seorang pramugari menjadi semakin sukar disebabkan oleh lambakan pramugari yang layak. Jadi, pihak penerbangan telah menetapkan syarat kelayakan yang semakin ketat dan pelik setiap tahun.
Contohnya, pramugari mesti mampu untuk berdiri dengan botol diletakkan di atas kepala mereka sambil mengepit sehelai kertas di antara lutut.
2) Latihan kung fu
Bukan semua penumpang kapal terbang mampu mempamerkan tingkah laku yang baik dan sopan. Selain itu, kemungkinan untuk berlaku sebarang jenis jenayah di atas pesawat adalah tinggi.
Justeru, Hong Kong Airlines telah mewajibkan pramugari untuk menghadiri kelas kung fu dan melengkapkan diri mereka dengan kemahiran pertahanan diri.
3) Tiada bulu hidung atau bulu ketiak
American Airlines mewajibkan pramugarinya untuk menjalankan tugas setelah segala bulu ketiak, hidung dan juga telinga mereka dibuang.
4. FIT!
Kebanyakan syarikat penerbangan tidak meletakkan had umur sebagai syarat untuk melantik seseorang pramugari. Akan tetapi, Delta Air Lines telah meletakkan had umur sehingga 25 tahun sahaja untuk menjawat tugas sebagai pramugari.
5) Saiz pinggul yang sesuai
Syarikat penerbangan Perancis telah menentukan para pramugari untuk memiliki saiz pinggul yang tidak melebihi 39 inci (100cm).
6) Berat badan
Bagi Czech Airlines, bentuk badan yang sempurna bukan antara syarat kelayakan untuk menjadi seorang pramugari. Asalkan berat badan individu tersebut seimbang dengan ketinggiannya mengikut indeks jisim badan (BMI), ia sudah cukup memadai.
Artikel Berkaitan
7) Ketinggian
Secara purata, seseorang pramugari perlu memiliki ketinggian daripada 158sm sehingga 188sm.
8) Pramugari tidak boleh berkahwin
Sebagai contoh, Jet Airways hanya mengambil pramugari yang bujang sahaja. Tetapi syarat ini hanya ditetapkan kepada pekerja yang kurang berpengalaman. Bagi pramugari yang sudah berpengalaman, mereka dibenarkan untuk mendirikan rumah tangga.
9) Kuku yang pendek
Bagi sesetengah penerbangan, memiliki kuku yang panjang adalah diharamkan! Misalnya, Hawaiian Airlines telah menetapkan panjang kuku maksimum adalah 3mm sahaja.
10) Tiada sebarang tanda lahir yang jelas kelihatan pada wajah
Tidak semua penerbangan menetapkan syarat sebegini kepada pramugarinya. Ini mungkin salah satu syarat untuk mendapatkan jawatan sebagai pramugari di sesetengah penerbangan.
11) Kekuatan
Salah satu tugas pramugari adalah untuk membantu penumpang menyimpan beg mereka di bahagian siling atau ruang penyimpanan barang di bahagian atas. Justeru, pramugari haruslah memiliki kekuatan untuk mengangkat beg bagasi penumpang yang berat.
Syarikat penerbangan New Zealand telah meletakkan kriteria kepada pramugari untuk mengangkat berat sebanyak 10kg sehingga ke ketinggian 5 kaki 7 inci tanpa perlu menjengketkan kaki mereka.
12) Mempunyai kemahiran untuk hidup di dalam hutan
Andai kata pesawat terpaksa mendarat di kawasan hutan, syarikat penerbangan Brazil telah melaksanakan kursus ketahanan hutan khas kepada para pekerjanya.
Mesti Baca :
13) Tiada tatu dan subang
Kebanyakan penerbangan sememangnya tidak menggalakkan kru penerbangan untuk mempunyai tatu atau subang pada tubuh mereka.
14) Memiliki rambut yang pendek
Pramugari perlu sentiasa kelihatan kemas dengan berambut pendek agar tidak mengganggu kelancaran tugas mereka. Sebagai contoh, British Airways meletakkan syarat kepada para pramugari supaya tidak mempunyai rambut yang melebihi paras bahu.
15) Mahir berenang
Semua syarikat penerbangan mewajibkan pramugari mereka untuk memiliki kemahiran berenang. Bagi penerbangan Ryanair misalnya, pramugari perlulah mampu berenang sekurang-kurangnya pada kedalaman 20 meter manakala bagi pramugari British Airways, 50 meter.
Tekanan darah tinggi dikenali juga sebagai penyakit senyap yang boleh membawa kepada komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Apatah lagi kebiasaannya penyakit ini tidak menunjukkan gejala yang jelas.
Atas sebab ini juga, satu-satunya cara untuk kita mengetahui dan memantau kesihatan sama ada seseorang itu menghidap tekanan darah tinggi adalah dengan mengukur tekanan darah dengan menggunakan alatan yang khusus sama ada dilakukan oleh pegawai kesihatan di klinik atau pengidap sendiri boleh menggunakan alat pemantau tekanan darah di rumah.
Mengukur dan mengetahui cara penggunaan alatan tersebut dan bagaimana membaca bacaan tekanan darah yang tepat adalah penting untuk diagnosis yang betul.
Atas sebab ini juga Dr Zubaidi Hj Ahmad berkongsi info bagaimana menggunakan ‘Digital Sphygmomanometer’. Menurutnya, bagi mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, Dr. mencadangkan agar beli “digital sphygmomanometer” agar dapat memantau sendiri tekanan darah di rumah.
Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan.
1.Elakkan pengambilan minuman berkafein atau beralkohol 30 minit sebelum melakukan pemeriksaan.
2.Duduk diam dan rehat dengan bersandar di kerusi dan kaki tidak bersilang selama 5 minit sebelum mengambil bacaan tekanan darah.
3.Letakkan lengan di atas meja, sama paras dengan jantung.
4.Balut pembalut alat pembaca (cuff) pada lengan tanpa sebarang lapik baju.
5.Jangan bercakap ketika pemeriksaan.
6.Selepas mengambil bacaan pertama, ambil bacaan kedua tanpa membuka pembalut alat pembaca. Ambil bacaan kedua. Jika kedua-dua bacaan tidak jauh bezanya, ambil purata keduanya. Jika bacaan kedua terlalu jauh bezanya, ambil bacaan ketiga. Kira bacaan purata dari dua bacaan yang tidak jauh bezanya.
7.Simpan rekod bacaan setiap hari.
8.Lakukan pemeriksaan pada waktu yang sama setiap hari.