Tidak semua antara kita berpeluang memanjakan diri di Spa untuk mendapatkan perawatan wajah dan kecantikan tubuh badan. Apatah lagi bila sepanjang masa asyik sibuk mengurus anak-anak dan keluarga hinggakan terlepas pandang untuk mengambil berat tentang penjagaan wajah hingga menyebabkan terlihat kusam dan kulit berjerawat.
Jadi apa kata lakukan perawatan dan penjagaan kecantikan di rumah dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada sahaja. Ianya jauh lebih mudah dan selamat bahkan kesannya juga tidak menghampakan.
Umpamanya, mungkin sebelum ini asam jawa hanya digunakan di dalam masakan namun hakikatnya sejak zaman berzaman lagi ia telah digunakan dengan pelbagai cara dan tidak dinafikan bagus untuk perawatan kecantikan.
Nak tahu bagaimana kaedah dan caranya, di sini dikongsikan untuk sama-sama amalkan. Jom semak.
Menggunakan Asam Jawa Untuk Kecantikan, Boleh Cuba Untuk Selulit Juga.
Asam Jawa juga terkenal dalam petua dan perubatan tradisional.
1. Tanggalkan sel kulit mati
Asam Jawa mampu untuk menanggalkan sel kulit muka yang telah mati. Caranya ialah sapukan Asam Aawa pada wajah dan biarkan selama lebih kurang 20 – 30 minit. Sambil menunggu ianya kering, anda boleh mengurut kulit wajah supaya sel-sel kulit yang mati tersebut turut tertanggal. Kemudian, bilas dengan air bersih.
Ads
2. Hilangkan Jerawat
Bancuh 3 biji atau 3 sudu besar Asam Jawa dengan air panas. Tunggu sehingga bancuhan sejuk sebelum menapisnya untuk menagsingkan bahan-bahan yang tak diperlukan. Air bancuhan yang telah ditapis itu dijadikan air pencuci muka pada setiap pagi.
3. Cerahkan kulit
Bancuh Asam Jawa dengan air panas. Kemudian ambil serbuk kunyit dan gaulkan bersama air bancuhan Asam Jawa tadi. Sapukan keseluruhan wajah dan badan. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
4. Hilangkan selulit
Untuk masalah ini 4 bahan utama diperlukan iaitu Asam Jawa, lemon, bakin soda, dan gula. Campurkan bahan-bahan ini dan gaulkan sehingga sebati. Kemudian sapukan di bahagian kulit yang bermasalah tersebut. Urut ikut arah jam. Biarkan selama 10 minit. Akhir sekali bilas denan menggunakan air suam.
Ads
Selain untuk tujuan kecantikan, asam jawa juga bagus digunakan sebagai alternatif untuk meredakan eczema mahu pun mengurangkan rasa mual.
5. Rawat Eczema
Ambil segenggam daun asam jawa (daun ya , bukan buah..!) dan kunyit hidup sebesar ibu jari. Tumbuk dan kisar 2 bahan ini sehingga lumat. Kemudian sapukan ke bahagian kulit yang bermasalah.
6. Pening rasa nak muntah
Ambik segenggam asam jawa, bawang kecik 3 biji ditumbuk (jangan hancur) dan air bersih 1/2 cawan. Campurkan kesemua bahan diramas hingga sebati. Dah boleh sapu dikepala.
Tidak dengan itu, penggunaan asam jawa juga bagus untuk diamalkan bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, meningkatkan tenaga dan awet muda, nak tahu detail petuanya ada dikongsikan DI SINI
Ini memandangkan rahsia keintiman rumah tangga bukan sekadar memiliki wajah yang cantik dan bentuk badan yang langsing, tetapi bagaimana cara menjaga dalaman diri juga sesuatu yang perlu diambil berat oleh wanita bergelar isteri. Jadi tidak salah kiranya amalkan petua-petua ini untuk kebaikan diri.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selalu kita guna limau nipis dalam masakan je kan? Paling pun fungsi lainnya untuk kuruskan badan. Bukan itu je tau! Rupanya banyak lagi fungsi limau nipis ni dalam menjaga kesihatan badan, dan kecantikkan. Tak percaya? tengok petua tradisional orang lama kat bawah ni!
Bahan bahan yang diperlukan sangat ringkas, mudah didapati didapur namun berfaedah jika di praktikkan secara istiqomah. Antara rajin dan malas sahaja.
7 Petua Tradisional Limau Nipis
1. Ubat Kurus / Slimming
Jus Limau Nipis + Air Panas
Perahkan limau, ambil jusnya dan masukkan ke dalam air panas. amalkan setiap pagi. Orang yang ada gastrik tidak dinasihatkan untuk amalkan.
2. Ubat Pemberi Tenaga
Jus Limau Nipis + Madu Asli
Perahkan limau, ambil jusnya dan campurkan dengan madu asli. Amalkan 1 sudu besar seminggu sekali.
3. Ubat Batuk
Jus Limau Nipis + Kicap Cair
Perah jus limau, campurkan kicap masin/cair ke dalam jus limau. Amalkan 1 sudu kecil pagi dan malam.
Perah jus limau, celupkan berus gigi ke dalam jus perahan limau tersebut. Kemudian letakkan garam.
5. Air Mandian kulit sihat & segar
Jus Limau Nipis + Daun Sirih
Rebus daun sirih dengan air sampai mendidih. Kemudian masukkan jus limau nipis. Tuang air rebusan ke dalam baldi yang berisi air suku bekas.
6. Rambut Sihat, Bebas Kelemumur & Anti Rambut Gugur
Jus Limau Nipis + Santan + Garam
Potong sebiji buah limau kecil-kecil, masukkan ke dalam bekas pengisar dan kisar sebentar. Kemudian campurkan limau nipis yang telah dikisar tadi bersama santan dan garam. Gaul sebati. Scrub di kepala atau jadikan masker untuk rambut. Boleh guna seminggu sekali jika tiada masalah rambut atau jika ada masalah rambut boleh pakai seminggu 2/3 kali.
7. Penawar Resdung
Jus Limau Nipis + Daun Pandan
Perah limau, kemudian potong daun pandan. Kisarkan/ tumbuk daun pandan dengan sedikit air. Kemudian campur dua bahan ini, gaul sebati. Air campuran dan hampas tadi sapu pada permukaan kulit. Boleh amalkan 2 hingga 3 kali seminggu
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memiliki kulit yang mulus dan bebas dari sebarang masalah adalah idaman setiap wanita. Kerana itu, pelbagai produk kecantikan ditawarkan dipasaran menjadi kegilaan kaum wanita untuk mencubanya.
Tanpa sedar penggunaan bahan kimia di dalamnya boleh menyebabkan kesan buruk pada kulit.
Tapi tahu tak kalau kita buat skrub sendiri, terutama skrub beras, hasilnya memang berbaloi dan kesannya boleh dibezakan waktu itu juga. Kulit memang rasa lebih lembut dan cerah.
Kalau hasilnya semacam itu, rajin-rajinkanlah diri buat sendiri di rumah. Ikut cara yang dipraktikan oleh Nurul Ashikin Johari yang memilih untuk membuat skrub sendiri untuk kegunaan hariannya. Senang saja!
“Hari minggu macam ni anak anak semua ke rumah grandma. Mummy pun apa lagi start projek macam kebiasaan lah kan.
“Masa untuk manja kan diri pulak,Korang boleh follow jugak. Mudah je, jimat masa, yang penting jimat duit. Tak perlu beratus nak pi spa. Boleh follow gamba kat bawah okay.
Bahan-bahan
Beras Pulut
Limau purut
Sedikit air
Cara membuat:
Kisar bahan-bahan tersebut hingga lumat/sebati.
2. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam mangkuk atau bekas kecil.
Skrub daripada barli dan beras merupakan antara amalan untuk menjaga kecantikan kulit tanpa perlu menggunakan produk komersial yang mahal. Nak jadi cantik tak semestinya perlukan produk berjenama terkenal.
Hanya menggunakan bahan dapur, skrub ini berasaskan beras dan barli. Skrub ini boleh digunakan setiap hari. Sesuai digunakan untuk kulit wajah dan tubuh. Hasilnya kulit terasa licin dan flawless.
1. Basuh beras dulu lepas tu toskan air dan goreng tanpa minyak sampai beras kering.
2. Sudah kering masuk dalam blend kering.
3. Kisar beras bersama garam sampai halus. Garam berfungsi untuk matikan kuman.
Langkah B:
1. Kisar barli sampai halus macam beras.
Langkah C:
1. Selepas kisar beras, garam dan barli, campurkan semuanya sekali. Kacau sampai sekata.
2. Sudah siap boleh pakai pada kulit muka dan badan. Skrub perlahan-lahan dan jangan terlalu kasar.
3. Untuk mereka yang ada jerawat teruk jangan skrub kawasan jerawat. Nanti lagi teruk jerawat. Hanya tempek sahaja skrub ini di kawasan berjerawat.
4. Untuk kulit yang tak ada jerawat boleh gosok perlahan-lahan.
5. Jika mahu biarkan lama mana pun boleh, nak pakai sampai pagi esok pun tak ada masalah.
6. Selepas wajah/kulit badan dicuci, rasailah kulit rasa bersih dan licin sangat! Kemudian kelihatan cerah dan berseri-seri.
Sebenarnya barli itu sendiri mempunyai banyak khasiat. Malah penggunaannya bagus untuk kulit jadi lebih cerah, anjal dan awet muda.
Antara kelebihan lain barli adalah:
*Kulit jadi lembut sangat
*Blackhead dan whitehead hilangg dari radar
*Kulit licin nak mekap pon rasa smooth saja
*Cerahkan kulit
*Buang sel-sel kulit mati, berseri-seri muka lepas skrub
*Elak jerawat
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...