Kunyit memang mujarab dalam mencantikkan kulit muka. Malah kunyit juga merupakan rawatan terbaik dalam mengecutkan jerawat pada muka. Memang cepat surutnya.
Kunyit menerusi beberapa kajian, telah terbukti mempunyai bermacam-macam khasiat perubatan. Kandungan antiseptik yang terdapat pada kunyit mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka kecil, kecederaan dan melecet.
Disebabkan kesannya yang menakjubkan pada kulit, pakar kecantikan dari seluruh dunia kini mula menyedari dan menggunakannya ke dalam produk kecantikan masing-masing.
Tidak hairanlah jika kita dapat lihat krim-krim pengecut jerawat berasaskan kunyit. Dan secara tradisionalnya, memang ramai dah gunakan kaedah menumbuk kunyit untuk ‘ditepekkan’ ke muka bagi mengecutkan jerawat.
Kunyit juga dipercayai ada khasiat berguna dalam membantu rawatan penyakit seperti kanser dan Alzheimer. Siapa sangka begitu banyak kegunaannya kan?
Sejak zaman purba lagi, masyarakat India dikatakan sudah menyedari kebaikan kunyit ini kepada kulit. Ia adalah sumber vitamin C dan magnesium yang baik, kandungan serat yang tinggi, vitamin B6, zat besi, potasium dan mangan serta kandungan sodium yang sangat rendah.
Macam Mana Nak Cantik Dengan Kunyit?
Anda tidak perlu bimbang terpaksa berbelanja besar untuk mencuba kaedah rawatan kunyit. Ia boleh dilakukan dengan sangat mudah dan murah dengan keselesaan di rumah sendiri.
Kecutkan Jerawat
Bahan-bahan:
Serbuk kunyit
Limau nipis
Air
Caranya:
1. Campur serbuk kunyit dengan sedikit air dan jus limau nipis.
2. Kemudian sapukan pada tempat jerawat dan seluruh kulit wajah.
3. Hasilnya jerawat makin mengecut dan pigmen hitam pun makin kurang.
Sapu Pada Wajah
Dengan bahan yang sama dapat menaikkan seri wajah pada muka.
Caranya:
Skrub Kunyit
Sental kulit muka kusam dan sel kulit mati dengan campuran skrub kunyit.
Bahan-bahan:
Serbuk kunyit
Tepung gandum
Air
Caranya:
1. Campurkan bahan ini bersama air.
2. Mulakan tugas menyental ke muka dan badan jika suka.
3. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah di cuci hingga bersih.
Ia dikatakan dapat membuang sel kulit mati dan membuatkan kulit menjadi mulus dan sekata warnanya.
Jus Kunyit
Tak hanya cantikkan muka dengan kunyit tetapi lengkapkan dengan kecantikkan dalaman. Hanya minum air rebusan ini sahaja.
Bahan-bahan:
Kunyit hidup
2 keping asam keping
3 sudu makan gula merah
Air secukupnya
Caranya:
1. Kisar kesemua bahan (kecuali asam keping).
2. Masak sebentar di dalam periuk bersama asam keping.
3. Sejukkan dan minum.
Jika diamalkan ia dikatakan dapat menguatkan dalaman tubuh badan. Malah badan lebih segar dan sihat.