Memang seronok apabila mempunyai ruang memasak yang cantik dan kemas. Barulah ada mood nak masak. Namun atas faktor bajet mungkin ‘niat’ untuk memilik dapur idaman terpendam begitu aje.

Namun melalui perkongsian ini memang menarik. Idea susun atur dapur memang superb! Hanya menggunakan modal yang kurang RM200 beliau telah berjaya memiliki dapur idaman. Tidak perlu bajet ribuan atau upah tukang, dia hanya lakukan sendiri.

Boleh lihat ideanya. Mana tahu tercetus idea untuk anda memilik dapur cantik dan kemas!

Jom buat.

________________________________________________________________________

“Kurang Rm200, dapur lebih sedap dipandang”

Halo. Saja nak share. Yang dapur have-have kak fid tumpang lalu ya. 

Dah lebih 7 tahun menyewa, pestime ni kak fid deco baiti jannati “sewaan” kami. Hajat nak buat rak dinding. Tapi sebab rumah orang, suami Syed Arifuddin Al-Idrus tak bagi sebab kena tebuk dinding kan.

Ads

Kebanyakan barang beli online (Shopee). Sangat jimat duit, masa dan tenaga. Sampai ic aku abam posmen pun dah boleh hafal. 

So meh cekidaut antara barang dan fulus yang terlibat.

1. Tikar Getah :
Rm7.90 x 3.5m = Rm27.65
Shopee

2. Wallpaper bricks :
Rm12.78 x 4 gulung x 10m = Rm51.12
Shopee

3. Wallpaper jalur :
Rm13.99 x 2 gulung x 10m = Rm27.98
(Guna 1 gulung lebih)
Shopee

Ads

4. Wallpaper marble – tampal atas meja :
Rm18.90 x 1 gulung (5m)
(Guna 1m+. Lebihan boleh deco lain)
Shopee

5.Langsir tutup sinki / meja / tingkap :
Rm11.60 x 2m (Bidang 92″) = Rm23.20
Shopee

6. Pelapik peti & meja
Rm8.90 x 2 set (8 pcs) = Rm17.80
Shopee

7. Pelekat velcro
Rm3.50 x 3m = Rm10.50
Kedai jahit

8. Gam Dunlop
Rm4
Hardware

Ads

Total Rm181.15

Ekceli, kos sebenar lagi murah dari total. Sebab beli kat Shopee ada coins cashback. Boleh tebus coins. Dapat la JIMAT lagi. Tu ai “beli semua di shopee”. Jimat selagi boleh. 

Cantik Dan Kemas Susun Atur Dapur Rumah Sewa Ni. Guna Bajet Kurang RM200 Aje. Superb! Cantik Dan Kemas Susun Atur Dapur Rumah Sewa Ni. Guna Bajet Kurang RM200 Aje. Superb! Cantik Dan Kemas Susun Atur Dapur Rumah Sewa Ni. Guna Bajet Kurang RM200 Aje. Superb! Cantik Dan Kemas Susun Atur Dapur Rumah Sewa Ni. Guna Bajet Kurang RM200 Aje. Superb! Cantik Dan Kemas Susun Atur Dapur Rumah Sewa Ni. Guna Bajet Kurang RM200 Aje. Superb!

Cantik Dan Kemas Susun Atur Dapur Rumah Sewa Ni. Guna Bajet Kurang RM200 Aje. Superb!

Ok lah. Semoga perkongsian ini mencetuskan idea buat kalian yang ingin mendeco dengan bajet rendah.

Menarik sungguh idea ni. Boleh lah cuba hujung minggu ni. Bajet pun murah. Selamat mencuba!

Kredit: Fid Yusoff

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI