Cantik versi tradisional nyata bukanlah perkara yang janggal diamalkan oleh wanita Melayu. Apatah lagi, dikatakan cara ini lebih selamat kerana tidak menggunakan bahan-bahan kimia. Selain tidak dinafikan, kosnya jauh lebih murah dan mudah pula untuk disediakan sendiri ramuannya.

Umpamanya dalam menyediakan ramuan untuk scrub wajah agar lebih mulus dan putih bersih, mamadai dengan 3 bahan utama ini. Nak tahu detail jom baca perkongsian daripada Aisyah Badar Bajrai.


Perasan tak kekadang bila pakai bedak kat bawah mata dengan hidung tak licin. Macam ada biji-biji halus gitu.

Haa tu la white head. Biasanya orang yang tak rajin scrub muka mesti ada problem white head tu. Tapi jangan risau okey, hari ni Aisyah share diy scrub paling senang tapi kesan dia meletop.

Untuk scrub ni kita guna 3 bahan jek. Kita guna uncang green tea, madu dengan tepung pulut. Tetiga bahan ni bila bergabung bukan setakat white head jek hilang, black head pun boleh hilang tau.

Pastu yang bestnya, muka memang lembut sangat-sangat dan cerah. Bila basuh muka tu memang nampak la bercahaya kulit tu. Hishh, memang best la. Korang wajib try scrub ni. Serious tak rugi.

IKLAN

Untuk scrub ni memula korang kena rendam dulu green tea dengan air panas. Air teh tu korang minum la, bagus untuk dalaman. Untuk scrub ni kita nak hampas dia jek. Ok jom tengok cara buat dia.

SCRUB UNTUK KULIT LICIN

1 uncang hampas green tea yang dah digunakan ( apa-apa brand pun boleh)
1 sdm tepung pulut / tepung beras
1sdm madu asli

Cara-caranya ;

IKLAN

Campurkan tetiga bahan ni sampai sebati, pastu sapu rata-rata kat muka.

Sambil sapu tu gosok slow-slow macam kita scrub. Kat kawasan hidung atau kawasan white head tu korang boleh lebihkan scrub.

Pastu biarkan scrub tu kering 15-20 minit kat muka. Baru basuh.

Scrub ni bukan setakat boleh buang kulit mati, hilangkan white head, tapi ada khasiat lain jugak. Scrub ni boleh ;

IKLAN

Cantik Cara Tradisi, Kena Rajin Pakai Scrub Ni. Guna 3 Bahan Je Pun Untuk Buatnya!

– cerahkan kulit
– haluskan kulit
– pudarkan bekas jerawat
– kurangkan bintik hitam
– kurangkan minyak kat muka
– lembabkan kulit
– kurangkan blackhead
– glowingkan kulit

Scrub ni bukan pakai hari-hari tau. Kenot pakai hari-hari sebab takut barrier kulit terganggu. Pakai seminggu 2-3 kali jek dah cukup.

Selamat mencuba

sumber : Aisyah Badar Bajrai via Cara Sihat Bajet (Tips & Petua Sihat Cantik) 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI