
Tampil dengan penampilan baru yang lebih cantik dan smakin ramping, balu kepada pelawak terkenal Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali menjadi perhatian pengikutnya.
Kekal dengan imej sopan, tidak menghalang untuk Hidayah mengubah penampilannya kepada yang lebih baik dan berseri seperti yang dimuat naik di laman Instagram dan Tiktoknya.
Dalam perkongsiannya itu, bukan sahaja imej barunya menjadi tumpuan orang ramai, malah telatah anaknya juga menjadi bualan pengikutnya di ruangan komen yang mengatakan Hamzah kelakar seperti ayahnya.
Bukan itu sahaja, malah mereka juga memuji wajah anak kecil ini yang semakin besar semakin kacak dan hampir sama seperti wajah Allahyarham ayahnya.
Tidak ketinggalan, ada juga yang mendoakan yang terbaik buat mereka dan tumpang gembira melihat senyuman dan kegembiraan ibu dan anak ini.
Terdahulu, Hidayah dan Abam telah mendirikan rumahtangga pada 8 Disember 2017. Mereka dikurniakan seorang anak, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey. Abam meninggal dunia pada 9 Februari 2020 di kediamannya di gombak akibat demam panas.
Sumber : Instagram hidayah_hamzahh
Jom tonton kisah Hikayat 1001 Malam yang dibawakan oleh Bintang Kecil.
Bulan puasa ni masa untuk kita tambah pahaladengan membuat amal ibadah. Jom didik jiwa mendekati keluarga sakinah.
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
i-Lindung: KWSP Beri Cara Untuk Ahli Sediakan Pelan Perlindungan Premium, Serendah RM30!

Sediakan payung sebelum hujan, peribahasa ini begitu selalu kita dengar dan biasa kita praktikan dalam kehidupan ini. Kita sedar kepentingan perlu bersiap sedia dalam sesuatu perkara sebelum ditimpa musibah atau masalah, adalah sangat penting!
Lagi-lagi bila memikirkan keluarga tersayang. Banyak perkara perlu dipersiapkan dan antaranya bila menyentuh tentang perlindungan insuran.
Jika sebelum ini, diakui untuk mendapatkan perlindungan insuran untuk diri sendiri apatah lagi untuk seisi keluarga memerlukan jumlah yang besar, pun begitu baru-baru ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Lindung yang membolehkan pencarum (ahli) membeli produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA) serendah RM30.
Melalui PPA, ahli KWSP dibenarkan membeli produk insurans/takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang hanya diluluskan oleh KWSP.
Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir memberitahu pelan perlindungan premium yang ditawarkan bermula serendah RM30 setahun dan menjanjikan perlindungan berjumlah RM10,000.
Untuk makluman, i-Lindung ini adalah sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).
Melalui PPA, ahli dibenarkan membeli produk insurans/ takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP.
Ini adalah untuk menyediakan pilihan kepada ahli dalam mendapatkan perlindungan bagi membantu ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.
Siapa Yang Boleh Memohon
- Warganegara Malaysia
- Berumur Tidak Melebihi 55 Tahun
- Pengguna i-Akaun (Ahli)
- Memiliki Baki Simpanan dalam Akaun 2
Bagi mereka yang berumur 55 tahun ke atas, masih dibenarkan untuk memohon dengan syarat mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 55 atau akaun Emas.
Jenis Pelindungan Yang Ditawarkan
-Perlindungan Hayat
-Perlindungan Penyakit Kritikal
Pelan perlindungan yang diperkenalkan merupakan salah satu inisiatif untuk memastikan kesejahteraan ahli terjamin sekiranya berdepan tempoh sukar mahupun kejadian yang tidak diingini pada masa akan datang.
Para pencarum yang berminat, boleh melakukan pembelian secara atas talian dengan menggunakan i-Akaun pada bila-bila masa tanpa memerlukan pemeriksaan kesihatan.
Manakala meninjau maklum balas Kerajaan tentang ini, nyata menyambut baik sepertimana yang dilaporkan di Astro Awani.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menerusi inisiatif KWSP itu, rakyat Malaysia kini boleh mendapatkan pelan perlindungan premium dengan harga rendah demi kesejahteraan jangka panjang.
“Ini merupakan satu titik tolak yang penting bagi melindungi rakyat Malaysia serta keluarga masing-masing daripada risiko kematian, kehilangan upaya secara menyeluruh dan penyakit kronik.
“Pelan-pelan tersebut dapat menggantian pendapatan atau simpanan tambahan sekiranya ahli menghadapi sebarang musibah.
“Yang paling penting, perlindungan ini boleh diperolehi dengan sumbangan premium yang berjumlah hanya beberapa ringgit sebulan, menerusi syarikat-syarikat insurans serta pengendali takaful yang disediakan di atas platform KWSP,” katanya.
Sumber : Kosmo, Astro Awani, KWSP
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!
Baca Ini Juga :“Mahu Lihat Anak Jadi Doktor…” Lisa Selesa Tak Libatkan Anak Dalam Dunia Seni!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Ustazah Ini Ceritakan Detik Cemas Diserang Perompak. Begini Caranya Bila Hadapi Situasi Genting Ini, Memang Mendebarkan!

Sesungguhnya setiap yang berlaku ada rahmat disebaliknya. Anggaplah setiap ujian yang dihadapi dalam kehidupan dan cabaran adalah ujian buat kita. Sebagaimana yang dihadapi oleh seorang ustazah ini yang berdepan detik mencemaskan apabila keretanya diserang dan dikejar oleh perompak ketika menuju ke tempat ceramah.
Mujur gerak hati untuk mengunci semua pintu kereta menyelamatkannya daripada menjadi mangsa rompakan.
Beliau yang masih trauma dengan kejadian pada sabtu malam lalu, turut berkongsi tip apabila menghadapi saat-saat kecemasan ini. Ikuti perkongsian Ustazah Asma Harun yang menceritakan kisah benar yang dialaminya sendiri ketika diserang dan dikejar perompak. Moga perkongsian ini menjadi iktibar buat kita supaya berhati-hati dalam apa jua keadaan.
DISERANG DAN DIKEJAR PEROMPAK
Malam tadi, ia benar-benar berlaku ke atas saya, tidak pernah terfikir dan terbayang.
لا حول ولا قوة الا بالله
Tiada Daya dan Upaya. Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah sebaik-baik pelindung.
Lokasi kuliyah daripada rumah tak jauh, dalam 5km shj. lebih kurang jam 8.20mlm, dan memang ketika memandu malam tadi beberapa kali saya tekan lock semua pintu, lebih daripada biasa, Allah dah beri rasa tu.
Melalui satu selekoh biasa, sekilas pandang ada perasan sebuah motor dan pemandu di atasnya tepi jalan. Mungkin dari situ saya diekori. Sampai penghujung jalan saya perlu menunggu sebuah kereta dihadapan untuk membelok ke kanan. Jalan ni memang sibuk dan memakan masa untuk dapat membelok.
Allahu Akbar. Seorang lelaki badan tegap bertopi keledar gelap berdiri disebelah pintu penumpang sebelah kiri menarik-narik pintu. Dia turun daripada motor. Saya tak nampak samada seorang atau berdua. Tiba-tiba ada kereta di belakang dan dia cepat-cepat kembali ke motornya.
Ketika itu hanya rasa takut dan kaku. Mengambil masa yang lama untuk membelok ke kanan walaupun ada ruang. Akhirnya pedal minyak ditekan perlahan menuju lokasi dalam keadaan rasa yakin tidak diekori. Saya parking belakang sekali pada deretan kereta. Saya tak perasan suasana sunyi di situ. Itu satu kesilapan besar apabila kita dah menjadi target. Sepatutnya saya ke kawasan ramai orang atau ke balai polis berdekatan.
Saya kaku dan membatu, cuba tenangkan diri. Syukurnya saya tidak terus keluar. Tiba-tiba, ya Allah.. Saya nampak kelibat yang sama daripada belakang menerusi cermin depan sedang menuju ke arah kereta. Saya terus menekan hon sekuat hati, namun dia dengan laju datang dan menghempas kuat batang besi yang agak besar pada tingkap sebelah kiri.
Ketika itu, dengan sisa tenang dan kekuatan yang ada saya reverse, untuk mengambil ruang agar tidak melanggar kereta depan yang saya parking agak rapat. Terus minyak ditekan laju dan masuk mengejut ke kawasan kuliyah.
Syukur saya tidak melanggar sesiapa. Pandangan masa tu memang kabur. Gelap rasa semuanya. Rasa nak pitam dan adrenaline memang tahap maksimum. Ramai yang keluar untuk melihat apa yang berlaku kerana mendengar kuatnya dentuman pukulan ke arah cermin kereta. Allahu Akbar, cermin tu sedikitpun tidak pecah atau retak.
Allah.. Allah.. Allah.. Itu sahaja kalimah yang mampu keluar. Allah ya Hafiz ya Muhaimin. Dialah sebaik-baik yang menjaga dan memelihara kita. Kita sangat lemah dan tidak berdaya sedikitpun.
Sebenarnya sangat jarang saya keluar malam seorang diri, biasanya suami akan hantar dan jemput daripada lokasi kuliyah/ceramah. Namun malam tadi suami di Terengganu, balik emergency dan saya tetap perlu hadir jemputan yang dah lama diatur. Saya percaya ramai wanita perlu melalui keadaan seperti ini lagi2 yang tinggal berjauhan dengan suami. Moga Allah sentiasa melindungi kalian.
Nasihat dan beberapa tips
1. Wanita yang memandu seorang diri memang menjadi sasaran utama penjenayah, jangan sesekali rasa selesa kerana sudah biasa. Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Samada siang atau malam. Contohnya suri rumah yang hantar anak-anak ke sekolah, kerana anda mungkin akan pulang seorang diri, tak mustahil ada yang memerhati dan mengekori sehingga anda turun daripada kereta untuk diserang hendap.
2. Sebaik sahaja masuk kereta terus lock semua pintu. Walaupun jalan biasa atau lokasi yang dituju sangat dekat. Lock sahaja, ia percuma. Tapi mampu menyelamatkan nyawa dan harta.
3. Elakkan meletakkan handbag atau seumpamanya di tempat yang mudah dilihat terutamanya seat sebelah, namun handphone pastikan diletakkn di tempat yang mudah dicapai.
4. Jika diserang seperti saya di atas, bunyikan hon sekuatnya agak membantu, walaupun penyerang tidak lari tapi sekurangnya dia mula panic kerana kita menunjukkan tindakbalas. Memang selama ni saya set dalam kepala jika berlaku situasi begini saya akan tekan hon sekuatnya.
5. Ketenangan dan sedikit keberanian sangat penting. Ketakutan melampau, kelam kabut dan panic akan memberi kemenangan awal kepada penyerang. Saya mungkin sahaja tekan minyak dan melanggar kuat kereta depan, atau hanya menjerit ketakutan. Disinilah saya sedar betapa penting kita memberi bayangan awal kepada fikiran kita, jika berlaku begini akan buat begini. Dan saya memang kuat buat khayalan.
6. Jika anda dilanggar daripada mana-mana arah, jangan terlalu cepat turun daripada kereta untuk melihat kerosakan. Lagi pula jika tempat tersebut agak sunyi. Pelanggaran tersebut mungkin dirancang.
7. Bila sampai di lokasi atau di rumah jangan terus turun daripada kereta, contohnya untuk membuka pintu pagar dll. Pastikan semuanya selamat dan tiada sesiapa yang mengekori.
8. Ini sangat penting dan yang paling utama. Hakikatnya Allah ya Hafiz ya Muhaimin Yang Maha Menjaga dan Maha Mengawasi kita setiap saat. Bukan kecanggihan kereta atau keberanian kita bertindak. Maka jangan sesekali lupa untuk memulakan perjalanan dengan doa,
سُبْحَانَ الَّذِيْ سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ. وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ
Maksudnya, “Segala Puji dan Maha Suci bagi Allah, yang memudahkan (kenderaan) ini untuk kami, padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya. Dan sesungguhnya kami akan kepada Tuhan kamilah kami akan kembali (di hari Kiamat).
Surah Az-Zukhruf, Ayat 13-14
Tambahkan dengan zikir.. يا حافظ يا مهيمن
Ya Allah Yang Maha Menjaga dan Maha Mengawasi, jaga dan awasilah perjalananku daripada awal hingga pulang kembali dalam kesejahteraanmu ya Salaam.
Ingat dan berharaplah kepada Allah سبحانه وتعالى semoga perjalanan kita selamat.
مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۗ وَمَن يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ يَہۡدِ قَلۡبَهُ ۥۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, maka Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
(Surah al-Taghabun 64: Ayat ke-11)
Saya masih lagi terasa kesan trauma hingga saat ini. Tadi ada bawa kereta di siang hari. Bila ada motor yang nak melalui atau berhenti ketika di lampu isyarat. Debaran tu memang tak boleh dikawal.
Catatan pengalaman,
Silakan share sebagai pengajaran dan panduan,
Asma’ binti Harun.
27 Januari 2019
Kejadian berlaku 26 Jan 2019 jam 8.25mlm.
“Dah Dapat Menantu, Anak Cantik. Ayahnya Maintain Muda.” Wajah Naszeli Ngasri Ketika Majlis Akad Nikah Anak Raih Perhatian!

Awal tahun 90-an, pelakon ini antara yang menghiasi drama tanah air bersama adik-beradiknya.
Kalau si adik Bell Ngasri sehingga kini masih meneruskan karier dalam lakonan, namun berbeza abag sulungnya yang sudah lama tidak muncul.
Naszeli Ngasri yang merupakan abang kepada Bell Ngasri, Darling Ngasri dan juga Datin Anne Ngasri cukup diminati suatu ketika dahulu.
Lama tidak mendengar khabar berita, siapa sangka, Naszeli sudah punya anak besar remaja dan terbaru, dia baru menerima menantu sulung selepas anak perempuannya, Inas Sofea melangsungkan perkahwinan.
Berita tersebut dimuat naik oleh Naszeli sendiri menerusi laman instagramnya. Perkongsian awal Januari lalu itu diambil ketika mereka dalam perjalanan ke majlis akad nikah anaknya.
Beberapa minit sebelum dpt title pakmentua, dan sebelum sejarah tercipta, anakanda @inassofea menjadi isteri
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah wajah Naszeli yang nampak maintain muda seolah-olah tak dimamah usia walaupun anaknya sudah besar dan kini bergelar isteri orang.
