
Tanaman dan pokok-pokok yang kita tanam jika hidup subur buat kita rasa senang hati. Malah berbakti kepada tanah ini memang meninggalkan kepuasan yang berbeza bagi yang menanamnya.
Itu jika tanaman kita subur dan segar. Macam mana pula jika kesemuanya habis diserang serangga perosak? Memang geram melihatkan tanaman mahupun pokok bunga-bungaan kesayangan yang dijaga sempurna rosak dek dikerjakan serangga perosak.
Namun siapa sangka campuran empat bahan ini iaitu bawang putih, cili padi, minyak masak dan sabun mampu menjadi racun pada serangga ini.
Paling best tak hanya serangga tapi juga boleh jadikan semburan untuk kucing dan tikus yang suka meninggalkan najisnya di satu-satu kawasan. Dua haiwan ni pasti takut nak ‘membuang’ di situ lagi. Jom cuba petua ni.
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi.
1 cawan air
1 sudu minyak masak
1 sudu serbuk sabun pencuci
Botol ‘Spray’Caranya:
1. Tumbuk bawang putih dan cili padi.
2. Bancuh bahan yang telah ditumbuk dengan 1 cawan air kemudian tapis.
3. Tambah air dan jadikan 1 liter cairan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol semburan.
4. Setelah itu, masukkan minyak masak dan serbuk sabun pencuci.
5. Goncang bancuhan tadi hingga larut dan semburkan pada pokok, pada waktu pagi atau petang. Seminggu sekali atau
mengikut suka.
Selamat mencuba!
Sumber: Kebun bandar
“Sedap & Unik Nama, Jibril Yang Tersenyum.” Wawa Zainal Dedah Wajah Anak Hari Ke 11 Pantang, Rupanya Ini Maksud Nama Dipilih!

Usai 11 hari melahirkan anak keempat, pelakon dan Usahawan cantik manis Wawa Zainal berkongsi wajah anaknya.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya bersama dua keping gambar mereka sekeluarga. Turut berbuat demikian adalah suaminya, Aeril Zafril.
Perkongsian tersebut dimuatnaik sekaligus meraikan bayi keempat mereka dalam majlis cukur jambul yang diadakan Di kediaman pasangan ini.
Majlis bertemakan rona putih itu tampak sederhana namun meriah. Rata-rata Warganet memuji keluarga bahagia ini, bahkan Wawa yang masih berpantang tetap tampak anggun dan cantik.
Dalam masa yang sama, pasangan ini mendedahkan nama bayi lelaki mereka iaitu Jibril Ibtisam. Cukup sedap dan indah nama yang dipilih.
Menerusi komen,ada yang memberitahu makna nama tersebut adalah Jibril Yang Tersenyum (Ibtisam).
Film 99 Kali Rindu namanya Ahmad Fakhrudin Attar(anak pertama Attar) , dan yg ini Jibril (anak ke 4 Jibril pula namanya). Smga semua anak2 nya jdi anak yg soleh soleha. Aamin
Sumber: w4w4_zainal
ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!
ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Tanah Hakmilik Sementara, Tidak Boleh Lagi Dibuat Pecah Bahagian…”Peguam Ni Jelaskan Sila Take Note!

Mempunyai sebidang tanah begitu bernilai untuk anak cucu kita warisi. Bahkan tidak dinafikan dengan adanya tanah tersebut menjadi aset yang menguntungkan, memandangkan nilai pasaran tanah sentiasa meningkat dari masa ke semasa.
Pun begitu, ada juga yang berasa keliru dengan status gran tanah yang dipegang. Lebih-lebih lagi bila tertera ‘HAKMILIK SEMENTARA’.
“ALAMAK, KAT TITLE SAYA TULIS “HAKMILIK SEMENTARA” LAA MAKSUDNYA APAA? RISAU LAA.. ”
Jangan terkejut atau keliru apabila kita lihat pelbagai jenis hakmilik pada geran/title. Sebenarnya perbezaan nama ni berlaku kerana terdapatnya kaitan dengan jenis pegangan, dan proses ukuran dari Jabatan Ukur. Namun hari ini mari lihat khusus pada Hakmilik Sementara.
Untuk itu, jom baca penjelasan daripada peguam ini berkenaan geran yang status Hakmilik Sementara ini.
BELUM DIUKUR OLEH JABATAN UKUR
Kenapa ianya dipanggil Hakmilik Sementara? Jawapan mudahnya adalah kerana tanah itu belum melalui proses ukuran akhir atau ukuran muktamad daripada Jabatan Ukur.
Selepas melalui proses ukuran akhir, ianya akan dipanggil Hakmilik akhir. Tujuan ukuran akhir ini pula adalah untuk mendapatkan ukuran muktamad keluasan satu-satu hartanah berkenaan. Dan sekiranya terdapat perbezaan ukuran, mungkin akan menyebabkan pengurangan atau penambahan kepada cukai tanah tersebut.
MENGENALI HAKMILIK SEMENTARA
Cara paling senang untuk identify hakmilik sementara adalah sudah tentu dengan lihat tajuk besar dalam geran, akan ditulis ‘Hakmilik Sementara’.
Untuk lagi pasti, Hakmilik Sementara ini, Nombor geran akan bermula dengan HS (M) atau HS (D).
Namun untuk urusan jualbeli, bagaimana effect dia?
ADA MASALAH KE JUAL/BELI HARTANAH HAKMILIK SEMENTARA?
Tiada masalah.. Seperti dah diterangkan di atas, Hakmilik Sementara tetap dikira sebagai geran, cuma belum diukur akhir.
Jadi tiada masalah untuk membeli hartanah berstatus hakmilik sementara ini.
Namun important to note, Hakmilik Sementara ini tidak boleh lagi dibuat pecah bahagian atau pecah sempadan. Ini hanya boleh dibuat selepas dapat hakmilik akhir ke atas tanah tersebut.
Semoga dapat membantu melegakan sebarang kekeliruan kepada semua yang membaca.
Sekian
Sumber : Syaz.MJ
Peguam Hartanah Anda
ARTIKEL MENARIK: Berkerja Sendiri Pun Masih Mampu Beli Rumah Seawal Usia. Triknya Buat Begini Dengan Guna Akaun Bisnes!
LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Gara-gara Nak Khatankan Anak, Ibu Bapa Ni Terpaksa Menanggung Kos RM30K!

Berkhitan, bersunat, ‘masuk jawi’ itu antara kata nama lain yang merujuk kepada khatan dan lazimnya kebanyakan prosedur khatan kerap dilakukan pada musim cuti sekolah.
Lantaran itu bagi anak lelaki musim cuti sekolah membawa dua kemungkinan sama ada akan melalui musim cuti yang menyeronokkan tanpa perlu mengulang kaji pelajaran atau berasa gusar dan mungkin ada yang takut untuk berkhatan.
Bercerita tentang berkhatan ini, pastinya setiap antara anak-anak dan ibu bapa punya pengalaman yang tersendiri. Ada suka dan dukanya yang tersendiri.
Ini seperti mana yang dikongsikan Puan Nor berkenaan insiden yang tidak diingini telah menimpa anaknya. Diharapkan perkongsian ini dapat membuatkan ibu bapa di luar sana lebih berhati-hati dan jadikan iktibar.
Ini perkongsiannya.
Saya nak kongsikan pengalaman anak saya berkhatan supaya ibu bapa boleh ambil iktibar.
Bulan 12/2021, suami saya daftarkan anak berkhatan di sebuah klinik di Seri kembangan. Memandangkan tahun depan anak sudah pun memasuki 7 tahun jadi saya bersetuju.
Kami pergi ke klinik tapi difahamkan yang sunatkan anak saya adalah tok mudim. Kami agak sangsi pada mulanya sebab kami sangkakan doktor yang akan mengkhatankan anak saya. Tetapi setelah diberitahu tok mudim adalah bekas MA di sebuah hospital kerajaan kami pun setuju. Kaedah khatan yang digunakan adalah menggunakan laser.
Selesai berkhatan tok mudim cuma beritahu jangan mandi dan jangan kena air selama 2 hari.Tok mudim kata tidak perlu balut supaya luka cepat kering.
4 Hari Merengek Sakit
Klinik ada bekalkan krim sapu dan ubat tahan sakit. Hari pertama anak merengek sakit, tapi apabila diberi ubat tahan sakit anak tertidur. Keadaan yang sama berlarutan sehinggalah hari ke 4. Anak menangis tak henti- henti sehingga tangan dan kakinya menggigil. Gigi di ketap.
Saya dan suami ambil keputusan untuk bawa anak ke klinik. Tapi doktor yang bertugas pada malam itu mengatakan keadaan anak dah teruk. Alat sulit sudah mula dijangkiti kuman. Doktor di klinik buat surat supaya kami rujuk ke hospital segera.
Kos Rawatan Cecah RM30K
Malam tu kami pergi 2 buah hospital. Hospital ke 3 baru ada doktor pakar yang boleh merawat. Anak terpaksa warded sehingga 5 hari dan doktor pakar sedaya upaya cuba untuk menyelamatkan walaupun pada mulanya doktor pakar kata sudah tiada harapan sebab alat sulit sudah lebam dan hitam. Jumlah bill hospital dan semua kos kami terpaksa dibayar sehingga kini lebih RM30,000.00.
Dan anak masih lagi trauma bila lalu di klinik tersebut. Tiap-tiap malam meracau seperti trauma. Bahkan hingga ke hari ini kami perlu membawa anak ke hospital sekali setiap bulan untuk melihat pantau keadaannya.
Saya harap para ibu bapa di luar sana, lebih berhati-hati dan sentiasalah bertanya dengan lebih detail untuk ambil maklum sebelum buat keputusan untuk khatankan anak kerana ini melibatkan masa depan anak-anak kita.
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!
Baca Ini Juga :“Mahu Lihat Anak Jadi Doktor…” Lisa Selesa Tak Libatkan Anak Dalam Dunia Seni!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club