Berita

Calon SPM Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah, Sepatutnya Duduki Ujian Bertutur

Share

Calon SPM maut dalam perjalanan ke sekolah, sepatutnya duduki ujian bertutur. Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut dalam perjalanan ke sekolah untuk menduduki ujian bertutur Bahasa Melayu hari ini.

Calon SPM Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum melanggar tembok batu di Jalan Kilang Berapi, Merlimau, Jasin, Melaka. Kejadian itu berlaku ketika remaja itu dalam perjalanan ke sekolah.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata dalam kemalangan kira-kira 7.30 pagi itu, Adib Irfan Mohd Nizam, 17, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan.

Foto: BERNAMA

Sepatutnya Duduki Ujian Bertutur

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal Yamaha LC 135 yang ditunggang mangsa dari arah Umbai menghala ke SMK Dang Anum terbabas dan mangsa dikatakan gagal mengawal kenderaan itu sebelum melanggar tembok batu di bahu jalan di Jalan Kilang Berapi.

“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah pada badan dan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: BERNAMA

Baca artikel lain juga: Keluarga Rayu Kembalikan Telefon Bimbit, Suami Meninggal Kemalangan. 7 Tahun Tunggu Zuriat!

Nahas Pelajar UiTM Dungun, Muhammad Ammar Danish Sebak Ingat Kenangan Manis Bersama Rakan

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my