Berdepan dengan masalah berat badan, bila sekali naik memang perlukan usaha untuk turunkannya dan diakui bukan kerja mudah.
Hal ini turut dikongsikan Dr Hamid Arsat untuk dijadikan panduan untuk yang ingin turunkan berat badan.Jom semak.
BERAT BADAN MACAM HARGA BARANG. BILA SUDAH NAIK MEMANG SUKAR NAK TURUN.
Tapi jangan putus asa dan lemah semangat. Kuatkan azam, cakap pada diri ” saya boleh kurus” kuasa minda ke atas jisim.
1. Makan bila lapar, berhenti makan bila rasa kenyang.
2. Kunyah makanan lama dan berkali-kali sebelum telan.
3. Baca Bismillah dan mulakan makan dengan buah-buah.
4. Kurangkan karbohaidret – nasi, mee, roti, gula, kuih muih, junk foods, teh tarik dan lain-lain. Lebihkan sayur-sayur dan lauk.
5. Sarapan yang lengkap dan sempurna, tengah hari makan ringan , makan malam sebelum magrib.
6. Minum teh O , teh hijau, kurangkan gula dalam minuman.
7. Amalkan exercise 30 minit, jalan kaki, jogging, naik basikal . Saya buat gardening, tanam pokok buah-buah (malang pokok mangga saya mandul, ha, ha, ha, pil subur tak jalan) dan sayur, jadi petani bandar.
8. Kuatkan disiplin dan prinsip hidup sihat dan sejahtera ikuti lunas-lunas islam.
Insyaallah anda akan berjaya.
sumber : Dr Hamid Arshat
Jus Tambah Tenaga Atasi Lenguh-Lenguh Badan, Isteri Kena Selalu Amalkan Minuman Ini!
Seharian bekerja ditambah pula dengan waktu malam yang terpaksa menguruskan anak dan rumahtangga buat wanita tidak dapat merehatkan tubuh dengan sebaiknya.
Waktu hujung minggu juga bukanlah waktu cuti bagi wanita kerana waktu inilah tenaga digunakan lebih banyak lagi bagi menjaga anak-anak dan menguruskan seluruh rumah tangga. Adakalanya hampir lembik dibuatnya.
Bagi ibu-ibu di luar sana, Rossa Dyla Mahmud menerusi laman facebooknya berkongsi petua yang cukup mudah dalam memastikan kesihatan terpelihara. Malah jus tenaga yang dapat mengatasi masalah lenguh badan.
Jus air rebusan ini paling elok diamalkan setiap kali selepas datang bulan. Bahan yang digunakan juga cukup mudah dan ada di dapur anda. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 batang serai
2 helai daun pandan
Gula batu atau madu secukup rasa
3 cawan air
JIKA PERLU
1. Daun Sireh ( 2 helai ) jika anda mengalami masalah keputihan.
2. Buah Manjakani ( 1biji ) untuk merapatkan “Miss V”. (Tidak sesuai untuk anak dara)
CARA MEMBUAT:
1. Basuh bahan dan reneh semua bahan-bahan diatas sehingga menjadi 1 cawan air sahaja.
2. Setelah air kering dan menjadi 1 cawan tutup api serta minum ketika masih suam (tanpa perlu dikisar)
Antara Kelebihannya:
1. Membersihkan rahim selepas datang bulan.
2. Mengeluarkan angin dalam badan.
3. Anti kanser
4. Memecahkan lemak-lemak.
5. Mengurangkan masalah bau badan
6. Mengatasi masalah kemaluan berbau.
TIP EKSTRA:
1. Awas,minum SEBULAN SEKALI SAHAJA selepas datang bulan.
2. Boleh diminum oleh anak dara mahupun yang telah berkahwin.
3. Boleh diamalkan jika mengalami period yang tidak teratur
4. Bagi Ibu menyusu, ia mengikut kesesuaian bayi.
5. Tidak sesuai untuk IBU MENGANDUNG.
Rupanya Ada Cara Bagi Makan Ubat Yang Betul. Ibu Ni Kongsi Info Yang Diajar Doktor Padanya!
Lazimnya apa yang biasa kita buat, kita anggap itu adalah cara yang betul. Ini sebagaimana dalam hal memberi anak-anak makan ubat.
Kurangnya pencerahan tentang ini, itu yang menyebabkan cara kita tidak betul sebagaimana saranan doktor. Jadi, di sini dikongsikan cara yang sepatutnya dilakukan. Jom semak.
Rupanya Ni Cara Betul Bagi Ubat Cair Kat Anak.30 Tahun Hidup. Ni Baru Tahu!
Sumpah selama ni tengku tak tahu. Tengku dan suami bagi ubat dekat anak macam orang lain bagi jugak. Ambik picagari tu cucuk dalam botol ubat. Tarik. Suap kat anak. Lepas tu cucuk balik dalam botol lain. Rupanya salah.
Sampailah one day anak bongsu kami demam, batuk plus selsema. So bawak ke klinik swasta dekat bandar Dungun ni.
Masuk dalam bilik doktor. Tengku cakap anak kami no 2 ni senang sangat sakit. Selalu demam, batuk dan selsema. Tak macam si abang.
Bila doktor check katanya paru-paru Rifky ‘basah’. Memang masa tu die bernafas bunyi macam kahak dalam. Macam asma pun ade. Then doktor terangkan kenapa jadi camtu. Die cakap sebab susukan anak sambil tido. Bila anak sendawa dalam posisi baring. Susu automatik akan masuk dlm paru-paru die. Benda ni memang susah nak elak. Masalah ni akan jadi berulang-ulang sampailah anak dah besar dan pandai makan minum sendiri sambil main. Means dah bercerai susu.
Oohhhh…maka terhangguk-hangguklah kepala kami. Baru aku tahu. Rase macam kurang ilmu lak mase tu.
Lepas tu tetiba doktor tu tanya. “Biase bagi ubat kat anak macam mana?” Suami tengku dah buat muncung panjang hala ke tengku. Sebab bab suap ubat kat anak memang keje tengku.
“Suap macam biase la doktor. Pakai cucuk ubat tu. Celup tarik”. Doktor tu senyum. “Salah tu…..”
Macam ni caranya. Doktor terangkan kat kami satu-persatu. Lagi sekali ooooo…baru aku tahu.
Korang nak tahu caranya? Follow gambar ok. Senang je. Korang perasan tak selama ni ubat cair biasanya ade penutup transparent kat atas die tu. Penutup tu ade gunanya. Bukan hiasan tau.
Ini cara yang doktor tu ajar ye. Setiap kali nak ambik ubat. Tuang ubat masuk dalam penutup tu dulu. Sikit-sikit atau boleh ikut nombor kat penutup tu. Lepas tu baru tarik pakai picagari.
Step 1:
Step 2 :
Kalau ade yang lebih WAJIB BUANG. Jangan masukkan balik dalam botol. Dan jangan sesekali main CELUP-CELUP PICAGARI dalam botol ubat.
Contoh: celup dlm botol ubat pertama. Bagi anak. Lepas tu guna picagari yang sama tanpa basuh bersih, celup lagi botol ubat kedua.
Ni lebih kepada step untuk kebersihanlah. Kalau anak dah besar boleh bagi dalam penutup tu terus. Macam Rifky kecik lagi. Jadi tengku pakai picagari. Nanti dah pakai basuh bersih.
Doktor tu kata once u celup-celup macam tu. Ubat tu dah takde fungsi dalam badan anak. Zero. Manfaat ubat tu dah hilang. Ibarat macam bagi air gula jelah kat anak. Yang mana you dah celup tu balik nanti buang. Simpan ubat baru ni. Ubat klinik i ni kalau u buat macam i ajar tadi. Boleh tahan 9 bulan dalam peti. 9 bulan luar peti. Kecuali antibiotiklah. Sebab yang tu tempoh singkat.
Maknanya kalau nak pakai picagari pun boleh. Tapi kalau 3 ubat. Sediakan 3 picagari. 1 ubat 1 picagari. Baru tak bercampur. Kalau nak pakai 1 picagari maksure basuh bersih sebelum celup.
Memang terkejut. Anak dah 2 baru tahu. Adoi. Tapi takpelah. Baik lewat dari tak tahu langsung kan. Alhamdulillah ilmu baru. Malam tu buat misi clearkan ubat cair anak dalam peti yang dah berzaman tu. Cehhh..takde manfaat rupanya. Buat semak je.
Tengku tak sure maybe orang lain akan bagi pendapat berbeza. Ini ilmu yg kami dapat beberapa minggu lepas.
So sekarang dah tahu kan? Tepuk dahi ke idok??sesamalah kite ye. Tunggu ape lagi. Yang mana ubat dah berpuluh kali celup dalam peti korang tu boleh ler buang. Kesian kat anak.
P/s : please..sebelum komen baca dulu sampai betul2 faham. Jangan sensitif sangat. Point kat sini ialah tengku share cara yang seorang doktor berpengalaman kongsi dengan tengku. Jadi kalau korang lebih suka cara lain silakan.
Nak celup pakai picagari je. Lepas tu basuh bersih then celup lagi. BOLEH.
Nak tuang dalam penutup tu lepas tu bagi macam tu je. Tak payah pakai picagari. BOLEH.
Nak pakai 1 ubat 1 picagari. BOLEH.
Terpulang…..asalkan ubat tak bercampur dgn benda asing.
Gambar ubat antibiotik tu contoh sahaja. Sebab gambar tu je yang sempat ambik. Diulangi CONTOH.
Kalau tak letak gambar nanti ade yang tak faham. Take note ye. Ubat antibiotik kena habiskan. Jadi boleh ambik pakai picagari terus. Sebab nak elakkan dari membazir. Nanti tak berkesan kat anak.
Pasal jangka hayat ubat tu. Itu yang doktor tu bagitau. Ade yang cakap tak betul. Wallahhua’lam. Mungkin lain pengeluar dan jenis ubat lain tempoh hayatnye. Boleh refer mereka yang pakar.
Wallahhua’lam. Apa-apa pun terima kasih sudi share post ni. Terase macam nak delate bila ade ‘bijak pandai’ yang hentam. Tapi bila ramai yang berterima kasih sebab kongsi ilmu terasa sejuk perut ni. Macam ade ais batu.
Semoga pahala pengalir kepada doktor yang baik hati itu. Amin..
Sumber : Faezah Ismail
Air Nabeez Cara Singkir Toksin Dari Tubuh, Sesuai Amalkan Ketika Bulan Ramadan
Air Nabeez banyak khasiat dan manfaatnya, salah satunya ialah membuatkan perut rasa kenyang lebih lama terutama ketika waktu berpuasa. Air minuman Nabeez bukanlah resipi baru. Bagaimanapun masih ramai yang belum mengamalkan air sunnah Nabi Muhammad SAW ini.
Air Nabeez Cara Singkir Toksin Dari Tubuh
Kebiasaannya, air Nabeez cukup popular semasa bulan Ramadan. Ramai yang akan buat air nabeez ini untuk sahur. Rasa air bergantung pada kurma yang kita gunakan. Kalau kurma itu manis, manislah airnya. Boleh saja guna apa-apa jenis kurma pun. Khasiatnya tetap sama.
Riwayat daripada Imam Muslim, Aisyah berkata;
“Kami biasa membuat perahan untuk Rasullulah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di petang hari, atau membuat rendaman di petang hari dan meminumnya di pagi hari.” (H.R Muslim).
Pastinya ada banyak lagi kurma lebihan bulan puasa lalu jadi gunakan sebaiknya untuk membuat air nabeez ini.
Sesuai Amalkan Ketika Bulan Ramadan
Cara membuat air nabeez:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil contoh tiga biji. Buang bijik lalu cari-carikkan isi kurma.
2. Sediakan air masak anggaran 500ml – 1 liter.
3. Rendam isi kurma dalam air tadi malam sebelum tidur. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air, jangan dibiarkan terbuka.
4. Bangun keesokan hari, minumlah air ini.
Kelebihan air nabeez:
*Selain membantu perut tahan lapar dan dahaga, kandungan dalam kurma ini juga membantu untuk menyingkirkan toksin dari tubuh.
*Ia juga sangat berguna sebagai detox untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan.
*Selain itu disebabkan air nabeez tinggi dengan khasiat serat, ini mampu membantu proses pencernaan dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar tidak mudah lupa.
Info
*Air nabeez ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan. Amalkan minum sewaktu masa perut kosong.
*Kurma yang paling baik digunakan untuk membuat air nabeez ialah kurma ajwa.
*Sebaiknya buat air ini untuk sekali minum. Jangan simpan lama atau lebih 3 hari kerana ia akan jadi masam dan tak boleh diminum.
*Selain daripada kurma, boleh juga menggunakan kismis untuk membuat air nabeez.
Sumber foto: Facebook Nerda Ayu & Facebook Kayumanisceylon