Biarpun dilahirkan serba kekurangan kerana tidak boleh melihat sejak kecil lagi, namun Tuhan si cilik ini ‘celik’ hatinya kerana mampu menghafaz hampir semua surah dalam Al-Quran.
Ahmad Aqeel Faiz Mohammad Noor, 7, anak istimewa yang buta kedua belah matanya juga memiliki masalah ‘Mild Autisme’ ketika berumur setahun setengah.
Tidak sempurna dari segi penglihatan, namun Aqeel nampak seperti kanak-kanak biasa yang lain. Malah dia kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Presint 18, Putrajaya di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bagi pendidikan kanak-kanak kurang upaya penglihatan.
Alhamdulillah, Aqeel ‘disuluh’ Al-Quran. Menurut ibunya, Nur Izzah Mohamad Kamil, 36, ketika Aqeel berumur setahun, perkembangannya agak lambat dan suka menghantukkan kepala di lantai.
Malah, dia juga dikatakan sering menangis tanpa diketahui punca ketika berusia setahun. Setelah beberapa bacaan dilakukan barulah mereka sedar bahawa Aqeel mempunyai ciri-ciri penyakit Autisme.
Ads
Untuk mengesahkan perkara itu, mereka turut membawa Aqeel ke pakar psikiatrik dan doktor mengatakan bahawa kanak-kanak tersebut menghidap penyakit ‘Mild Autisme’.
Nur Izzah mengatakan bahawa, “Aqeel dulu ada masalah tak tidur malam sebab dia tidak dapat bezakan waktu siang dan malam. Nak bagi dia tidak merayap keluar dari bilik memang kami pasang ayat suci al-Quran setiap masa dalam bilik dia. Kalau dia tak dapat tidur, dia akan dengar al-Quran sepanjang malam hingga pagi.
Ketika mengandungkan Aqeel, ibunya sering mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran sehinggalah kanak-kanak itu besar. Surah berkenaan dipasang melalui YouTube, radio dan TV.
Ads
“Lagipun Aqeel ada Autisme, jadi kalau dia ‘tantrum ’ (meragam) memang saya pasangkan al-Quran sebagai terapi untuk dia,” tambahnya.
Ayat suci Al-Quran juga dikatakan telah sebati dalam diri Aqeel ketika dalam rahim lagi.
Kekurangan Aqeel sebenarnya membuktikan bahawa dia mempunyai ‘kelebihan’ yang jarang dimiliki orang lain.
Ads
Aqeel yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu dikatakan lebih hebat daripada adik-beradiknya yang lain dalam menghafaz surah dalam Al-Quran. Menurut ibunya, Aqeel menghafaz surah Al-Baqarah, Al-Imran, An-Nisa, dan Yassin.
Ayah Aqeel, Faiz Mohammad Noor Kamaruzaman, 36, pernah meminta Aqeel menyambung ayat yang dibacanya dan Aqeel berjaya melengkapkan surah yang dibaca oleh ayahnya itu. Bukan setakat itu sahaja, Aqeel juga boleh meneka surah apa yang dibaca oleh ibu bapanya walaupun tanpa penglihatan.
Aqeel turut dihantar ke sekolah, terapi dan kelas fardu ain untuk persiapan dirinya di masa hadapan. Semoga Aqeel dapat bertanding dalam tilawah Al-Quran suatu hari nanti. Semoga cita-cita dan impian Aqeel tercapai suatu hari nanti.
Bagai pinang di belah dua, itu yang boleh diungkapkan pada pasangan sama cantik sama padan ini.
Biarpun perbezaan usia 10 tahun antara mereka, namun jodoh menyatukan pasangan Elly Mazlein dan suaminya Mohammad Azlan Che Noh.
Pasangan ini diijabkabulkan semalam dalam satu majlis sederhana namun meriah. Pasangan ini berbalas hantaran di mana pihak lelaki menyerahkan lima dulang dan dibalas 7 oleh pihak perempuan. Hampir setahun Elly Mazlein merahsiakan identiti suaminya itu sehinggakan ramai tertanya-tanya bagaimana pasangan ini dapat berkenalan. Akhirnya dalam majlis berinai, buat pertama kalinya wajah kesayangan pelakon drama Kampung People ini dimuatnaik menerusi media sosial milik Elly.
Mengulas dakwaan ‘sembunyikan’ bakal suami dari muncul di mana-mana majlis mahupun memuatnaik wajah bakal imamnya di media sosial, ini jawapan Elly Mazlein. Sebenarnya bukan Kak Lina nak menyorok. Tak manis untuk heboh-hebohkan, cukup Kak Lina beritahu peminat. Sebab peminat selalu doakan Kak Lina bertemu jodoh dan Alhamdulillah bertemu jodoh, dan kami pun berkenalan. Cuma Kak Lina nak beritahu ke peminat yang Kak Lina ada someone supaya peminat Kak Lina tak risau sangat. Lagipun cikgu tak biasa. Dia perlukan masa, takkan Kak Lina nak paksa cikgu. Cuma Kak Lina masukkan dalam IG tu untuk beritahu ke peminat yang Kak Lina sedang kenal sekarang ini. Sebab saya sangat berbangga bersuamikan seorang cikgu. Sebab kita semua ini belajar di sekolah dengan cikgu. So, pekerjaan sebagai pendidik tu membuatkan saya bangga berkahwin dengan seorang cikgu.
Ditanya akan keistimewaa Elly, akui Azlan yang cukup mesra dipanggil Papa Awan Nano, dia terpikat kerana kelembutan Elly.
“Kelembutannya buat saya tertarik. Dalam televisyen orang hanya lihat karakter dia berbeza dari sebenar sebab itu saya tak kisah kalau orang nak kata dia gedik ke apa. “Alhamdulilah saya bertuah memilikinya kerana kelembutan yang ada pada dirinya,” katanya selepas diijabkabulkan semalam.
Pasangan mempelai diraikan dengan majlis bertemakan Bagai Bulan Di Pagar Bintang yang telah diadakan di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur malam tadi. Sementara itu, Azlan memberitahu perkenalan mereka bermula di sebuah majlis akikah anak rakannya. Bermula dengan menulis nombor telefon di atas sekeping kertas membawa pasangan ini ke jenjang pelamin.
“Perkenalan kami semasa majlis aqiqah kawan saya. Kebetulan isteri kepada kawan saya itu berkawan dengan Elly Mazlein. Kat situ saya macam kenal dengan wajah Elly Mazlein. Kebetulan saya memang minat dia, disebabkan saya tiada ‘name card’ jadi saya tulis nombor telefon atas kertas kosong dan bagi pada dia. Saya tunggu dengan penuh kesabaran untuk dia mesej saya. Sebenarnya ambil masa juga sebab dia tak mesej. Tetapi saya tak putus asa, saya call kawan saya itu, then kawan saya call Elly. daripada situ start kami mesej dan berhubung. Alhamdullillah, bila dah cakap di telefon macam kita dah kenal lama. Hampir 2-3 jam kita bercakap, dari situ kami mula serius,’ ujar Azlan yang mengakui tidak menghalang Elly untuk meneruskan kerjayanya sebagai pelakon selepas ini. “Kami sudah berbincang dan saya amat memahami dengan kerjayanya sebagai pelakon. “Saya yakin dan percaya dia tahu menjaga batasnya sebagai seorang isteri kepada saya. Malah sebelum ini pun dia sudah mampu menjaga batas dirinya,” katanya lagi.
Pasangan ini merancang untuk mendapatkan zuriat secepat mungkin serta bakal berbulan madu ke London pada Mac ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamalaudin dalam satu kenyataan media hari ini berkata Pemakaian pelitup muka dalam premis kini adalah atas pilihan individu, namun pemilik premis boleh mewajibkan pemakaian kepada pengunjung.
Beliau berkata, keputusan dibuat berdasarkan penilaian situasi semasa Covid-19 serta mengambil kira keperluan semasa.
“Berdasarkan penilaian situasi semasa Covid-19 serta mengambil kira keperluan semasa, pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan.
“Bagaimanapun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai pelitup muka atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan IGBA-MOPI 2022 pada Rabu.
Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan bagi kes positif Covid-19.
Selain itu, katanya, pemakaian juga diwajibkan semasa menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang, bas, van pekerja dan van sekolah serta berada di fasiliti kesihatan.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat menggalakkan pemakaian pelitup muka terus diamalkan terutama apabila berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti pasar malam, stadium, gedung beli-belah dan rumah ibadat.
“Bagi individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema, individu berisiko tinggi seperti warga emas, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung serta melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi,” katanya.
Bermula 1 Mei lalu, KKM mengumumkan kelonggaran pemakaian pelitup muka apabila ia tidak lagi diwajibkan di luar bangunan dan kawasan terbuka, namun pelitup muka masih wajib dipakai apabila berada di dalam bangunan dan pengangkutan awam termasuk e-hailing.
Penguatkuasaan pemakaian pelitup muka adalah berdasarkan peruntukan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Belum reda isu Siakap tapi bukan itu yang kita nak ceritakan di sini. Admin cuma nak kongsikan resipi ikan siakap yang cukup mudah caranya tapi sedap.
Siakap Stim Lemon Thai perkongsian daripada saudara Khairul Hakimin Muhammadtidak menggunakan bahan yang banyak. Semuanya sudah ada di dapur ibu-ibu.
Bagi yang tengah nak diet tu sesuai cuba resipi sihat ni. Ratah macam tu pun dah sedap. Jom cuba buat untuk hidangan seisi keluarga nanti.
Okeh gais kita buat resipi sihat lagi hari ini. Sambil-sambil work from home, kita usahakan yang terbaik buat keluarga okeh. Ok jom.
Siakap Stim Lemon Thai.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap.
2-3 ulas bawang putih dihiris nipis.
1 biji lemon.
1 sudu kecil lada hitam.
1 sudu kecil garam.
Bahan sos:
1 biji tomato.
Sedikit daun ketumbar.
1 ulas bawang besar Holland.
1 sudu besar gula kelapa.
Sedikit asam jawa.
1/4 biji perahan lemon.
Sedikit garam dan gula.
Sedikit cili. Mana suka pedas buhlah cili padi.
Cara-cara:
Hiris-hiris bahagian badan ikan begini.Kemudian salutkan dengan lada hitam dan garam. Dan disetiap hirisan tadi tu, masukkan bawang putih yang dihiris tu. Letak dalam pengukus, perah sebiji lemon di atasnya. Kukus dalam pengukus lah kheeen. Dalam 20-30 minit dah masak dah tu.Untuk sos, campur je semua bahan, siap!Tadaaa!Haa dah masak. Keluarkan dari pengukusBuh sos. Sedaaap! Selamat mencuba!
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...