Busuknya! Malu Dengan Kaki Berbau? Cara Ini Boleh Bantu Untuk Mengatasinya!

Share

“Eiii busuknya! Bau apa ni?!”

Pernah tak sekali seumur hidup hadapi masalah kaki berbau? Walaupun kaki berada di nun jauh di bawah sana, tapi kalau sekali berbau, bukan kita je yang bau tapi orang sebelah pun akan terasa ‘nikmat’ bau tu!

Bila dah tahu kaki berbau, mula la rasa tak senang duduk, rasa rendah diri orang sebelah mungkin akan cakap dalam hati memerli ke, especially kalau duduk dalam tempat yang berhawa dingin dengan ruangan yang terperap. Lagi senang lah baunya merebak!

Selalunya kaki berbau ni kaitkan dengan lelaki, tapi tidak ye! Wanita pun ada juga yang mengalami kaki berbau ni!

Memetik kenyataan kajian yang dijalankan oleh pihak Universiti Pittsburgh Medical Center di Amerika Syarikat, kaki berpeluh salah satu punca menyebabkan masalah kaki berbau.

Kelembapan pada kaki disifatkan mendorong kehadiran bakteria atau bahan kimia semula jadi yang mengeluarkan bau kombinasi ‘keju dan cuka’, ‘sulfur dan keju’ dan ‘kubis busuk serta cuka’.

10 tips yang boleh kembalikan keyakinan diri kau orang!

1) Cuci Daki Kaki
Kaki berdaki adalah medium sesuai untuk bakteria dan kulat hidup. Semasa mandi, pastikan sental daki di kaki, terutamanya di celah jari.

2) Buang Cagu/Kematu
Cagu(cengkam), kematu(callosity) dan kulat air adalah antara sebab kaki berbau. Pastikan kaki anda bebas masalah ini. Kalau ada, jumpa doktor.

3) Potong Kuku Pendek
Kuku jari kaki yang panjang adalah tempat kotoran, daki dan bakteria berkampung(berkumpul). Jadi, pastikan kuku anda sentiasa pendek.

4) Pakai Stokin sesuai
Disarankan guna stokin kapas(cotton) atau bulu bebiri(wool) kerana ia beri pengudaraan dan menyerap peluh lebih baik berbanding nilon.

5) Tukar Stokin Setiap Hari
Stokin menyerap peluh dan menjadi lembap. Peluh itu busuk, dan medium sesuai untuk kulat dan bakteria tumbuh. Euwww!

6) Pakai Kasut Sesuai
Pakai kasut yang tidak ketat dan diperbuat daripada kulit atau kanvas, kerana ia beri pengudaraan yang baik berbanding material lain.

7) Elak Pakai Kasut Sama Setiap Hari
Beli 2 pasang kasut kerja/sekolah. Satu pakai, satu jemur. Selang seli. Kasut lembap galakkan pembiakan bakteria dan kulat. Cuci kasut setiap minggu.

8) Pakai Ubat Anti-Perspiran
Di farmasi, boleh beli sabun, spray, talkum atau rendaman untuk kurangkan perpeluhan di kaki. Spray kasut dengan ubat anti-bakteria dan kulat.

9) Elak Kongsi Stokin atau Kasut
Pelajar di asrama selalu kongsi(baca: rembat) stokin dan kasut kawan. Kalau kawan tu kakinya ada kulat atau bakteria, berkongsi sekalilah. Pakej.

10) Petua Orang Lama
Boleh cuba rendam kaki dalam air garam, air lemon, kopi atau teh, KECUALI jika ada kencing manis atau masalah saraf(kebas/lumpuh) kaki.

Apa lagi? Pergi tag kawan-kawan kau orang yang kaki dia bau semerbak.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Sumber : Sinarplus