Memiliki perkakasan memasak yang canggih tentunya dapat memudahkan urusan ibu di dapur untuk menyediakan pelbagai hidangan. Dan kali ini, seorang ibu ini berkongsi pengalamannya menyediakan kek hari jadi anaknya dengan menyediakan resipi Burnt Cheese Cake yang dimasak menggunakan Air Fryer dan hasil tekstur kek tersebut cukup lembut dan menjadi!
Jadi buat anda yang ingin mencuba resipi istimewa ini dan cukup mudah penyediaannya, di sini dikongsikan untuk manfaat bersama. Jom semak.
“Semalam (100320) sempena bday anak bujang sulung sy yg ke 12, gigih la sy mencari resepi buat burnt cheese cake (fav anak ni) guna airfryer sbb sy xde oven 😅. Jadinya cari pny cari jumpa resepi tu dan tak sangka hasil pertama kali buat tros cantik kejadiannya sampaikan bday boy mkn setgh dr kek tu 😅. Layan kan je laaa
Terima kasih pada si pemberi resepi. Mmg mudah dan sedap. Bwh ni sy sertakan blk resepi sy dan step2 utk buat Burnt Cheesecake Airfryer n
Bahan-bahan:
Cream cheese 250g
Whipping cream 125ml
3 biji telur
1/2 cawan gula pasir halus
Tepung gandum 2sb
Esen vanila 1sk
Perahan lemon 1sb (optional) – saya tak letak pun
Cara penyediaan:
1. Blend kan je semua bahan-bahan tadi satu per satu untuk dapatkan tekstur kek yang menarik. Mixer pun boleh je guna, tapi sebab saya malas nak basuh part2 mixer tu jadinya blender la cara paling senang. Dah ada benda senang buat apa nak susahkan. Hehe
Notakaki: Make sure blender korg tu bersih suci la dari segala bau Makcik2 segala bawang, geng-geng kunyit halia, para-para cili padi dan seangkatannya pulak. Kang dari nak jadi Burnt Cheesecake jadi Burnt Cheleecake plak kang 😂
Hasil potongan slice. Cantikkan?? Smooth je tekstur kek ni. Yg penting sedap. Makan sesejuk lagi sedap tauu