Menikmati hidangan minum petang bersama keluarga dengan sajian burnt cheese cake yang viral ini tentu menarik.
Pun begitu, sekiranya dibeli siap sebiji kek burnt cheese ini, boleh tahan juga harganya. Jadi adalah lebih jimat jika dimasak sendiri.
Menyediakannyan juga tidak susah mana dengan bahan-bahan yang mudah didapati.
Oleh itu, buat yang pertama kali ingin membuatnya, resipi yang dikongsikan oleh Nor Hidayu boleh dijadikan rujukan untuk dicuba.
Lihat sahaja kek yang dimasaknya itu, nampak cukup sempurna. Jadi tunggu apa lagi, jom kita masuk dapur!
Burn cheese cake. kalau beli mahal. buat sendiri murah. kakak jual 7″ rm35 .
Ambik la resepi ni. Kakak pun dapat resepi dr group lain.
Bahan-bahan :
cream cheese 250gm
whipping cream/yogurt 200ml
telur gred A 3 biji
essen vanilla 1 tsp
perahan lemon 1tsp
gula castor 1 cawan kecik
tepung gandum 2 sudu membukit
Cara buat :
1. Blend je semua sampai sebati.
2. Bakar dalam oven suhu 200c 40 min api atas bawah, lepastu tambah 10min api atas sahaja.
Ekstra Info : bakar airfryer suhu 170c 30min pastu suhu 200 10min.
Sekian terima kasih
Sumber : Nor Hidayu via MAHN