Terlalu bimbang yang keterlaluan pada pelbagai perkara di sekeliling akan hanya memakan diri sendiri. Sudahkan tubuh berdepan pelbagai masalah. Jangan biarkan anxiety terutamanya terus-terusan membuatkan kita hidup dalam ketakutan.
Menurut Pn Wawa Shauqi, belajarlah untuk memberi ruang pada diri sendiri agar segala momen yang kita lalui kini dapat dilalui dengan tenang dan baik. Kita yakin mampu melakukannya.
Ini tip dan panduan yang dikongsikan oleh Pn Wawa.
Dalam keadaan dunia masih belum reda dengan pelbagai virus, ditambah dengan macam-macam kes yang saya tak nak sebut, tak mustahil ramai yang trigger dengan anxiety.
Saya teringat waktu kali pertama saya lalui apa yang mereka lalui. Waktu tu tahun 2017. Musim Donald Trump bertanding nak jadi presiden. Macam-macam teori keluar.
Bila saya cerita kat suami, suami hanya mampu suruh relax je. Iyelah. Saya sendiri masa tu mana tau pasal anxiety, panic attack ni semua.
Cuma yang saya ingat, waktu tu saya hidup dalam ketakutan. Saya terbayang dinding rumah akan berlubang dihentam bom. Siap dah target, meja mana saya akan lari untuk berlindung dengan anak-anak.
Ads
Sampai satu hari tu, tanpa saya dapat kawal, badan saya menggigil. Dada rasa sesak dan jantung berdegup laju. Nak bernafas pun rasa struggle sangat.
Beberapa tahun kemudian, bila ramai yang dah terbuka untuk berkongsi tentang mental health masing-masing, waktu tu baru sedar. Apa yang saya lalui dulu, ada ciri-ciri anxiety panic attack.
Ini saya pesan pada kalian yang sedang atau ada tanda-tanda diserang keresahan.
1) Distance yourself from media social sementara.
2) Pilih bahan bacaan yang positif. Berita gosip, berita tragedi dan kes-kes terus tu, tak payah baca dulu.
3) Amalkan mathurat pagi petang. Kalau saya, Ruqyah pun saya baca.
Ads
4) Hentikan mental noise dengan istighfar. Jangan layan cakap-cakap kepala yang bukan-bukan. Divert your mental noise by closing your eye. & nikmati apa yang sedang telinga kita dengar, hidung kita dan tangan kita rasa.
5) Practice deep breathing. Saya selalu sharing pasal ni. Deep breathing bagus untuk stabilkan ritma jantung. Sekaligus, turunkan paras hormon stress.
6) Cari movie yang uplifting. Elakkan movie sedih, misteri dan horror.
7) Naik kereta, pegi pusing-pusing bandar sekejap. Putuskan sekejap rutin harian di rumah yang berulang setiap hari. Jangan jauh sangat fikir pasal masa depan. Belajar untuk menikmati momen sekarang yang kita sedang lalui. Plan macam mana nak bagi moment hari ni better dari semalam.
9) Rancang untuk gembirakan seseorang. Masak english breakfast on bed untuk pasangan ke, belanja pakgad nasi arab ke, belanja jiran telur/beras/ roti ke, belanja anak jiran sepeket belon ke, hantar hadiah kat saya ke. Tiberr.
Ads
10) Mulakan kembali hobi. Kalau dulu suka main gitar, mula semula. Suka melukis, keluarkan balik barang melukis. Suka baking, suka mengait, suka jogging, ini masanya mula semula.
11) Bangkit dan bersiap-siap cantik. Cari baju favorite, mekap cantik-cantik because you deserve it. Jangan biar tenaga low. Agak-agak dah start macam nak bosan, buat lompat bintang & mulakan sesuatu.
12) Kalau kita jenis extrovert, call ahli keluarga atau kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang kita selesa nak bercakap.
Ingat apa pun yang akan berlaku, momen yang paling penting adalah momen yang sedang berlaku. Jangan jauh sangat fikir ke masa depan.
If you really in need, it’s ok to ask for help. It’s ok to admit that you are not ok. It’s ok to cry. Mana tau dari keterbukaan kita rupanya ramai berebut-rebut nak tolong tarik kita keluar.
Durian tinggi dengan kandungan vitamin C berbanding buah-buahan tempatan yang lain. Penting untuk anda ketahui bahawa vitamin C ini adalah juara antara juara apabila membicarakan soal vitamin.
Durian & Petai Tidak Boleh Dimakan Pada Satu Masa
Biarpun kaya nutrisi, durian tetap perlu diambil secara bersederhana. Namun benarkah ada yang mengatakan apabila kita makan durian, kita perlu elakkan makan petai? Sejauh manakah kebenarannya, ini perkongsian fakta oleh saintis, Dr Suri Roowi
Photo by hong-son from Pexels
Saintis Ini Kongsi Fakta
MAKAN DURIAN DENGAN PETAI BOLEH SEBABKAN CIRIT-BIRIT?
Badan kita memerlukan makanan yang mengandungi komponen sulfur untuk melindungi sel daripada kerosakan yang boleh membawa kepada penyakit serius seperti kanser. Bagaimanapun, menurut Dr Dan Brennan, pengambilan makanan bersulfur yang tinggi boleh menyebabkan masalah usus.
Memandangkan durian dan petai adalah dua sumber yang tinggi kandungan sulfur, elakkan makan durian bersekali dengan petai pada kadar tinggi untuk mengelakkan masalah seperti cirit-birit dan penyakit radang usus.
Pengambilan durian pada kadar tinggi juga boleh meningkatkan kadar denyutan jantung. Kajian yang dilakukan oleh UKM pada 2015 mendapati peningkatan ketara dalam kadar denyutan jantung diperhatikan pada kumpulan yang diberi 500g isi durian. Pengambilan durian yang sederhana tidak menjejaskan tekanan darah dan kadar denyutan jantung individu yang sihat.
Elakkan juga makan durian bersama paracetamol. Ini kerana ia mungkin boleh sebabkan kesan toksik. Ujian ke atas tikus mendapati kombinasi durian dan paracetamol boleh menyebabkan suhu badan turun mendadak.
Photo by jeshootscom from Pexels
Durian juga tidak boleh diambil bersama-sama minuman beralkohol. Kajian klinikal mendapati seorang wanita di India mati selepas makan durian bersama minuman beralkohol. Kombinasi alkohol dan durian boleh menyebabkan kembung perut. Memandangkan tapai juga mengandungi alkohol walaupun pada kadar yang rendah, pengambilan durian bersama tapai sebaiknya dielakkan.
Candy detergent, kini kian menjadi pilihan sebagai bahan pencuci pakaian yang wangi beraroma sekali gus membuatkan ramai yang teruja untuk membelinya. Meski pun bersaiz kecil namun harumannya cukup hebat.
Tidak dinafikan juga jika sekali pandang, candy detergent ini persis gula-gula. Cantik dan menarik.
Namun siapa sangka ia mampu membawa kesan yang tidak dingini kepada seorang kanak-kanak.
Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang pegawai perubatan di twitter untuk dijadikan peringatan agar ibu bapa lebih waspada dengan penggunaan sabun tersebut.
Bau Sabun Kuat Dari Dalam Mulut
Masa maknya di dapur, tiba-tiba terdengar anak menangis kuat. Bila dijengah, dalam mulut penuh dengan sabun. Meleleh-leleh ke baju dan seluar. Bila datang dekat, bau sabun kuat datang dari dalam mulut anak. Paniknya tak payah cakap. Tak tahu nak buat apa.
Cepat-cepat sabun semua dicuci dari muka dan mulut anak. Kebetulan seorang diri di rumah, semuanya kena dihadap sendirian. Berlari terus mak ni buat panggilan telefon pada suami. Syukur suami memang nak dekat sampai ke rumah.
Bila kami buat panggilan ke Pusat Racun Negara, kandungan sabun Candy Viral ni ialah bahan pencuci dan sabun (kategori bahan kimia ionic and non ionic).
Maksudnya, kalau anak dah termakan sabun ni, kita tak tahu sabun tu akan kekal berapa lama dalam badan anak.
Selain tu, sabun ni boleh menyebabkan:
-Hakisan pada lapisan mukosa mulut dan laluan pernafasan. Kalau sangat serius, hingga perlukan bantuan pernafasan.
-Kecederaan pada lapisan usus hingga menyebabkan muntah yang teruk.
Selama saya jadi doktor kanak-kanak, berkali-kali saya lihat anak terminum sabun pencuci tapi kali ni saya memang risau dengan bentuk dan warna sabun ni.
Nasihat saya, simpanlah sabun ni di tempat yang selamat dan jauh dari jangkauan anak. Kalau anak tertelan bahan pencuci, jangan paksa dia muntah.
Kalau paksa dia muntahkan sabun tu, anak boleh tersedak. Bila tersedak, sabun tu boleh masuk ke paru-paru pula. Lagi bahaya. basuh mulut anak dengan air berkali-kali. Tukar baju dan seluar anak yang dah terkena bahan pencuci tu. Bawa segera ke hospital.
Bantu saya sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Kadang-kadang kita terlepas pandang isu macam ni tapi anak kita yang menjadi mangsa.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Teringin nak makan ketam tapi nak beli kadang tak mampu, beli lah isi ketam frozen. Tapi, tahu tak itu isi ketam betul ke tak? Bagus ke tak untuk diri kita dan anak-anak?
Haaa nak tahu, cuba baca perkongsian dari Dr Mazliana Mazlan ni! Better jauhkanlah dari keluarga kita, kita ubah makan makanan yang berkhasiat sumber yang asli ok?
Isi ketam yang tak ada langsung pun ketam dalam tu. Elak kenalkan anak kita dengan makanan macam ni. Bila anak makan, dia mesti akan rasa nak lagi lepas tu sebab sedap kan isi ketam warna merah putih macam dalam gambar.
Isi ketam macam ni, datang dari surimi. Surimi tu pulak, datang dari isi ikan. Isi ikan yang dibuang tulang, dan dikisar halus sampai jadi pes isi ikan.
Dah dari isi ikan, takkan tak bagus kot?
Isi ikan yang ini, adalah isi ikan yang tinggi proses. Dicampur dengan gula dan jugak pemanis tiruan. Proses buat crab stick ni pun, ada banyak sangat bahan yang tak berapa sesuai untuk kesihatan tubuh badan anak-anak kita.
Garam putih yang tinggi. Minyak sayuran. Pewarna tiruan. Perasa tiruan dari ketam. MSG. Pengawet.
Tak ada khasiat langsung berbanding ketam sebenar, malah kemudharatan mungkin ada jika tak sesuai dengan keadaan badan anak-anak.
Ketam yang sebenar, susah nak basuh, nak makan pun susah, harga pun mahal. Berbeza dengan yang kita panggil isi ketam ni. Buka plastik, bilas je untuk basuh. Nak makan lagilah senang. Lari jauh pulak tu harga dengan ketam sebenar.
Walaupun namanya crab stick, atau isi ketam, atau isi berperisa ketam, tapi ianya datang dari semata-mata isi ikan yang tinggi proses.
Kita cuba sama-sama ya, untuk jauhkan crab stick macam ni dari anak-anak kita.
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa yang tak kenal dengan Khairul Aming atau KA pempengaruh terkenal yang sering berkongsi resipi menarik dan mudah diikuti. Setiap kali beliau memuat naik...