Apabila melihat keadaan suami tercinta yang terlantar sakit, isteri mana yang tidak akan sedih dan risau? Begitulah yang dialami wanita ini, selepas suaminya tiba-tiba tidak boleh bergerak disebabkan penyakit “slip-disc” yang dihidapi sebelum ini kembali.
Menurut temubual bersama mStar, ujar wanita yang digelar Ariena, tragedi tersebut berlaku ketika suaminya sedang membasuh kereta di halaman rumah.
“Disebabkan dia melakukan kerja berat tanpa rehat yang sepatutnya, penyakit slip-disc kembali. Selepas dibawa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut, suami terus dibawa ke hospital dan dimasukkan ke wad.Kira-kira enam hari juga dia berada di wad. Boleh keluar pun selepas pembedahan berkaitan dilakukan, tapi malangnya doktor menyatakan yang tiada jaminan bahawa suami saya akan pulih seperti sedia kala” ujarnya.
Menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, dia hanya menyedari penyakit suaminya itu selepas kejadian pertama pada tahun 2020.
Dikatakan pada masa itu, suaminya sibuk melakukan kerja-kerja pembersihan rumah seperti memotong rumput. Akibat terlalu banyak ketegangan dalam satu masa, suaminya tiba-tiba terkena “slip-disc”.
“Dia dah lama hidap dari sebelum kahwin lagi… tapi masa mula kenal tu, saya tak tahu. Lepas kahwin, dia buat kerja rumah dan potong rumput semua. Tapi kejadian tu berlaku masa saya bekerja. Bila saya balik dengar bunyi macam meletup kat badan dan terus tak bolen gerak masa dia cuba nak bangun berjalan. Mujur adik tolong jaga anak saya masa tu, jadi saya boleh bawa suami ke klinik,” imbasnya.
Walaupun mengetahui tentang penyakit tersebut, Ariena terpaksa membawa suaminya menaiki motosikal kerana dia baru sahaja memiliki lesen kereta.
“Masa tu naik motosikal, saya tak reti nak bawa kereta sebab baru dapat lesen. Suami sakit tapi saya tak dapat nak papah sampai ada orang tolong bawa dia masuk ke klinik untuk pemeriksaan.
Rawatan yang dilakukan masa ni adalah suntikan masuk gel pada tulang dan doktor dah maklumkan yang gel bolen bertahan dalam tempoh dua tahun jika pandai jaga. Tapi belum pun sampai dua tahun, dia kembali sakit… mungkin kerana buat kerja berat tanpa rehat,” ujar Ariena.Dikatakan bahawa disebabkan gel yang dimasukkan sebelum ini telah pun kering, doktor mencadangkan supaya suaminya menjalani pembedahan bagi membetulkan tulang. Menerima cadangan doktor, dia dimasukkan ke wad selama enam hari.
“Sepanjang suami masuk hospital, saya jaga. Saya pergi selepas hantar anak ke sekolah kemudian balik dalam pukul 11.30 pagi untuk ambil anak balik sekolah,” kongsinya.
Mengikuti video tular yang menunjukkan suaminya tiada di wad, katanya, dia terlambat sampai ke hospital kerana perlu menguruskan anak.
“Video tu, saya terlambat pergi sebelum dia masuk dewan bedah sebab perlu jaga anak kat rumah… sukar nak bawa berikutan anak saya speech delay, jadi dia susah nak diuruskan.
Malam selepas bedah tu, saya dan anak tidur hospital sebab kena jaga suami,” luahnya.Selepas rawatan dan pembedahan yang dilakukan, keadaan suaminya semakin pulih namun masih tidak boleh berjalan.
Tambahan pula, jika dapat berjalan sekali pun, suaminya akan senget sedikit serta bergerak dengan perlahan.
Di samping itu, walaupun melakukan pembedahan, doktor menyatakan bahawa suaminya tidak akan pulih sepenuhnya.
Semoga artikel ini memberi manfaat dan inspirasi kepada para pembaca di luar sana.
Terima Kasih
Sumber: @ariena9771 di TikTok