Apabila melihat keadaan suami tercinta yang terlantar sakit, isteri mana yang tidak akan sedih dan risau? Begitulah yang dialami wanita ini, selepas suaminya tiba-tiba tidak boleh bergerak disebabkan penyakit “slip-disc” yang dihidapi sebelum ini kembali.
Menurut temubual bersama mStar, ujar wanita yang digelar Ariena, tragedi tersebut berlaku ketika suaminya sedang membasuh kereta di halaman rumah.
“Disebabkan dia melakukan kerja berat tanpa rehat yang sepatutnya, penyakit slip-disc kembali. Selepas dibawa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut, suami terus dibawa ke hospital dan dimasukkan ke wad.Kira-kira enam hari juga dia berada di wad. Boleh keluar pun selepas pembedahan berkaitan dilakukan, tapi malangnya doktor menyatakan yang tiada jaminan bahawa suami saya akan pulih seperti sedia kala” ujarnya.
Menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, dia hanya menyedari penyakit suaminya itu selepas kejadian pertama pada tahun 2020.
Dikatakan pada masa itu, suaminya sibuk melakukan kerja-kerja pembersihan rumah seperti memotong rumput. Akibat terlalu banyak ketegangan dalam satu masa, suaminya tiba-tiba terkena “slip-disc”.
Ads
“Dia dah lama hidap dari sebelum kahwin lagi… tapi masa mula kenal tu, saya tak tahu. Lepas kahwin, dia buat kerja rumah dan potong rumput semua. Tapi kejadian tu berlaku masa saya bekerja. Bila saya balik dengar bunyi macam meletup kat badan dan terus tak bolen gerak masa dia cuba nak bangun berjalan. Mujur adik tolong jaga anak saya masa tu, jadi saya boleh bawa suami ke klinik,” imbasnya.
Walaupun mengetahui tentang penyakit tersebut, Ariena terpaksa membawa suaminya menaiki motosikal kerana dia baru sahaja memiliki lesen kereta.
“Masa tu naik motosikal, saya tak reti nak bawa kereta sebab baru dapat lesen. Suami sakit tapi saya tak dapat nak papah sampai ada orang tolong bawa dia masuk ke klinik untuk pemeriksaan. Rawatan yang dilakukan masa ni adalah suntikan masuk gel pada tulang dan doktor dah maklumkan yang gel bolen bertahan dalam tempoh dua tahun jika pandai jaga. Tapi belum pun sampai dua tahun, dia kembali sakit… mungkin kerana buat kerja berat tanpa rehat,” ujar Ariena.
Dikatakan bahawa disebabkan gel yang dimasukkan sebelum ini telah pun kering, doktor mencadangkan supaya suaminya menjalani pembedahan bagi membetulkan tulang. Menerima cadangan doktor, dia dimasukkan ke wad selama enam hari.
Ads
“Sepanjang suami masuk hospital, saya jaga. Saya pergi selepas hantar anak ke sekolah kemudian balik dalam pukul 11.30 pagi untuk ambil anak balik sekolah,” kongsinya.
Mengikuti video tular yang menunjukkan suaminya tiada di wad, katanya, dia terlambat sampai ke hospital kerana perlu menguruskan anak.
“Video tu, saya terlambat pergi sebelum dia masuk dewan bedah sebab perlu jaga anak kat rumah… sukar nak bawa berikutan anak saya speech delay, jadi dia susah nak diuruskan. Malam selepas bedah tu, saya dan anak tidur hospital sebab kena jaga suami,” luahnya.
Ads
Selepas rawatan dan pembedahan yang dilakukan, keadaan suaminya semakin pulih namun masih tidak boleh berjalan.
Tambahan pula, jika dapat berjalan sekali pun, suaminya akan senget sedikit serta bergerak dengan perlahan.
Di samping itu, walaupun melakukan pembedahan, doktor menyatakan bahawa suaminya tidak akan pulih sepenuhnya.
Semoga artikel ini memberi manfaat dan inspirasi kepada para pembaca di luar sana.
Siapa sangka rumah biasa-biasa aje seperti rumah felda apabila diubahsuai menjadi lebih cantik dan mewah.
Sebagaimana perkongsian ini, membuktikan jika sebuah rumah felda apabila dihias dengan sempurna mampu menjadi sebuah rumah modern.
Bukan sahaja hiasan dalaman diubah suai dengan kemas tetapi bahagian luar juga dihamparkan dengan rumput tiruan atau lebih dikenali sebagai rumput carpet.
Nak tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian ini. Moga jadi inspirasi untuk tatahias rumah dengan cantik.
Ikuti perkongsian.
Transformer rumah sewa saya. Rumah lantai simen kalau pasang tikar getah asyik kena tukar. Pastu bawahnye berwap dan berbau. Yang koyaknya lagi. Jadi saya guna cat epoxy. Nak pasang mozek tak ada. Budget Rumah ni rumah felda. Rumah kampung jer. Saya sewa dengan harga RM200.
Guna cat epoxy
Untuk cat epoxy ni saya ada sertakan sekali pic jenama yang saya pakai. Ruang tamu rumah saya tu guna 5 liter jer. Harga RM160. Beli di kedai cat ye. Nama pun cat kan. Kt Shopee pun ade. Tapi saya tak sure jenama sy guna ni ade ke x. Utk kdai sy pun sy guna epoxy jugak, tp jenama lain. Tak tahan. X lama pakai dh terkopek. Tp yg utk rumah ni mmg tahan lama. Dh setahun lebih masih elok & cantik. Senang nk kemas rmh. Nk ngemop n nyapu.
Tak de istilah “alaa..rumah sewa je pun. Rumah org. Buat ape nak cantik2. Nti dh cntik owner amik balik” sy ok jer. Lagpun rmh segala yg sy buat utk rmh ni tolak sewa & ade agreement (black & white). Bg sy, saya yang nak duduk selesa dgn keluarga sy. Sbb sy keje dr rumah. Byk masa dkt rumah. Jd sy nak selesa. Kebanyakkn sy pakai semula brg dr rumah lama sy & byk juga brg rumah lama sy, sy jual sblm pindah n guna duit tu utk rmh baru. Sy duduk dh setahun x byr sewa. Sbb tolak dr kos sy renovate rumah ni.
Rumput carpet, cantik!
Untuk rumput carpet tu, tiap bln mesti nk kena mesin n racun. Rumput cepat panjang. Jd sy pasang rumput carpet. Rumput ni boleh psg indoor@ outdoor. Xde masalah kalau berhujan panas. Takat ni xde pulak lagi ayam/kucing popo atas tu..hehe. Pandai dia no popo dia cari tanah jugak.
Dah siap rumput.
Wow! Inilah hasilnya.
Hopefully rumah saya yany saya sewakan juga harap penyewa akan jaga baik-baik macam mana saya jaga rumah orang di Felda Palong 7, Gemas, N.Sembilan.
Selepas beberapa hari dijumpai, Ejen jualan kosmetik yang menjadi mangsa penculikan, Rosnazirah Mohd Naim, 36, atau lebih dikenali sebagai Azi akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya dengan selamat menangis sambil memeluk ibunya di rumah mentuanya di Kampung Kelochor pada Isnin.
Azi, diselamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan polis Thailand pada Khamis lalu sebelum mangsa diserahkan kepada keluarganya pada jam 2.50 petang Isnin oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.
Pada 13, September lalu, Azi didakwa dilarikan tiga lelaki dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu Kelantan sebelum berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke Malaysia pada Khamis.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata, kejayaan itu adalah hasil bantuan dan kerjasama pihak berkuasa Thailand.
“Seramai tujuh lelaki warga tempatan ditahan di Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.
“Polis turut merampas sebuah kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Acryl Sani berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menubuhkan satu pasukan khas merangkumi aspek siasatan dan operasi bagi menyelesaikan kes penculikan itu.
Aura semangat Mat Kilau betul-betul membara! Pesilat Negara Al Jufferi Jamari menang pingat emas sekali gus merangkul kejuaraan Kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-19, 2022.
Jufferi Jamari menang pingat emas selepas menewaskan seteru dari Indonesia, Iqbal Chandra Pratama di final (Kelas F).
Majlis Penutup 19th World Pencak Silat Championship malam ini dihadiri YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, TYT Datuk Seri Prabowo Subianto, Menteri Pertahanan Republik Indonesia dan Ybhg. Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin, Presiden PESAKA Malaysia.
7 Pingat Emas
Untuk makluman, Skuad silat negara capai sasaran 7 pingat emas bagi Kategori Artistik dan Tanding pada Kejuaraan Silat Dunia. Ia antaranya disumbangkan Mohd Al Jufferi Jamari yang menjuarai acara Kelas F Putera.
Jaguh silat negara itu tumpaskan wakil Indonesia, Iqbal Chandra Pratama 35 berbalas 21 pada aksi final semalam.
Sementara itu, 3 lagi pingat emas diraih oleh Muhammad Robial Sobri, Nor Farah Mazlan dan Nor Izzatul Fazlia Mohamad Tahir menerusi acara masing-masing. Terdahulu, skuad silat negara berjaya raih 3 emas menerusi kategori Artistik.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Perdana Menteri Ucap Tahniah!
“Tahniah dan syabas kepada pesilat-pesilat dari seluruh negara yang bertanding di Kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-19 Tahun 2022 dengan semangat kesukanan yang tinggi.
Penganjuran kali ini adalah satu penghormatan besar kepada negara sebagai tuan rumah kepada lebih 40 buah negara yang mengambil bahagian.”
Bagaimana jaguh silat dunia ini mengumumkan persaraannya selepas meraih gelaran keempat Juara Dunia di Kejuaraan Pencak Silat Dunia. Ini adalah hadiah terakhir buat Malaysia
Kata-kata semangat sebelum ke perlawanan di Melaka
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.