Berikutan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin Jumaat lalu, setiap orang akan dikreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna bermula Julai ini.
“Dalam menjalani kehidupan norma baharu, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan pembayaran tanpa sentuh atau contactless payment.”
“Untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan ini, melalui Program ePenjana yang bernilai RM750 juta, Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna. Ini akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet. Inisiatif ini yang akan bermula pada bulan Julai 2020 akan memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia.” katanya pada sidang media 5 Jun lalu.
Bagi yang belum mengetahui cara bagaimana untuk mendaftar, jom ikut langkah-langkah di bawah :-
1) Muat turun applikasi MySejahtera. Daftarkan akaun anda.
2) Masukkan nombor telefon anda terkini, jangan lupa click ‘im not a robot’ dan tekan daftar.
3) Tunggu pengesahan yang dihantar di telefon bimbit anda, masukkan ke dalam ruangan yang disediakan. Dah selesai, klik hantar.
4) Isikan maklumat yang terdapat dalam borang.
5) Akhir sekali, masukkan kata laluan dan sahkan.