Pejam celik pejam celik tanpa sedar peredaran masa terus berlalu, dari siang ke malam, kemudian silih berganti hari demi hari, tahun demi tahun. Rupanya telah lima tahun, watak Buntat yang dilakonkan Muhammad Ariff Abdullah dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku yang pernah mencetuskan fenomena sehingga meraih populariti dalam sekelip mata.
Mengetahui perkembangan terkini, Muhammad Ariff,17 difahamkan lebih memberi fokus kepada pelajaran kerana bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijangka tahun depan, ini sebagaimana memetik berita Harian Metro.
Jual Roti Canai
Selain itu, Muhammad Ariff yang kini meningkat remaja turut mengambil kesempatan membantu bapanya yang menjual roti canai di medan selera di Jitra, Kedah.
Melihatkan tingkah lakunya kini, Muhammad Ariff lebih petah berbicara selain tidak kekok ketika mengambil pesanan dan melakukan kerja di kedai bapanya.
Malah, berbanding ketika awal mencipta nama, dia juga semakin ramah dan selesa ketika diaju pelbagai soalan mengenai perkembangan dirinya.
Fokus Belajar
Tidak lekang dengan senyuman, Muhammad Ariff berkata, dia teringin untuk berlakon, namun disebabkan pandemik Covid-19 dia terpaksa memperlahankan aktiviti lakonan selain tidak menerima sebarang tawaran.
“Mungkin ada hikmahnya juga kerana disebabkan Covid-19 ini saya dapat fokus kepada pelajaran kerana bakal menduduki peperiksaan SPM.
“Kali terakhir saya menjalani penggambaran tahun lalu dalam satu babak drama 7 Hari Mencintaiku 2 dengan memegang watak sebagai Ariff,” katanya di kedai roti canai bapanya.
Menurutnya, dia tidak kisah sekiranya ditawarkan watak apa sekalipun selepas ini, namun ia mungkin perlu seiring dengan usianya yang meningkat remaja.
“Saya seronok berlakon dan yakin akan dapat menjiwai apa saja watak yang diberikan kerana minat dan enggan sia-siakan bakat yang ada,” katanya.
Selain mencipta nama dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku, Muhammad Ariff juga pernah berlakon dalam filem Jibam yang ditayangkan pada 2017 dengan memegang watak sebagai kanak-kanak istimewa.
Walaupun menghidap disleksia serta menghadapi masalah untuk membaca dan menulis, namun Muhammad Ariff mempunyai daya ingatan yang kuat dan cenderung kepada perkara diminatinya.
Sumber : myMetro
ARTIKEL MENARIK:Gerenti Menjadi! Salah Satu Bahannya Guna Susu Pekat Manis Untuk Perengkap Lipas Dalam Kereta
LAGI ARTIKEL MENARIK :Nak Pasang Decking Kayu Untuk Laman Begini Caranya. Tak Pro Pun Boleh Buat, Mudah Sangat & Jimat!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club