
Menghias kediaman tak lengkap kiranya jika tanpa bunga hiasan di tempatkan di dalam rumah.
Sama ada pokok bunga hidup atau artifisial, setiap satunya punya daya tarikan dan keistimewaaannya yang tersendiri.
Umpamanya buat peminat bunga orkid, diketahui harga sepasu pokok bunga orkid agak mahal juga harganya.
Jadi untuk yang ingin lebih berjimat, boleh juga buat DIY bunga hiasan orkid ini sepertimana yang dikongsikan ini. Kosnya juga nemang jauh lebih menjimatkan.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian ini.
Langkah 1:
Ambik mana bekas seramik yang kosong.
Kita sumbatkan sponge rapat-rapat begini.
Langkah 2
Pastu letakkan gam. Gam anak kita jer.
Ratakan.
Langkah 3
Pastu kita letakkan lumut. Satu beg 4
ringgit tu boleh buat banyak. Petuanya,
gunting halus-halus lumut tu pastu tepekkan
dekat atas tu. Biarkan kering.
Langkah 4
Cucuk kan sahaja. Jangan bimbang bila
orked melilau ke sana sini. Cucukkan buluh atau kayu, ikatkan dengan plastik ni. Orked akan tegak.
Dah siap
Yellow butter fly. Kos dari atas bawah dalam70. Harga naik siket sebab beli dulu hargaRM9. Now dah 11.90.
Nie kos semua 70 jugak. Bunga jenis yang
kualiti.
Sumber : Eyan Aqbar Mustam via Kelab Kaki Deko
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Mak Buat Kek Surprisekan Kakak Ipar.” Ibu Mentua Buat Kejutan Sempena Ulang Tahun Anak & Menantu, Bikin Netizen Terharu

Isi Kandungan
ToggleHubungan mentua dan menantu perempuan sering menjadi isu dalam rumah tangga. Macam-macam hal yang dikaitkan antara mereka termasuklah tidak berpuas hati antara satu sama lain. Lagi-lagi kalau bukan menantu pilihan, ada saja yang tak kena.
Namun tak semua mentua bersikap sedemikian. Ada yang baik dan melayan menantu ibarat anak sendiri.
Menerusi satu posting di Twitter, seorang pengguna yang dikenali sebagai Nasriq telah memuat naik satu video yang memaparkan ibunya membuat kejutan hari ulang tahun perkahwinan abang serta kakak iparnya.
Walaupun sekadar kejutan biasa sahaja, namun ia tetap berjaya menarik perhatian warganet yang berasa gembira melihat hubungan akrab antara mentua dan juga menantu. Siapa kata hubungan mentua dan menantu perempuan ni asyik panas je kan. Inilah antara yang terbaik boleh dijadikan contoh kepada keluarga lain.
Mak aku buat kek sebab nak surprisekan kakak ipar aku. Anniversary diaorg yg ke-6 . ?❤️ pic.twitter.com/JTvQYp7pFH
— Nasriq23 (@nasriq_asari) August 21, 2019
Menurut Nasriq, hari tersebut adalah hari ulang tahun perkahwinan yang ke-6 dan ibunya telah mengejutkan mereka disebalik pintu dengan sebiji kek ditangan.
Hubungan baik mentua-menantu
Situasi comel tersebut telah membuatkan ramai warganet menurunkan komen di Twitter milik Nasriq. Rata-rata memuji layanan mesra keluarganya terhadap menantu mereka dan hubungan baik antara ibu mentua serta kakak ipar Nasriq.
Terharu tengok dia pegang kek
Bestnya dapat mak mertua macam ni
mom double triple sweet
Sumber : Nasriq23 & Oh My Media
Nasi Yang Dimasak Untuk Berbuka Lambat Basi, 7 Perkara Sila Buat!

Menyentuh tentang memasak nasi di bulan puasa ini ada di antara kita akan menanak nasi sekali sahaja iaitu ketika membuat persiapan berbuka.
Kuantiti yang dimasak sengaja dilebihkan bagi memastikan cukup untuk dimakan ketika bersahur pula.
Tujuannya untuk memudahkan, namun alangkah geram dan kecewanya apabila nasi tersebut tidak boleh dimakan kerana telah basi!
Jom cuba 7 petua masak nasi ini untuk membantu mengelakkan nasi yang dimasak daripada cepat basi.
1. BASUH HINGGA BERSIH
Sesetengah orang kata, jangan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.
Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.
Selain itu, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.
2. PASTIKAN PERIUK DICUCI BERSIH
Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi anda.
Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.
3. PERAHKAN LIMAU NIPIS
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.
4. HILANGKAN WAP NASI SELEPAS DIMASAK
Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’.
Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.
Petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Seperkara lagi, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.
5. MASUKKAN SECUBIT GARAM
Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk.
Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.
6. PANASKAN PERIUK NASI ATAS DAPUR
Kadang-kadang kita terlupa ada nasi dalam periuk semasa balik kampung. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.
Untuk mengatasi masalah ini, pengguna Facebook, Puan Suaida Salehudin menyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.
Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.
7. MASAK AIR DALAM PERIUK NASI
Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tips ke-6 di atas.
Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.
Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.
MUDAH BUKAN?
- Inilah beberapa petua masak nasi yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti dan menjaga ketahanannya. Jadi, tiada masalah lagi kalau anda terlupa menyimpannya dalam peti sejuk.
- Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada faktor lain seperti suhu persekitaran, teknik sukatan air, dan jenis beras yang digunakan.
- Sekiranya anda mempunyai tips lagi, bolehlah kongsikan kepada kami. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh ramai orang di luar sana.
Zizi Kirana Kini Lebih Selesa Berpakaian Longgar, Pakai Baju Besar Tak Buat Wanita Ketinggalan Zaman.

Nur Fazelah, 37 ,atau yang lebih dikenali sebagai Zizi Kirana merupakan seorang penyanyi hiphop dan rap yang dahulunya terkenal dengan identitinya yang cukup seksi. Namun setelah mendirikan rumahtangga bersama suaminya Yusuf Bahrin, beliau telah berhijrah dengan memakai pakaian yang menutup aurat.
Beliau mengakui sejak mendirikan rumahtangga, suaminya banyak mengubahnya ke arah yang lebih baik dan menasihati untuk sentiasa mencari keredhaan Allah. Katanya, suaminya masih membenarkan ia untuk menyanyi kerana itu adalah kerjaya beliau. malah terus memberi galakan kepada Zizi untuk menyanyi dengan cara sendiri.
Penyanyi lagu ‘Pijak’ pernah mengeluarkan kenyataan dalam temubual Melodi Tv3 bahawa dia akan memadam gambar-gambar seksinya di media sosialnya agar tidak menjadi tatapan umum
“Saya akan padam gambar seksi saya slow-slow lepasni, so lepasni tak payah dah cari gambar seksi saya, cari orang lain pulak kalau nak tengok orang seksi” katanya sambil ketawa
Kini Zizi lebih selesa untuk bepakaian longgar dan dia mengakui bahawa pakaian longgar lebih selesa dan selamat, malah sedikitpun tidak membuatkan wanita itu ketinggalan zaman.
Ramai mengakui bahawa kecantikan Zizi lebih terserlah dengan pemakaian yang menutup aurat memang sesuai dengan dirinya. Apatah lagi Zizi dahulunya pernah menjadi seorang guru agama yang boleh mnegaji dan bertarannum. MashaAllah kalau dengar suara dia memang terpesona bagi yang mendengarkan Ziziz mengalunkan ayat suci Al quran atau mengalunkan selawat
Perubahan ini sedikit sebanyak mengubah hidup Zizi dan membuatkan ia lebih bahagia apabila bersama suami tercinta yang cukup penyayang dan menjaganya bagai menatang minyak yang penuh.
Semoga Zizi terus istiqomah dan bahagia selalu bersama suami tercinta
sumber : Zizi Kirana