Bunga kertas yang sarat berbunga memang jika dilihat cukup indah. Apatah lagi warna bunga-bunganya yang terang menjadikan dari kejauhan lagi sudah nampak cantik dan memukau di laman rumah.
Menambah keunikan pokok bunga kertas sebagai penyeri kediaman, ramai juga antara kita melakukan teknik cantuman tunas dengan tujuan untuk ‘memeriah’kan lagi warna-warna bunga yang terhasil daripada satu pokok bunga kertas yang ditanam.
Untuk yang belum pernah mencuba kaedah ini, disini dikongsikan langkah demi langkah untuk membuatnya yang dikongsikan oleh Puan Hasnah Jaafar. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Ini perkongsiannya.
Bagi sahabat-sahabat yang bertanya macam mana nak buat cantuman tunas bunga kertas… di sini saya kongsi cara saya ..
Alatan yang diperlukan : Permanent marker, cutter, plastik, tali & white tape pipe
step 1 : Cari pokok ada tunas yang sesuai
Step 2 : Potong tunas yang menjadi pilihan
Step 3 : Hiris nipis tunas tersebut sepanjang 1 inci
step 4 : Belah tunas penanti (yang dibahagian batang pokok) dan masukkan tunas pilihan
Step 5 : Balut dengan white tape pipe hingga menutupi seluruh bahagian belahan.
Step 6 : Tutupkan dengan plastik dan ikat kemas. Tulis kan juga tarikh dan id tanaman.
Tips tambahan..
1. Jangan sentuh tempat hirisan tunas…. pic no 4
2. Buka plastik selepas 3 minggu (waktu petang)
3. Letak ditempat teduh
4. Plastik tak perlu lubangkan
5. Siram pangkal pokok sahaja.
6. Gunakan pisau yang tajam dan bersih
sumber : Hasnah Jaafar via Laman Landkap Keliling Rumah