Nak tahu cara simpan bunga kantan agar tahan berbulan-bulan dan kekal segar seperti baru dituai?

Ini ada dua cara mudah yang pasti buat kita puas hati.

Maklumlah bunga kantan  memang antara ramuan yang jarang digunakan melainkan jika hendak sediakan menu laksa,  asam pedas atau pun kerabu.

Namun bunga kantan ni sejenis herba yang tak boleh disimpan lama kerana ia cepat mengecut dan berubah warna menjadi lebam.

Dengan cara ni, bunga kantan akan kekal segar walau disimpan berbulan-bulan tanpa berubah bau, warna dan rasa. Memang terbaik. Anda boleh cuba.

Bunga Kantan Kalau Betul Cara Simpannya, Boleh Nampak Segar Macam Baru Dituai. Ni Caranya!

Ads

BAHAN-BAHAN:

Bunga kantan
Bekas berpenutup

CARA-CARA:
1. Leraikan kelopak bunga kantan satu persatu hingga habis. Jangan hiris kerana bunga kantan akan jadi tidak cantik dan kehitaman.

Bunga Kantan Kalau Betul Cara Simpannya, Boleh Nampak Segar Macam Baru Dituai. Ni Caranya!

Ads

2. Setelah dileraikan, masukkan kelopak bunga kantan tadi ke dalam bekas berpenutup.

3. Simpan di dalam peti sejuk di ruangan sejukbeku. Simpan begitu sahaja dan elakkan isi air.

4. Hasilnya, bunga kantan kekal segar dan tahan hingga 3-4 bulan tanpa berubah warna dan rasa.

Selain boleh juga buat cara begini.

Ads

Caranya:
1. Beli bunga kantan yang segar.

2. Kemudian masukan dalam plastik dan ikat kemas.

3. Simpan dalam frozen dan biarkan bunga kantan beku.

“Boleh tahan bebulan-bulan lamanya. Saya pernah buat sampai setahun lebih. Ada masa bunga kantan payah nak dapat (bukan musim) bolehlah ikut cara ni. Bila nak masak baru keluarkan”- Norhizam Harum Via MAHN

Apa yang pasti ibu-ibu memang bijak mencari cara untuk memastikan bahan-bahan yang digunakan di dalam masakan dapat disimpan lama dan kekal segar. 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI