
Biasanya bila kita beli bunga kantan, mesti sama ada nak buat masak laksa atau asam pedas. Atau paling tidak pun enak juga untuk dicampur bersama bahan tertentu untuk dijadikan kerabu.
Pun begitu pernahkah anda mencuba bunga kantan yang digoreng?
Mungkin ada yang merasakan pelik dan tidak kurang juga teruja untuk mencuba. Apatah lagi melalui perkongsian daripada Ernieadilah Zulk di group Masak Apa Hari Ni pernah mencuri perhatian.
“Haritu tengok ada orang buat bunga kantan goreng. Ya Ampun sedap. Kebetulan balik kampung ayah ada tanam sebelah rumah. Try masak memang sedap makan dengan nasi putih saje pon. First time makan ni.”-tulis Ernieadilah Zulk
Bahan-bahan:
Bunga kantan mekar (kupas kelopak. Kalau keras, hiris sikit)
Bawang merah- beli online DI SINI
Cili padi-beli online DI SINI
Ikan bilis -beli online DI SINI
Garam & serbuk perasa
Cara-cara:
- Hiris bunga kantan halus-halus. Ketepikan.
- Tumis hirisan bawang, cili dan ikan bilis sampai naik bau
- Masuk bunga kantan. Tumis bagi bunga layu sikit.
- Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Seimbangkan rasa masin,pedas, masam.
Buat Sendiri Botok-botok Yang Sedap & Juicy, Begini Cara Buatnya & Taklah Susah Pun!

Botok-botok adalah antara salah satu resipi tradisi bangsa Johor yang istimewa dan digemari ramai. Ada yang kata botok-botok seakan pais ikan tetapi sebenarnya sangatlah berbeza.
Pais ikan boleh dibakar tetapi botok-botok hanya dimasak dengan teknik kukus dan apa yang lebih menarik mengandungi ulam-ulaman kampung yang disatukan dengan ikan dan rempah ratus terpilih untuk menyedapkan rasa, dibungkus kemas di dalam daun pisang.
Buat anda yang teringin untuk mencuba rasa, bolehlah memasaknya sendiri dengan berpandukan resipi yang dikongsikan oleh Dee Hakim ini.
Menurutnya, “Kalau ikut resepi ni, pes dia bolehlah dapat dalam 5-6 bungkus botok-botok. Oklah kan, kalau fam kecil. Kalau nak banyak boleh gandakan bahannya ya.”
Bahan-bahan pes botok-botok:
Bawang merah besar 2 biji
Bawang merah kecil 3-4 biji
Bawang putih 5-6 ulas
Lada kering kisar (agak2 la ya)
Serai 2 batang
Kunyit
Halia
Lengkuas
Jintan manis 1 ½sb
Jintan putih 1 ½sb
Ketumbar 1½sb
(kisar semua di atas)
Rempah kari ikan
Kerisik
Santan
Asam Jawa
Ulam-ulaman:
Pucuk ubi, pucuk bebuas, daun selasih, daun cekur, pucuk mengkudu, daun kunyit, daun kaduk, pucuk betik, dan sebagainya.
(ni takde syarat, letak jelah daun yang korang boleh makan dan suka, sebab ada daun-daun yang pahit-pahit sikit kan.. time PKP ni pakai apa yang ada kat belakang rumah je)
* ni basuh bersih-bersih, kendian korang gunting.. kesian laki korang makan besar-besar pulak dedaunan tu.
Bahan utama:
Ikan tenggiri, ikan kembung, ikan pari, ikan tongkol, udang (ikan tu ikut kesesuaian korang)
Cara Masak:
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak.
2. Dah garing bahan kisar tu, masukkan serbuk kari ikan, tumis lagi.
3. Kendian masukkan kerisik, air asam jawa, tumis lagi macam biasa. (ok, part asam jawa tu agak-agak la, masa masak pes ni kena masam sikit sebab belum diserasikan dengan ikan lagi. Air ikan tu nanti akan balance kan rasa masam tu nanti, trust me.. ewah)
4. Last masukkan santan, garam, gula merah n bahan perasa. Siap!
Tibalah waktu penentuan, nak bungkus. Bahan yang korang perlukan ialah daun pisang. Kalau tak ada, pakai je aluminium foil tu.. agak-agak la ya saiz nak bungkus tu. Janji tak bocor udahlah.
1. Bentang daun pisang, susun ulam-ulaman, then letak pes atas daun tu, ratakan sikit-sikit, letak la ikan korang.
2. Tutup ikan dengan pes, lepas tu susun ulam-ulaman tu lagi.
3. Cara bungkus boleh ikut gambar tu, tp sebenarnya kena letak tali pinggang dia lepas bungkus tu supaya tak bocor. Tapi sebab daun pisang saya tak cukup, saya tak letak. Boleh guna lidi untuk ikat sapaya tak terbuka.
4. Ok, pergi kukus sekarang, agak-agak la 30min dah masak.
Korang kalau makan juicy, makan betul-betul lepas kukus. Memang sedap. Kalau dah sejuk nanti, akan jadi kering sikit pes tu. Mana-mana pun sedap kalau makan dengan nasi panas.
Sumber : Dee Hakim
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Udang Bantu Kekalkan Sel Sihat & Hasilkan DNA. Dr Rizal Kongsi Resipi Udang Berlado Sihat

Amalan pemakanan sihat perlu dimulakan sejak usia kecil lagi. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak untuk mengamalkan pemakanan sihat supaya mereka tahu kepentingan penjagaan pemakanan untuk kesihatan tubuh badan dalam jangka masa panjang.
Memperkenalkan anak-anak makan makanan sihat memang memerlukan kesabaran kerana tidak semua jenis makanan tersebut akan digemari oleh si kecil.
Selain ikan, ayam, daging sebagai sumber protein, makanan laut seperti udang merupakan sumber protein yang sangat penting dalam diet.
Dr Rizal Abu Bakar yang terkenal di facebook gemar berkongsi tip-tip pemakanan sihat dan makanan yang bagus untuk dimasukkan dalam diet sekeluarga, kali ini berkongsi kebaikan udang dalam diet makanan.
Antara yang terkini dikongsi oleh Dr Rizal adalah udang yang bukan sahaja sebagai sumber protein tetapi juga rupanya mengandungi tinggi kandungan Selenium.
Resipi Udang Berlado Sihat
Selenoprotein sangat penting. Nama lain, selenium.
Selenium juga tinggi dalam seafood contohnya tiger prawns.
Selenium adalah anti oksida paling efektif untuk kekalkan sel sihat dan bantu hasilkan DNA.
Bekalkan hampir 100% keperluan selenium harian. Paling padu, selenium dalam udang ni senang diserap ke dalam tubuh. Hampir 80 ke 85%.
Cakap pasai udang, kena include sekali kandungan zink. Untuk sistem imun. Untuk kuatkan tulang.
Ini resepi mudah buat udang berlado:
– 500g udang harimau
– 5 biji limau kasturi
Bahan kisar:
– 1 senduk kecil cili kisar
– 4 ulas bawang putih
– 6 ulas bawang merah
– 5 biji tomato ceri
– 1 inci halia
Bahan iringan:
– 3 sudu besar puri cili
– 1/2 sudu besar serbuk kunyit
– Garam bukit secukup rasa
– Gula kelapa secukup rasa
– Daun ketumbar
Caranya pun mudah:
1. Siang udang. Perah jus limau kasturi. Perap selama 1 jam.
2. Untuk hilangkan rasa dan bau hanyir.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan kisar. Goreng sekejap.
4. Kecilkan api dan masukkan udang.
5. Masukkan serbuk kunyit, puri cili, gula dan garam.
6. Kacau hingga sebati.
7. Masukkan daun ketumbar. Gaul rata selama 2 minit.
8. Tutup api, siap untuk dihidang.
Resepi pikat hati cikpuan isteri. Bolehlah cuba.
Sumber: Dr Rizal Abu Bakar
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di SINI https://t.me/keluargagaderclub
Kreatifnya Roti Jala Carrot Ni, Anak-Anak Pun Teruja Nak Makan, Serius Cute!

Roti jala biasa yang berwarna kuning keemasan tu mungkin dah terlalu biasa buat kita. Cuba ubah resipi dan ‘rupa’ seperti yang dikongsikan saudara Amie Samuri di facebooknya. Serius sangat menarik!
Kalau kita yang dewasa tengok pun rasa nak makan, inikan pula anak-anak kita. Serbu dulu lah jawabnya. Dah tu paling best, cara buatnya sangat lah senang. Sama macam buat roti jala biasa. Cuma kena kreatif lebih sikit untuk buat daunnya. Jom cuba.
“Alhamdulillah!..banyak juga hasil tuaian carrot harini. Suka anak-anak tengok Roti Jala Bentuk Carrot macam ni.
Roti Jala ‘Carrot’
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur
Sedikit garam
Pewarna oren dan hijau
Caranya:
1. Asingkan kepada dua adunan, hijau dan oren.
2. Kiraikan adunan di atas non stick pan, kemudian pindahkan atas pinggan untuk lipat.
3. Lipat dua (seperti dalam gambar).
4. Lipat di bahagian bawahnya (dalam gambar) dan gulung.
5. Tadaaa..dah siap resipi oleh Amie Samuri.
Kredit: Amie Samuri