Bunga Cengkih Bukan Je Guna Untuk Masakan, Tapi Bagus Untuk Pulihkan Tanaman!

Share

Penggunaan bunga cengkih memang tidak asing di dalam masakan tradisional, aromanya yang kuat memberi rasa yang tersendiri. Walaupun saiznya yang kecil tetapi bunga cengkih ini banyak kegunaan dan turut memberi manfaat dalam kesihatan. Jadi tidak hairanlah petua orang dulu-dulu turut menggunakan bunga cengkih untuk pelbagai tujuan.

Salah satunya mungkin ada yang tidak menyedari, khasiat air rebusan bunga cengkih bila disembur pada tanaman dapat membantu mengawal serangan serangga perosak. Berkongsi cara untuk membuat air rebusan cengkih ini, ayuh kita baca perkongsian daripada Liyana Mohd Poad untuk info bersama.

KEGUNAAN AIR REBUSAN BUNGA CENGKIH

Hari ini saya kongsikan cara yang selamat tanpa bahan kimia untuk pulihkan daun yang rosak akibat diserang bena, ulat, semut hitam dan sebagainya.

Cara cara saya sertakan di setiap pic di bawah. Ikut step by step.

  1. Sediakan bunga cengkih. Ambik lebih kurang 3 sudu makan sahaja. Jangan lebih.

2. Rendam bunga cengkih dalam 10 minit dengan air biasa.

3. Rebus bunga cengkih dengan 6 gelas air biasa sehingga betul betul mendidih. Guna api sederhana.

4. Setelah itu, sediakan satu bekas dan sejukkan selama lebih kurang 6-7 jam. Kemudian tapis airnya dan masukkan dalam botol spray. Jangan tambah air biasa.

5. Air rebusan bunga cengkih sedia untuk digunakan. Spray pada permukaan daun yang bermasalah atau keseluruhan daun. Jangan sesekali terkena pada tanah. Seeloknya spray pada sebelah petang. Cuaca panas jangan sesekali spray. Spray seminggu dua kali sahaja, contohnya Isnin dan Khamis.

Ini hasilnya selepas dispray dengn air rebusan bunga cengkih. Daun daun mula sihat tanpa gangguan makhluk perosak. Masalah pokok cili saya ni tak besar, cuma daunnya ada yang kerinting sehelai dua. Solution ini menampakkan hasil yang positif.

Sumber : Liyana  Mohd Poad

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club